GAMBAR KERETA BOMBA LAMA

on 30 Jun 2012

Gambar Kereta Bomba Lama ! Satu koleksi gambar kereta bomba lama yang menarik telah aku jumpa dari laman Page F/B BOMBA. Bermula dari kereta bomba lama dalam tahun 60an sehinggalah sekarang tak tahu la dah bape jenis gamaknya kereta bomba digunakan.

Ada di antara gambar ni aku pernah tengok dan ada juga yang tak pernah aku tengok langsung, btw enjoy gambar2 kereta bomba lama nih guys...pasti akan ada juga satu dua yang menggamit kenangan korang tak kira la masa kecik2 dulu, sampai sekaranag.he3x!!

KERETA_BOMBA_LAMA

GAMBAR KERETA BOMBA LAMA

GAMBAR KERETA BOMBA LAMA












# kredit to Jab Bomba dan Penyelamat Malaysia di Fan Page.

GAMBAR KERETA BOMBA LAMA

-salam mesra dr yastro-

Tag :

GAMBAR HELIZA HELMI DI MEKAH

on 29 Jun 2012

GAMBAR HELIZA HELMI DI MEKAH !
Gambar Heliza Helmi di Mekah , Alhamdulillah, sejuka je mata aku nengoknya weii. Bila la aku lak nak ziarah ke sana, tak dapat nek haji, gi umrah pun dah cukup dah.

Apapun, mulakan dengan niat, insyaallah satu hari hajat kita pun akan tercapai juga..Makin ramai retis berubah demi kebaikkan, Alhamdulillah. Jom layan je gambar2 lama Heliza Helmi ketika berada di Mekah nih...!!!

GAMBAR HELIZA HELMI DI MEKAH

GAMBAR HELIZA HELMI DI MEKAH







GAMBAR HELIZA HELMI DI MEKAH
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Kerja Kosong - Operator Pengeluaran PROTON

on 28 Jun 2012

Kerja Kosong - Operator Pengeluaran PROTON ! Salam semua, pagi tadi aku dapat satu mesej dari seseorang di formspring, bertanyakan tentang kerja kosong di PROTON Shah Alam.

Then, tgh hari tasi satu email dari kompeni aku mengatakan ada kekosongan jawatan [operator pengeluaran shj] di kilang [proton] aku nih. So, sesiapa yang berminat boleh la datang pada 4 July 2012 nanti.

Pastikan rambut pendek, pakaian kemas, bab2 seluar pula pastikan bukan dari jenis jeans -klau tak kompom kena halau punya.

Kerja Kosong - Operator Pengeluaran PROTON

Sebarang pertanyaan boleh hubungi jabatan HR di talian 03-51911055.
Untuk muat turun borang permohonan kerja [LINK]
Kerja Kosong - Operator Pengeluaran PROTON

-salam mesra dr yastro-

Tag :

Site Link yastro.net On Google Search

on 27 Jun 2012

Site Link yastro.net On Google Search !

Salam semua, perkembangan blog yastro pada hari ke dua tukar domain blog. Btw, hosting aku tak tukar, malas lak rasanya nak berhosting sendiri. Alhamdulillah, untuk site link, aku tak perlu lama nak dapat site link, hanya 2 hari sahaja.

Entri Lelaki Kacak tu nampaknya agak bagus juga eh, juga entri Celcom yang ada tertempek disitu...alhamdulillah...





Hari Ke 2 tukar domain, mungkin nombor 3 tu menimbulkan misteri kot...he3x!!! Btw, thanks to Shah kerana template Thesis For Blogger yg mantops ni...
Minat tak dengan Samsung Galaxy S III??

Site Link yastro.net On Google Search
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Wordless Wednesday - Lori Parking Atas Lori

Wordless Wednesday - Lori Parking Atas Lori ! 
Wordless Wednesday - Lori Parking Atas Lori
Wordless Wednesday - Lori Parking Atas Lori


-salam mesra dr yastro-

Tag :

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan

on 26 Jun 2012

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan ! Model terbaru Galaxy S III yang dikeluarkan oleh Samsung bakal mendapat sambutan yang hebat di pasaran.

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan
SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran
Samsung Electronics Co (Samsung) mengunjurkan jualan sebanyak 10 juta unit Galaxy S III pada Julai ini, lalu bakal menjadikannya model telefon pintar terlaris dipasaran. 

Penjualan Galaxy S III yang telah dilancarkan pada hujung bulan lalu, disasarkan dapat menyaingi produk Apple iPhone bakal meningkatkan perolehan Samsung pada suku kedua berbanding suku pertama tahun ini.


SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran

Keadaan ini agak bertentangan dengan unjuran pasaran, kekangan pengeluaran dan kelemahan ekonomi global yang di katakan akan memberi tekanan kepada perolehan syarikat itu.
Saham Samsung jatuh lebih 4 peratus kepada paras terendah dalam 4 bulan setengah, selepas broker menurunkan unjuran keuntungan suku tahunan akibat kebimbangan berhubung perniagaan telekomunikasi dan cip syarikat itu. 



Penanda aras indeks KOSPI jatuh sebanyak 1.6 peratus. 

“Keadaan pasaran keseluruhan adalah mencabar berikutan isu zon euro dan bekalan komponen yang terhad, namun keputusan suku kedua kami akan lebih baik daripada suku pertama,” kata JK Shin, ketua bahagian mudah alih Samsung. 

Keuntungan bahagian mudah alih Samsung berjumlah AS$3.6 bilion (RM11.5 bilion) pada Januari hingga Mac, merangkumi 73 peratus keuntungan operasi kumpulan. 


Samsung melancarkan jualan global bagi Galaxy S III pada 29 Mei, tetapi penghantaran terjejas berikutan kekurangan komponen seperti selongsong telefon bimbit itu. 

“Bekalan kekal terhad berikutan permintaan kukuh dan kekurangan komponen, namun kami menjangkakan bekalan keseluruhan akan dipertingkatkan mulai minggu depan,” kata Shin. 
Pihak Samsung berkata [April lalu] telefon Samsung Galaxy S III bakal menjadi penyumbang prestasi kewangan suku kedua syarikat. 

Penganalisis menurunkan unjuran penghantaran telefon pintar Samsung pada suku kedua beberapa minggu lalu, dengan jangkaan jualan model terbaru Galaxy akan menyebabkan penurunan lebih ketara beberapa produk terdahulu.


SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran


Mereka juga menyandarkan unjuran itu kepada bekalan terhad Samsung Galaxy S III dan saingan sengit daripada pengeluar telefon murah seperti Huawei Technologies dan ZTE Corp. 

JPMorgan mengurangkan unjuran bekalan telefon pintar Samsung pada suku kedua 10 peratus kepada 50 juta unit. 

Samsung telah berjaya menjual 44.5 juta telefon pintar pada Januari hingga Mac, bersamaan hampir 21,000 unit setiap jam sekali gus membolehkannya menguasai 30.6 peratus pasaran. Apple pula telah menjual 35.1 juta iPhone, dengan 24.1 peratus pasaran. 

Samsung telah memperkenalkan siri pertama Galaxy pada 2010, tiga tahun selepas iPhone melancarkan iPhone, bagi menyaingi kejayaan pelancaran telefon pintar Apple.



-entri cuba memujuk iklan Samsung Galaxy III melekat lebih lama di sini...:D

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan
-Salam mesra dari yastro-
Tag :

AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0

AFC U22 Malaysia 7 Filipina 0 ! Pehhh....Selepas kalah tipis hari tu dengan Korea hari tu, nampaknya skuad Harimau Muda bangkit mengaum kembali dengan kemenangan Malaysia 7 Filipina 0 !

AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
Memang puas hati sesangat walaupun aku tak sempat nak tengok satu gol pun lagi jaringan masa Malaysia belasah Filipina nih. Btw, angka 7-0 tu memang satu angka yang beso laaa,,,ha3x!!!!
AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
Tahniah aku nak ucapkan kepada skuad Harimau Muda nih...memang terbaik laa...nak2 lak si Mohd Rozaimi Abdul Rahman yang dah sesah gawang Filipina dengan 4 bijik gol, pehh!!! Tahniah gak kat Mohd Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan D. Saarvindran juga kepada semua player Malaysia!!! Buat yang terbaik lagi selepas ni masa bertemu dengan Taiwan nanti ehhh!!!! Khamis ni kannn???

Gol :  Mohd Rozaimi Abdul Rahman [4 gol] min 3,35,62,74
         Fandi Othman [1 gol] min 33
         Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria [1 gol] min 40
          D. Saarvindran [1 gol] min 90.


AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
-salam mesra dari yastro -
Tag :

Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan

on 25 Jun 2012

Kecacatan Bukan Penghalang Untuk Kejayaan ! Yup...kecacatan bukan satu penghalang kepada kejayaan. Telah banyak kes-kes di mana orang yang cacat berjaya dalam hidup mereka.

Sesuatu yang sangat menarik jika nak dibandingkan dengan kita yang lengkap fizikalnya ini. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya..

Antara kes yang menarik perhatian aku adalah seorang mamat yang bernama Spencer West. Seorang lelaki yang sejak azalinya adalah seorang yang cacat. Tabah dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan hidup, menjadikan semua itu satu cabaran untuk tambahkan koleksi kejayaaan beliau...pehhh!!!

Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan
Spencer West, mengalami kecacatan kekal sejak dari kecil lagi...
Spencer West, berjaya mendaki gunung Kilimanjaro (6,000 meter) iaitu sebuah gunung yang tertinggi di Afrika. Berbekalkan matlamat mengumpulkan dana Free The Children, beliau mendaki bersama 2 orang teman baiknya iaitu David Johnson dan Alex Meers. Aku di fahamkan misi tersebut berjaya mengumpul lebih AS$500,000 (RM1.59 juta) untuk pertubuhan tersebut, dan beliau mengambil masa selama 3 hari untuk tiba di kemuncak gunung Kalimanjaro itu.

"Mendaki Gunung Kilimanjaro merupakan perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan, baik dari sudut fizikal atau pun mental.
"Namun, dengan berbuat demikian kita sedar betapa pentingnya untuk kita percaya kepada diri sendiri dan orang lain," kata West kepada agensi berita AFP dari Nairobi, Kenya.
"Saya memanjat menggunakan tangan. Ia memberi tekanan ke atas bahagian tersebut serta bahu saya," tambahnya.

Terbaik...satu contoh terbaik yang telah beliau tunjukkan. Kalau dia lelaki yang kelihatan serba kekurangan boleh berjaya, mengapa tidak kita? Terasa malu kepada diri kerana sikap positif yang di tunjukkan lelaki ini. Bak kata pepatah, di mana ada usaha, di situ ada kejayaan.

Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan -Spencer West
Malah beliau menjadi pendorong kepada mereka yang lengkap fizikalnya
Jadi, berusahalah untuk mencapai impian masing-masing, sesungguhnya kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Begitulah bila kita minat dalam blogging, insyaallah pasti akan ada jalan yang lebih sinar jika kita serius, rajin berusaha melakukannya dengan sepenuh hati dan kejujuran. Insyaallah....[pesanan khas utk diri aku sendiri]

Lihat lagi gambar Spencer West di bawah....










Cacat Bukan Penghalang Untuk Kejayaan
-salam mesra dari yastro- 


Tag :

Buat Duit Online :Top 10 Referral Denaihati April 2012

on 24 Jun 2012

Top 10 Referral Denaihati April 2012 ! Salam dan selamat sejahtera kepada semua kengkawan.

Buat duit online, satu perkara yang ramai orang cari. Aku juga sama seperti semua rakan2 yang lain, mencari dan menggali cara untuk membuat duit online nih. Tetapi, kalau kena dengan cara dan waktunya, ianya memang berbaloi dan sangat menguntungkan.

Sejak berblog, untuk tahun ke tiga, aku baru mula merasa hasil dari berblog. Berbalik kepada tajuk asal, buat duit online, sekali lagi blog aku berjaya memberi referral link yang besar kepada blog Denaihati di bulan April 2012. Alhamdulillah, rezeki untuk aku dan anak-anak lagi nampaknya.


Buat Duit Online :Top 10 Referral Denaihati April 2012
Print screen blog Denaihati

Kalau di cari, banyak cara buat duit online ni sebenarnya, tapi yang paling penting tentulah trafik ke blog kita dulu (untuk para blogger laa), kemudian barulah ianya mampu menjana hasil untuk diri ataupun blog kita. Tiada trick ataupun taktik tertentu yang aku gunakan. Yang penting trafik..trafik..trafik...lepas tu baru fikir cara untuk letak link yang bersesuaian ke target yang kita mahukan.

Buat Duit Online, setakat ini aku akui aku hanya mampu dapat satu jumlah yang besar dari blog denaihati sahaja. Iklan yang aku pasang pun hanya suku dari jumlah yang aku dapat dari blog Denaihati. Bebaru ni Adsense yang aku pasang pun hanya bertahan setakat 2 hari sahaja, lepas tu habis, kena ban.

Selain itu, buat duit melalui contest juga antara pilihan yang aku suka. Setakat ni, contest bro titan[earncent] memang memberi aku sedikit hasil. Thanks bro...hehe. Btw, kalau contest seo, rasanya aku dah penat dah...cukup dulu laa....lagi pun blog aku baru je tukar domain. Yup..memang aku dah target habis je contest tu, aku nak tukar domain. So, sekarang ni time aku rileks2 jap dengan nama baru blog ni yastro.net - Blogging Biar Happy!!

Selain dari ucapan terima kasih kepada Denaihati kerana memberi peluang kepada blogger bilis  macam aku merasa hasil dari online, terima kasih khas juga aku tujukan kepada owner Forblogger.net yang telah menurunkan ilmunya kepada aku. Shah Blogger, tidak dinafikan beliau antara master seo yang terbaik pernah aku kenal di Malaysia nih. Btw, dulu, aku dengar2 juga Shah Blogger nak buat kelas seo, tapi sambutan agak kurang...so kalau korang berminat mungkin boleh juga listkan nama untuk belajar seo dengan beliau...termasuk aku. So ada yang nak tak??

Cukup sampai disini dulu...ada perkara lain yang harus aku lakukan...

Buat Duit Online :Top 10 Referral Denaihati April 2012
-salam mesra dari yastro -
Tag :

NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND

on 23 Jun 2012

Nasa Mahu Tempatkan Stesen Di Thailand ! Argh....seperti ada udang di sebalik batu je aku tengok derang nih. Pe hal tetiba je NASA berminat nak tempatkan kelengkapan derang tu disana, apa kes?? 


Aku takut semuanya projek serampang dua mata, bukannya boleh percaya sangat derang nih. Kekonon nak kaji iklim serantaulah, itu lah ini lah.. last2 maklumat ketenteraan negara lain pulak yang derang hantar kat US sana.
NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
 (X Planes) NASA/Boeing X-48B/C
Btw, aku rasa mende ni pasti akan di perhati secara "rapat" oleh negara China, silap2 negara China ni nanti yang bakal jadi pembangkang terkuat penempatan NASA di sana andainya Thailand bersetuju menempatkan kelengkapan NASA di negara mereka.


NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
 X-43A Hypersonic Experimental Vehicle
Apa pun kita tunggu dan lihat dulu keputusan dari kebinet Thailand nih.....
Kerajaan Thailand belum memutuskan permintaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk menggunakan pangkalan udara U-tapao di Rayong sebagai pangkalan tetap bagi kajian iklim serantau serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan, meskipun tarikh akhir berbuat demikian ialah Selasa depan.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra memberitahu pemberita di sini hari ini sebuah jawatankuasa masih mengkaji permintaan itu.

Yingluck berkata beliau tidak tahu sama ada kajian itu akan siap pada masa itu dan dibentangkan kepada mesyuarat Kabinet Selasa depan.

NASA telah memaklumkan ia akan menarik balik permintaan itu jika Thailand gagal memberi jawapan menjelang Selasa depan kerana pihaknya perlu membawa masuk peralatan yang berkaitan sebelum kajian iklim dijalankan Ogos ini.

Isu itu menjadi kontroversi apabila pembangkang, Parti Demokrat, mendakwa kerajaan Thailand bersetuju dengan permintaan tersebut sebagai pertukaran untuk visa masuk ke Amerika Syarikat kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh pentadbiran Yingluck.

Pihak yang menentang projek itu juga khuatir ia mungkin melanggar kedaulatan wilayah Thailand dan mendakwa perkara tersebut memerlukan kelulusan Parlimen, manakala sesetengah lagi berpendapat projek NASA mungkin menimbulkan kebimbangan berhubung pengintipan terhadap jiran Thailand kerana membabitkan penerbangan beraltitud tinggi.

Memandangkan banjir teruk melanda satu pertiga negara ini tahun lepas, Kementerian Luar berpendapat Thailand akan memperoleh manfaat saintifik daripada projek itu kerana ia boleh membantu meramalkan keadaan cuaca.

"Saya percaya Amerika Syarikat akan memahami amalan kerja di Thailand meskipun NASA telah menetapkan tarikh akhir," katanya. 


NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
-salam mesra dari yastro- 
Tag :

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru !
Ketua Operasi Daya Maju, Afizulazha Abdullah berkata, Celcom (Axiata) Bhd kini telah melancarkan pakej data bagi iPad baharu untuk menambah baik perniagaan perkhidmatan datanya.

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru

Tambah beliau, telefon pintar dan pakej data penting kerana pengguna hari ini ingin sentiasa berhubungan melalui Internet. -satu perkara yang tidak boleh diabaikan begitu saja terutamanya bagi seorang blogger.
"Untuk menggalakkan kesalinghubungan, kami telah memperkenal pakej data bagi iPad untuk membolehkan pelanggan kami mengambil kesempatan sepenuhnya daripada apa yang boleh ditawarkan oleh tablet baru itu, di samping membolehkan mereka memilih pakej mereka, berdasarkan penggunaan data mereka," katanya kepada pemberita selepas pelancarannya di sini, Jumaat. Celcom, penyedia telekomunikasi mudah alih pertama Malaysia, melancarkan dua pelan khusus bagi tablet baru itu Celcom Broadband iPad Basic dan Celcom Broadband iPad Advance masing-masing dengan kelajuan hingga 3.6Mbss dan 7.2Mbss serta kuota 4.5Gb dan 7Gb.
Afizulazha turut berkata, pelan baharu itu membolehkan pelanggan menikmati penjimatan hingga RM570 berbanding harga runcit yang ditawarkan oleh pelan Celcom Broadband Advance dan penjimatan menarik lain, bergantung kepada pelan, komitmen dan model iPad yang dipilih.
Pakej Celcom Broadband Basic bagi iPad berharga RM70 sebulan manakala pakej Celcom Broadband Advance berharga RM100 sebulan.
Celcom kini telah selesai menjalankan kerja-kerja naik taraf bagi tapak 3.5G untuk menyokong kelajuan data hingga 42 Mbss, dan sedang menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi spektrum LTE (Evolusi Jangka Panjang), yang boleh dijangkakan dalam beberapa bulan akan datang.
Syarikat itu telah memperuntuk RM300 juta bagi pelaburan dalam tiga tahun akan datang untuk menukar liputan sekarang kepada LTE 4G. Apabila selesai, pelanggan-pelanggan akan menikmati kelajuan muat turun hingga 150Mbss dan kapasiti liputan Celcom lebih daripada enam kali, jelas Afizulazha.


# Andainya aku dah ada mende nih (ipad) kompom aku akna guna plan terbaik yg Celcom bagi nih, btw guna yg basic je dah la dulu...he3x!!!...

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru -salam mesra dr yastro -
Tag :

BAPA KEJAM - MARAHKAN ISTERI ANAK JADI MANGSA

on 21 Jun 2012

Bapa Kejam, Marahkan Isteri Anak Jadi Mangsa ! Baru saja kelmarin satu dunia menyambut Hari Bapa sebagai mengenang jasa dan pengorbanan para bapa kepada anak dan keluarganya.

Bagaimanapun, sesuatu yang sebaliknya berlaku kepada seorang bapa di China. Perbuatannya yang melampau ini TIDAK BOLEH DIMAAFKAN!

Kejam dan tiada kasih sayang waima kepada anaknya sendiri, itulah yang mampu aku ucapkan. Namun aku tak hairan, kerana China pelbagai perkara boleh berlaku hanya dengan sekelip mata.

Alhamdulillah dalam kes ini, nasib baik anak beliau tersebut berjaya diselamatkan.....

Bapa Kejam, Marahkan Isteri Anak Jadi Mangsa

Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.

Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.

Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.

Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.

Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.

Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.

Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.

Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.

Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.

Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah




Tag :

POTONG POKOK, HEMPAP RUMAH

on 20 Jun 2012

POTONG POKOK, HEMPAP RUMAH

POTONG POKOK, HEMPAP RUMAH ! Satu aksi di youtube, yang menyatakan seorang lelaki ini sebenarnya memotong pokok untuk mengelakan pokok tersebut tumbang satu hari nanti ke rumah dia.

Tag :

Wordless Wednesday - Badang?

Wordless Wednesday - Badang?



Tag :

Video Siechen - Perang Diatas Gunung

on 19 Jun 2012

Video Siechen - Perang Diatas Gunung ! Tiada tentera lain di dunia melainkan hanya 2 negara iaitu Pakistan dan India yang menempatkan tentera dan alatan ketenteraan mereka sepanjang masa di atas gunung.

Siachen, gunung yang menjadi taruhan antara India dan Pakistan telah lama memakan korban dikedua-dua belah pihak. Paling baru korban di Siachen adalah seramai 130 orang tentera Pakistan akibat runtuhan salji.


Walau apa rintangan sekalipun, mereka semua ini tidak akan berputus asa, yang pasti hanya yang cekal sahaja akan dapat bertahan disituasi sebegini. -respek aku dgn derang nih.



Video Siechen - Perang Diatas Gunung
-salam mesra dari yastro-
Tag :

PESANAN TERAKHIR SYED ZAINAL KPD WARGA PROTON

on 18 Jun 2012

Pesanan Terakhir Syed Zainal Kepada Warga Proton! Bagi peminat automotif , pasti mereka telah lama mengetahui dan membaca warkah ini. 


Warkah dan pesanan terakhir yang agak "sedih" dari beliau kepada semua warga Proton. Btw, semoga beliau tetap berjaya dengan kerjaya yg bakal beliau ceburi nanti...Thxs Dato Syed Zainal!


PESANAN TERAKHIR SYED ZAINAL KPD WARGA PROTON

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi. Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.


Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.


Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.


Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON. Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.


Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.


Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON. Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. 


Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka. Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.


Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.


“There You’ll Be”
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me

In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be

Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me

‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

Salam hormat dari saya,
Syed Zainal



Kredit to funtasticodesign
-salam mesra dari yastro-
Tag :

PEMENANG CONTEST LELAKI KACAK

on 17 Jun 2012

Pemenang Contest Lelaki Kacak ! Yup...berakhir sudah contest Lelaki Kacak, dan senarai nama pemenangnya pun sudah diumumkan oleh tokeynya Titan.

First, ucapan tahniah kepada pemenang2 yang lain. Korang memang kacak giler. Bukan senang nak layan contest besar yang berlangsung sampai 3 bulan. Komitmen dan kesungguhan menjadi taruhan.

Btw, satu style baru telah Titan buat untuk umumkan pemenang contest ini, Korang kena layan video yang dia dah buat dulu. Kalau tak layan, memang korang tak akan tau sapa pemenangnya....kekeke- terbaik arrr!!!

Jadi dengan ini, secara rasminya aku akan tamatkan penggunaan dua gambar lelaki kacak yang sentiasa menghiasi laman blog ni sebelum nih. Letih dah rasanya aku nak buat entri seo dengan keyword lelaki kacak nih.



Terima kasih juga kawan2 yang support aku secara langsung ataupun tidak langsung, yupp...korang mmg kawan blogger terbaik yang pernah aku jumpa..

# Berakhir suda satu penyiksaan...btw kena belanja cendol kat titan kot.....he3x!!!


PEMENANG CONTEST LELAKI KACAK - Salam mesra dr yastro-
Tag : ,

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

on 16 Jun 2012

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin? Erkkk....pelik betul budaya manusia ni yerr.. Kadang2 sampai tak masuk akal pula jadinya, tapi kalau dah itu budaya dan kepercayaan mereka memang tak boleh buat apa la.

So, kat bawah ni ada beberapa keping gambar perkahwinan pelik, iaitu perkahwinan katak yang mana mengikut budaya satu kaum di Takhatpur,India,  mengikut kepercayaan derang perkahwinan ini mampu memberikan hujan seperti yang mereka inginkan. Jom layan gambar2 dibawah nih...he3x!

Walau bagaimana yakin sekalipun mengenai hubungan mereka, setiap pengantin perempuan akan bimbang bakal suami mereka bersuara parau apabila tiba hari penting itu.

Tetapi di sebuah kampung terpencil di Takhatpur, ia adalah perkara biasa dalam perkahwinan katak yang sangat diraikan. 

Penduduk percaya, perkahwinan luar biasa itu akan membawa hujan dan menyelamatkan mereka daripada bekalan air yang kurang akibat kemarau panjang.

Di beberapa tempat di India, katak dikatakan mempunyai kuasa istimewa kerana mereka dapat merasakan bila akan hujan, membuat bunyi bising apabila awan bakal melimpahkan isinya.

Dalam satu gambar perkahwinan pelik ini, ‘pengantin perempuan’ dan ‘pengantin lelaki’ dipegang dua lelaki dan ikrar mereka diperkuat dengan satu kucupan.

Seluruh penduduk kampung dilihat mengambil bahagian dalam acara istimewa ini sementara beberapa kanak-kanak terpegun melihatnya. 

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?


Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?

Perkahwinan Pelik - Katak Kahwin?- Agak2 kalau goreng pon sodap kot....ke3x!!!!


-yastro-
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved