Program Halaqah Tv9 ~ Sentuhan Kalbu

on 05 Mei 2011


Dunia semakin maju, moden dan serba canggih, namun adakah akhlak kita sebagai manusia juga setinggi tahap itu? Kelekaan kita mengejar kemewahan duniawi telah menyebabkan kita kadang-kadang lalai untuk mengimbangi antara ilmu dunia dan akhirat. Lebih menyedihkan kini, pelbagai masalah sosial telah berlaku dengan berleluasanya.

Gejala sosial ini amat membimbangkan dan sebagai stesen yang prihatin di dalam perkara ini, TV9 akan menyiarkan Halaqah dengan musim baru bertemakan Sentuhan Qalbu. Rancangan yang mendidik jiwa ini akan menyentuh tentang kehidupan kita di muka bumi Allah SWT ini. Antara persoalan yang akan dirungkaikan adalah tentang mengapa kita dicipta ? apa peranan kita di pentas dunia ini? Hala tuju kehidupan dan seterusnya adakah kita sudah bersedia untuk “dijemput pulang”?

Apa yang pasti, Halaqah : Sentuhan Qalbu yang bakal disiarkan pada setiap Selasa, jam 10.00 malam bermula 15 Jun 2010 pastinya menusuk kalbu penonton dan rasai 13 episod yang mengupaskan tentang topik-topik menyentuh tentang kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan pencerahan kerohanian supaya sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT dan akhirnya mampu merubah kehidupan seseorang kepada nilai-nilai lebih positif.

Topik Halaqah : Sentuhan Qalbu akan dimulakan dengan topik “Dicipta” dan diakhiri dengan “Kita Pulang” pastinya memberi kesan yang mendalam kepada penonton semua. Tokoh-tokoh agama, dan pendakwah berpengalaman dipilih sebagai ahli panel dan mengupas 13 topik menarik bersama jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual berpengalaman daripada ESQ Leadership Centre (trainer) terpilih. 



Begitulah sedikit petikan mengenai program Halaqah ~ Sentuhan kalbu di web tv9. Satu program yang baik, bahkan lebih baik dari AF, Mentor dan lain2. Memang terasa satu kelainan apabila anda menonton program halaqah, seperti berada di kem motivasi ianya masih mampu memberi impak kepada diri anda waima didepan kaca tv sekalipun. 
Bersama dengan ESQ (dari Indonesia) program ini mampu membuka sedikit pintu hidayah di minda dan dijiwa sekiranya anda benar2 mencari ketenangan,keberkatan dunia dan diakhirat. Semoga ianya mampu memenuhi "kekosongan dan kelompongan" yang ada didalam dunia hiburan kita sekarang. 







Ranking: 5

Comments (24)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
pengakuan aku bro...x penah lagi tengok citer ni. huhu...
My recent post Makan Malam
semenjak berblog ni jarang beno tengo tv dulu suka juga layan halaqah nak-nak ustaz dr. zainal abidin yang dok crita kelebihan tangan kanan berbanding tangan kiri time makan
2 replies · active 727 weeks ago
Sama lah kita, cuma malam tu kebetulan je koi menonton siaran halaqah,tu yg buat entri ni.
jika ada kemahuan.. pasti kita akan mencari cara untuk menontonnya..
My recent post Cara Murah Hasilkan Kesan Fisheye Pada Gambar
aku tak pernah ada kesempatan menonton rancangan ini
huhu
My recent post Semua jadi Satu
2 replies · active 727 weeks ago
X pe bro...taip je kat youtube....boleh layan bebila masa...cuma 'kureng" sikit la berbanding tengok kat tv... :)
nasib baik dapat rewind di Youtube..
My recent post Cara Kurangkan 404 Page Not Found Blog Anda
salah satu rancangan yg mmpu mengikat jiwa kita supa tak miss menontonnya..dari menyanyi jer baik kita der ceramah kerohanian manfaatnya lagi byk,pahala pun dapat :)
2 replies · active 727 weeks ago
Yup setuju sangat2.....diri kita ni kene diibarat mcm pokok2 gak..kene siram n baja selalu barula dpt hasil yg baik...Insyaallah.
betul tu bro..
hati ini kena dilembutkan dengan rancangan sebegini
My recent post Cara Kurangkan 404 Page Not Found Blog Anda
memang patut diperbanyakkan rancangan sebegini
My recent post Cara Murah Hasilkan Kesan Fisheye Pada Gambar
Semuga rancangan ini berjaya menarik minat ramai penonton.
My recent post Datuk dan Nenek
2 replies · active 727 weeks ago
kalau betul cara program ini dikendalikan..
pasti akan menjadi kegemaran semua
My recent post Cara Kurangkan 404 Page Not Found Blog Anda
Insyaallah Pak Mail harap2 begitulah...
saya sering kali melihatnya..degar 10 dag tersentuh inilan lama2 mmg byk mgjar akan kekilafan diri kita..

sllu leka dgn dunia yg serba indh ni hurm..
1 reply · active 727 weeks ago
Semoga kita sama2 mndpt pengajaran dr program tersebut...
Halaqah memang best, lebih kurang forum perdana je ni. Kalau ada masa nak jugak tengok.
My recent post Pekerja Fikir Dan Tak Fikir
1 reply · active 727 weeks ago
Yupp...setuju bro...mmg antara program yg terbaik buat kita dan keluarga menontonnya...
Sentuhan kalbu ni sapa jadi host ye..
talk show ke apa ye..menarik ni
My recent post Akasia Nora Elena Tv3
1 reply · active 727 weeks ago
Sentuhan kalbu dikendalikan oleh tuan Hj Ahmad Noor Sulaiman....mmg menarik sangat2.
Program ni memang best banyak sangat panduan dan pengajaran....
My recent post Layan Diri
1 reply · active less than 1 minute ago
Insyaallah...semoga sama2 mendapat manafaat dr program ni...
adeih...tetiba terasa plak..cam kat umah ..chii jarang layan tv sgt..kadang2 teringin gak nk tgk rancangan2 camni..tp biasala..bila siaran tv harus dikongsi bersama adik2 laki yg lain..so channel lain la gamaknya
1 reply · active less than 1 minute ago
Hehehe...susah gak tu...tapi pe kata, tiap malam selasa chii yg pegang remote tv tu..

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved