Salam dan selamat sejahtera semua..Siri Jelajah Proton 1 Malaysia @ KuaNTaN!!
Alhamdulillah, setelah seminggu aku bersama Proton kerana menyertai siri Jelajah Proton 1 Malaysia akhirnya tibalah masa untuk diterjemah didalam blog ini. Jelajah yg memakan masa selama 2 minggu bermula di Ipoh, Perak dan berakhir di Shah Alam, Selangor. Festival ini bolehlah dikatakan sebagai "mini autoshow" yang mana terdapat beberapa buah model kereta prototype yang pernah dipamerkan di KL Motorshow. Selain dari tu juga beberapa pameran/demo utiliti "mini RND" turut dibuat. Tidak lupa juga hasil kerja innovatif oleh pekerja Proton yang turut dibawa dan dipamerkan bersama.
Jadi, trip aku akan bermula di Kuantan pada 26Dis 2010 hinggalah ke COE Proton 31Dis 2010, bermakna kerja yang boleh tahan mencabar gak la sedang menanti aku...!!!
25Dis2010, adalah tarikh pertukaran antara rakan yang telah seminggu menyertai jelajah ini. Sepatutnya aku kene pergi lagi awal, tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan aku minta tukar tarikh tu dengan rakan sekerja yang dah ikuti program tu dari awal. Kebetulan beliau pun bersetuju, alhamdulillah...settle. Thanks to Abang Jamal kerana persetujuan tersebut. So lepas tu, dah tak ada lagi alasan la untuk aku mengelakkan diriiii...!!!! Apalagi.....Jom pi Kuantan......
Jalan2 cari makan di Kuantan (Tanjung Lumpur) sebelum start keje... jadi kami singgah di warong Mok Naa...mau makan seafood looo...
Malangnya pelanggan agak ramai, sehingga tuan kedai pun kelam kabut. Order yang kami pun terima pun agak lambat sampai ke meja....:( Otak2,keropok lekor, udang goreng bertepung dan Ice Blend jagung menjadi menu kami pada petang tersebut...Rasaaa???? Sodappp woooo.....!!!!! Harga pun tak semahal di KL atau Shah Alam...
Tempat beristirehat, Vistana Hotel Kuantan..Kelas gak hotel nih, ade TV Lcd screen lagi.. Antara hotel yang aku rasa terbaik di Kuantan...
Evora, produk terbaru Lotus..Gagah diiringi PDRM (Unit Bermotosikal 32 unit yang dah biasa escort LTDL) Thanks PDRM, biarpun aku tidak termasuk didalam konvoi tersebut...(Advance Team...keje teruk maaaa)
Yeahhh....Inilah harinya..
Bermula jam 2.30 pm hingga 6.30 pm..terpacak le aku kat sini menanti para pengunjung dan anak2 yatim, disamping membuat demo.... aku juga memberi penerangan berkenaan Clay Model dan fungsinya kepada pengunjung dan anak2 yatim piatu...
Ketibaan para peserta Konvoi...sebanyak 60 buah kenderaan terlibat didalam aktiviti konvoi. Kebanyakan peserta adalah ahli2 kelab kereta Proton. Tahniah kepada mereka...masyukkkk!!!!
Rakan Designer aku, membuat demo "Live rendering" kepada para pengunjung disamping memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk membuat rendering/sketching...
Yoooo....sape lagi kalau bukan aku,sibuk atau buat2 sibuk tuuu...ha3!!!!
Dalam dok sibuk2...tetiba terjumpa member lama ex Proton yg dh berhenti...alhamdulillah... |
Anak2 kecil memang berminat bila bermain dengan tanah liat...tak yah suruh, cepat je derang "tarik".....Buh ajelahhh.....tak de hal nyerr!!!!
Konsert ditapak festival. Antara artis yang hadir, Jay jay, Adibah Nor n aku tak ingat lagi dahh....
Booth kat atas ni la yg membuat aku rambang mate....aduss!!! korang bayangkan kasut yang rega rm80.00 tu jadi rm 20.00 je...sape tak nak kan...Sandal lak rega rm35.00 jadi rm 10.00 jek..pe lagi...rembat la....tapi sayangnye.....kasut yang baru pakai 2 hari "lekang" gam....sandal lak baru pakai sehari pun jadi macam tu ju gak...Adesss...nak sangat barang murah, ambik kau!!
Walaupun begitu, barang yang aku beli tu aku rasa still berbaloi lagi...cuma kene hantor kat kedai kasut tepi jalan je laa, tak pun aku gi beli gam dan tampal sendiri...he3!!! Kengkawan aku dah pakat dok gelak kat aku pulak....siottttt!!!!
Walaupun begitu, barang yang aku beli tu aku rasa still berbaloi lagi...cuma kene hantor kat kedai kasut tepi jalan je laa, tak pun aku gi beli gam dan tampal sendiri...he3!!! Kengkawan aku dah pakat dok gelak kat aku pulak....siottttt!!!!
Command Car 1 dan 2...diapit pulak ngan Honda VFR 1300, Mantoppp...teringin lak aku nak cuba, try test moto tu...:)!!! So, setelah semua perkara selesai, kami berkemas dan bersedia ke Batu Pahat pulak. 6 buah kereta akan berkonvoi ke BP, termasuk 2 bijik Ezora....tanpa diescort polis sebab kami ni Advance Team, kene pergi awal dari team konvoi..peh cam le ganaih bunyinye yekkk...he3!!!
Jam 8.30 malam,kami "cargas" menghala ke Batu Pahat,manakala geng konvoi menghala ke Segamat(derang titun sana) Malam tu final bola pulak kat Bukit Jalil,wahhhh lepak dulu la kat kedai makan sambil mata layan bola. Bersorak bagai kami kat kedai tu!!! Naseb bek Mesia menang, hati pun tenang beb!!! Cayalah Malaysia!!!!
Yeahhhh...singgah dulu isi minyak dan tambah "nikotin" sebab mate pun dah layu daaaa...
Jam lak dah menunjukkan lebihkurang kul 2 pagi....Adoyaiiiiii....Ngantuk + letih ...dalam kepala mula...
"bantal kat mane nihh.....aduiyaiiii"
Bersambung.........