Sukan Komanwel 2010...ape dah jadikk!!1

on 25 September 2010

Sah teruk!

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
2010/09/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TERUK. Itulah gambaran dapat dijelaskan satu pasukan awal dari Malaysia yang ditugaskan meninjau keadaan di perkampungan Sukan Komanwel sebaik tiba di New Delhi, India kelmarin.
DEMI TUGAS...pasukan polis  India berkawal di perkampungan atlet Sukan Komanwel  New Delhi, kelmarin.
DEMI TUGAS...pasukan polis India berkawal di perkampungan atlet Sukan Komanwel New Delhi, kelmarin.
Menurut laporan ringkas yang dihantar oleh Pengurus Besar Sukan Komanwel, Jefri Ngadirin yang mengetuai pasukan itu kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong semalam, pihaknya menjangkakan kontinjen negara yang akan tiba dalam masa terdekat ini akan berdepan masalah jika mengambil kira keadaan perkampungan sukan ketika ini dalam keadaan tidak memuaskan.
Malah pasukan berkenaan turut disertai seorang pegawai perhubungan keselamatan dan doktor terpaksa menginap di penginapan sementara selepas menunggu empat jam untuk memasuki perkampungan sukan.

Tambah menyulitkan mereka apabila terpaksa berdepan kawalan keselamatan begitu ketat yang turut kurang disenangi kontinjen negara lain selain kelemahan pihak pengurusan tuan rumah dalam menyelia keadaan di perkampungan sukan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Zolkples berkata, beliau masih menunggu laporan penuh daripada pasukan peninjau itu sambil mengharapkan pihak tuan rumah dapat mengatasi masalah yang berlaku di sana.

“Menurut laporan, keadaan di perkampungan sukan teruk, pasukan kita yang tiba semalam (kelmarin) kini tinggal di penginapan sementara kerana penginapan atlet masih belum siap. “Jefri dan anggotanya sedang memantau dan difahamkan melalui laporan akhbar tempatan, pihak kerajaan India sedang berusaha melakukan persiapan. Masalah ini bukan kita saja hadapi malah kontinjen negara lain pun turut berdepan perkara sama,” katanya.

Dengan keadaan penginapan atlet masih belum siap sepenuhnya masih tiada sebarang perubahan dibuat setakat ini dengan skuad boling padang negara seramai 12 atlet dan empat pegawai akan menjadi kontinjen pertama negara yang akan tiba di sana apabila berlepas petang semalam.

“Pegawai kita sudah ada di sana untuk menguruskan skuad boling padang apabila tiba di India, penginapan untuk mereka ada cuma Jefri memberitahu beliau sedang berusaha untuk menukar penginapan ke bangunan yang dilihat dalam keadaan lebih baik dan saya berharap keadaan di sana akan bertambah baik,” jelas Zolkples.

Pelbagai masalah timbul berkaitan dengan keselamatan menjelang Sukan Komanwel yang akan berlangsung 3-14 Oktober ini termasuk insiden jambatan pejalan kaki yang sedang dalam pembinaan runtuh dan bumbung stadium angkat berat tercabut.

Selain itu insiden serangan ke atas bas pelancong di New Delhi yang mencederakan dua rakyat Taiwan serta serangan wabak denggi yang melanda menyebabkan lapan negara kini mengancam menarik diri manakala New Zealand, Kanada dan Scotland mengambil keputusan menangguhkan pemergian atlet dan pegawai mereka.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam kenyataan semalam menjelaskan seramai 201 atlet akan tetap dihantar bertanding di Sukan Komanwel dengan memberi jaminan, langkah keselamatan akan dititik beratkan termasuk membawa dua pegawai keselamatan mengiringi kontinjen negara kali ini.

==========================================================================

# Teringat rakan2 yg pernah pergi kesana,air mineral yg dibeli pun ade "sesuatu" yg menyerupai kapas kt dlm tu..eiiiiii tengok pun geli...he3!!!
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved