Utoh Paloi dan Catatan Pak Mail..

on 05 Januari 2011

Semalam,sedang aku berpeleseran di blog Military Malaysia tetiba terjumpe lak link2 ke site Utoh Paloi dan juga Catatan Pak Mail. Sebelum ni aku pernah juge buat review berkenaan dengan Jotting Ex Nuri Pilot. Tapi kali ni,kedua2 blog tersebut lebih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia. 


Cari dan selongkarlah,pasti anda akan terkejut dengan apa yang akan dijumpai..


Ape kelebihan blog tu? 
Banyakkkkk.....terutama kepada mereka yang tercari2 info dan kisah negara kita Malaysia dimasa yang lalu. Beberapa kisah yang pernah menggemparkan negara terjadi di masa lalu dan mereka ni adalah antara insan2 yang pernah terlibat didalam kisah tersebut..




Semoga memberi manafaat kepada semua. Terima kasih.


Sedikit petikan dari blog Catatan Pak Mail....


"Oleh kerana bilangan kami yang ramai, melebihi kapasiti yang ditetapkan di dalam pelampong, kami terpaksa duduk berhimpit-himpitan dalam keadaan satu posisi sepanjang masa.  Tiada banyak ruang untuk kami bergerak-gerak dan meluruskan kaki kami.  Ini membuatkan kaki kami merasa kejang.  Dan dalam keadaan itu jugalah kami cuba untuk tidur atau sekadar melepaskan pedih di mata kerana kekurangan tidur.  Kami tertanya-tanya sesama sendiri mengapa sudah hampir masuk hari ketiga kami terapong, masih juga belum kami ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat (SAR Team).  Begitulah keadaan kami di dalam pelampong sehingga terbit matahari keesokan hari.

Pada hari ketiga tanggal 10hb Jan, 1984 keadaan pelampong sudah mulai kelihatan tidak dapat bertahan lama.  Pecahan pada bawah pelampong membuatkan tempat kami duduk tidak rata.  Kami sedang duduk di atas air berlapik getah pada permukaan pelampong bahagian dalam.  Oleh yang demikian, kami tidak boleh bergerak terlalu banyak.  Ini akan membuatkan pelampong menjadi bertambah rosak...."

Dari wordpress Utuh Paloi..


"Kenakalan krew KD Sri Tawau berterusan. Kali ini melibatkan orang kuat ATM di Sabah.
Sebagai Briged Komander, dan untuk memudahkan pergerakan, beliau mempunyai sebuah bot yang tertera tulisan “SIAPA RAJA”, dan juragan bot tentera ini pula selalu tayang keampuhan dengan berulang alik melewati jeti KD Sri Tawau.
Kalau dipandang sekali imbas, perkataan itu tidak membawa apa-apa erti. Tapi fikiran dan tanggapan manusia berbeza. Ada antara krew rasa tercabar. Betapa tidak, kalau perkataan ’SIAPA RAJA’ ditulis pada kenderaan darat, itu tak jadi hal. Tapi ia terpampang di tepi bot . Dan bot pula berada di air. Air dan laut pula sinonim dengan navy.
Pagi itu, krew yang bertanggung jawab menjaga salah sebuah bot jenis ‘cutter’ bertindak menyahut cabaran. Dia mengecat tulisan “KAMI RAJA” di kedua-dua belah port dan starboard bow. Lepas itu, dia pun turunkan bot ke air dan mulalah mundar mandir dari jeti KD Sri Tawau ke Bandar dan balik ke jeti."  

Kd Sri Perak,gambar yang aku  ambil dari wordpress  Utuh Paloi..
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved