Satu ketika dahulu....sekitar tahun 1990an...Aku juga pernah tergolong dari kalangan mat rempit yang pernah membingit dan menghangatkan jalanraya di sekitar Shah Alam, cantik kan?? Hehehe..lain macam jerr ayat aku nih....Bahaye nih...membuka pekung didada, tapi sebenarnya apa yg nak aku share dengan rakan semua ialah... walaupun group aku ni kaki rempit...kami tak pernah mengganggu dan membuat bising di kawasan kejiranan apatah lagi kalau nak buat kerja tak berguna seperti meragut yang kerap berlaku di zaman sekarang. Group aku tak ada nama special seperti kumpulan2 lain. Ramai orang mengenali kami dengan hanya nama geng Proton.
Satu ketika dahulu, geng2 aku (biasanya petang) kerap meronda di sekitar Tasik Shah Alam pada hujung minggu sambil cuba membakar kumpulan yang kalau tak salah aku dinamakan "Garfield"....si kucing Oren!!! Lawak kan...asal jumpa jer, kasi bako...dan bako...bako lagi...pas tu biasak lerr...
Kadang2 group kami menyertai aktiviti yg dianjurkan oleh pihak Maju Motor di Sek 2 Shah Alam. Satu aktiviti yang sah2 amat menyeronokkan. Banyak kenangan terpahat didalam jiwa aku berkaitan dengan konvoi dan motosikal. Tolong orang, tolong kawan, jatuh motor semuanya ada laa.
Tetapi aku rasa kenangan berkonvoi adalah kenangan yang paling manis disaat aku tengah gila bermotosikal. Konvoi ke Stadium Ipoh (menyaksikan cup Prix), konvoi masuk kedalam trek Batu 3, konvoi majlis perkahwinan sahabat dan bermacam2 lagi laa....Hanya mereka yang pernah menyertai konvoi sahaja yang mengerti nikmat sebenarnya. Cukuplah sampai disini dulu.
Kenangan aku tu, aku kongsikan sedikit disini bersama bersama anda semua.
Sharul Yuzy |
Shahrul Nizam Tamin |
# Dalam ramai2 ni ada juga sahabat aku yang telah meninggal akibat kemalangan jalanraya. Al Fatihah aku ucapkan.....semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh. Terasa rindu pada geng2 lama aku ni. Ada yang dah jadi tok imam, bilal, hilang begitu sahaja dan ada juga yang masih dapat dilihat di Proton. Namun kekangan masa dan kerja, maklumla kerja kat tempat lain2...payah ngat nak bersembang jadinya. Hajat aku, satu hari nanti aku nak buat reunion dengan geng2 lama aku nih. Insyaallah.