Misbun letak jawatan...

on 06 Januari 2011

Sumber : Berita Harian

 Berikutan keputusan Misbun meletak jawatan dari BAM, aku pun gunakan keajaiban guggle untuk cuba mencari sebab dan puncanya. Satu keputusan yang sangat mengejutkan bagi rakyat Malaysia. Namun aku percaya Misbun sendiri sudah tidak dapat menahan "dugaan" semasa dibawah kem BAM. 

Pepatah kata,"patah tumbuh hilang berganti" tapi, kita kene ingat. Adakah ada pengganti yang lebih baik dalam mengharumkan nama negara ataupun bakal pengganti tu semakin "jauh" membawa  negara kearah kecemerlangan? Contoh terbaik kehilangan Arwah Mokhtar...pernahkah ada pengganti yang sebaik beliau. Dah berapa lama kita menanti pengganti,namun sehingga sekarang masih belum ada yang sebaiknya atau sekurang2nya setaraf dengan beliau.

Semoga kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan baik. Aku percaya rakyat Malaysia yang lain juga menanti dengan sabar keputusan kemelut yang melanda ini. Majulah sukan untuk negara yang tercinta ini,rakyat dah muak dengan "kontroversi" yang melanda badan2 sukan negara. Lakukanlah demi negara  bukannya kerana agenda lain semata2...

Misbun...rakyat mengenali beliau kerana semangat juang yang tinggi cintakan negara,berkhidmat tanpa pernah jemu dan penat  walaupun beberapa kali dilanda ranjau yang dilakukan oleh "orang2" yang cemburu dengan kelebihan dan kejayaan beliau.Tapi kali ni.. Pasti ada sesuatu yang "sangat~sangat" mengecewakan beliau....sehinggakan beliau langsung tidak mahu memberi kenyataan ataupun berjumpa dengan presiden BAM sendiri. Sementara itu janganlah pertikaikan kesetiaan Misbun kepada negara. Beliau sentiasa memberi yang terbaik sepanjang perkhidmatan beliau sehingga sanggup mengorbankan kepentingan peribadi.

Tindakkan ini menyebabkan anak didik beliau iaitu Lee Chong Wei turut mengeluarkan kenyataan mahu keluar dari skuad kebangsaan,seandainya ianya belum dapat diselesaikan selepas beliau kembali dari Taiwan pada  Kejohanan Siri Super Final Master. Beliau turut mengatakan untuk tetap setia dengan Misbun kerana beliaulah yang menaikkan nama Lee Chong Wei sehingga kini. Di fahamkan Misbun sempat berpesan kepada Lee Chong Wei supaya "selamatkan diri kamu dulu seblum selamatkan orang lain"

Akibat dari kenyataan itu,Dato Nazmi ada mengeluarkan kenyataan "kita jangan  terlalu bergantung  dengan seseorang"

Apepun diharapkan perkara ini tidak menjadi duri dalam daging didalam pasukan, sehingga  sukan badminton itu sendiri menjadi mangsa. Majulah sukan demi Malaysia tercinta.

                Berita Harian 2


Antara petikan/berita mengenai perletakan jawatan Misbun.....


"Namun sebagai adik, Rashid 'merelakan' pemergian abangnya daripada skuad kebangsaan jika itu yang mampu memberi kepuasan, kebebasan serta ketenangan kepada Misbun, yang dilihat begitu tertekan sejak beberapa bulan ini.
Menurut Rashid, abangnya itu jarang meluahkan perasaan dan isi hati baik kepada adik-beradik, pemain bimbingannya mahupun rakan jurulatih, namun daripada perbualan mereka, beliau dapat merasakan Misbun sering menganggap dirinya tidak dihargai dan dihormati oleh beberapa individu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Misbun sering meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang sering mempersoalkan kegagalan anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei memenangi kejuaraan utama dunia seperti Olimpik, gelaran dunia atau Sukan Asia hinggakan pada mereka menjuarai gelaran dalam kalendar Siri Super, terutama All England tidak memberi makna.
Malah kata Rashid, Misbun pernah mengadu kemampuannya dipertikaikan kerana hanya berjaya menaikkan nama Chong Wei, sedangkan pemain-pemain lain di bawah naungannya gagal menonjol.
"Saya tidak boleh beritahu secara spesifik apa yang terbuku dan dirasai oleh Misbun tetapi daripada pandangan saya sebagai seorang rakan sekerja dan adik, saya dapat merasai kekecewaannya terhadap segelintir pegawai dalam persatuan.
"Tindakannya (untuk berhenti) bukan drastik tetapi sudah pendam terlalu lama sebelum akhirnya membuat keputusan. Dia sering mengadu tidak dihargai dan dihormati, malah segala perancangannya terbatas, hendak buat itu atau ini tidak boleh tetapi bila tiada keputusan dikritik."


Manakala sumber dari mStar Online pula..



"Bukan lagi rahsia Misbun tidak gembira berikutan rombakan yang dibuat oleh BAM terhadap struktur bimbingan dan latihan sejak lima bulan lalu.
Dalam usaha memperkasakan struktur tersebut, BAM meletakkan Misbun di bawah pasukan elit yang kendalian adiknya, Rashid.


Lebih mendukacitakannya, dua pemain yang sebelum ini di bawah kendaliannya iaitu anaknya Misbun Ramdan dan Wong Mew Choo telah diasingkan daripadanya
Ramdan diletakkan di bawah jagaan Hendrawan dalam skuad pelapis manakala Mew Choo dikendalikan jurulatih perseorangan wanita kebangsaan, Wong Tat Meng. 

Ramdan bagaimanapun, belum melaporkan diri kepada Hendrawan untuk menjalani latihan. Dia berlatih dengan gigih di bawah kendalian ayahnya dan ini mengecewakan BAM. 

Selain itu, penolong jurulatih Misbun, Teh Seu Bock turut digugurkan. Selepas rayuan dibuat oleh Misbun dan Chong Wei, Seu Bock kembali berkhidmat di skuad elit."


Didalam Berita Harian,penafian dibuat oleh pegawai  didalam BAM yang mengatakan merekalah punca Misbun berhenti...

“SAYA bukan orangnya!” Itulah penafian dibuat Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj apabila ramai pihak menuding jari menuduhnya sebagai punca jurulatih perseorangan, Misbun Sidek meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.


“Misbun meletak jawatan bukan kerana saya tetapi dia mempunyai masalah lain yang mendorongnya berbuat demikian. Begitupun, saya tidak dapat menyatakannya,” katanya.
Beberapa pihak mendakwa James yang juga bekas pemain dan jurulatih yang dilantik BAM selaku Pengarah Prestasi Tinggi sejak 1 September lalu, menjadi faktor utama di sebalik peletakan jawatan Misbun.

Bukan menjadi rahsia tindakan BAM dan James merombak sistem kejurulatihan dan latihan sebelum ini dengan memperkenalkan sistem baru, kurang disenangi Misbun serta kalangan jurulatih lain."


Ape kesudahannya? Kita tunggu dan lihat je laa...Sape kita ni nak menegur orang2 kat "atas" sana tu....



Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved