IsRaeL is TerorisT StaTe....

on 24 September 2010

Pakar PBB akui Israel langgar undang-undang....

 GENEVA - Satu serangan oleh komando-komando Israel ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan Palestin ke Gaza yang menyebabkan sembilan orang terbunuh pada Mei lalu merupakan satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kata satu panel pakar antarabangsa kelmarin.

Tiga pakar itu yang dipilih oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekatan pergerakan dan barang yang dilakukan Israel ke atas Gaza telah mencetuskan krisis kemanusiaan dan menyalahi undang-undang.


Pakar-pakar itu dari Britain, Trinidad dan seorang yang memperjuangkan hak asasi dari Malaysia menyatakan dalam laporan tersebut bahawa tindakan ketenteraan Israel ke atas kapal Mavi Marmara didapati menggunakan keganasan yang tidak munasabah.




Menurut pakar-pakar itu, Israel enggan bekerjasama semasa mereka melakukan siasatan.
Pakar-pakar itu yang tidak dibenarkan memasuki Israel menyatakan pihak berkuasa negara tersebut perlu mengenal pasti dan menghukum pihak yang melakukan keganasan tersebut. - Reuters
=========================================================================


 Tapi takat tu ajela kan, disebabkan Israel negara "terorist yg sah" ni mmg dilindungi, dunia tak boleh buat apa2..Tak pe, satu hari nanti pembalasan akan tiba juga buat kaum yg mmg
dilaknati nih.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved