Tumpuan gua pastinya terarah kepada 3 orang rider Honda iaitu Casey Stoner,Dani Pedrosa dan juga Andrea Dovisioso. Tahun ni gua rasa Honda benar2 mahu merampas tahkha World Championship dari Yamaha. Ducati pula bergelut dengan masaalah motosikal yang masih kurang menyengat. Valentino Rossi dan Nicky Hayden mempunyai tugas berat dalam memastikan kuasa Ducati dikembalikan seperti dulu. Rossi juga masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang beliau alami sebelum ni.
Jadi kesimpulan gua dari "skrip" malam tadi, Honda mampu pergi labih jauh dalam perlumbaan tahun ni. Team Yamaha factory pula masih dengan masaalah lama, kurang kuasa berbanding dengan Honda, terutamanya dijalan lurus. Adegan potong memotong malam tadi diantara Lorenzo dan Pedrosa (kasi gua saspen) menunjukkan masaalah sebenar Yamaha. Nasib baik Lorenzo berjaya juga mengatasi Pedrosa untuk berada dikedudukan kedua.
Apepun keputusan malam tadi masih memberi permulaan yang baik buat team Yamaha Factory Racing. Kedudukan kedua buat Lorenzo, dikira masih baik. Manakala Ben Spies pula berpuas hati setelah berhempas pulas "merempit" dengan Rossi dikedudukan ke 6. So korang layan je la pic kat bawah nih...gua memang suka tepek pic kat dalam blog...menarik!!! Hehehe...
Ben Spies
Ben Spies merempit dengan Valentino Rossi
Champion kat Qatar...Casey Stoner
Ben Spies
Valentino Rossi
Nicky Hayden
Colin Edward
Rider baru Yamaha...Cal Crutchlow...sblm ni Superbike
Alvaro Bautista (Moto2 tahun lepas)
Hayden (69) dan Hiroshi Ayama (7)
No 2 happy lebih nampakk...
- 2011 MotoGP Qatar race results:
1. Casey Stoner (AUS) Honda
2. Jorge Lorenzo (SPA) Yamaha
3. Dani Pedrosa (SPA) Honda
4. Andrea Dovisioso (ITA) Honda
5. Marco Simoncelli (ITA) Honda
6. Ben Spies (USA) Yamaha
7. Valentino Rossi (ITA) Ducati
8. Colin Edwards (USA) Yamaha
9. Nicky Hayden (USA) Ducati
10. Hiroshi Aoyama (JPN) Honda
11. Cal Crutchlow (GBR) Yamaha
12. Hector Barbera (SPA) Ducati
13. Karel Abraham (CZE) Ducati
DNF Toni Elias (SPA) Honda – crash
DNF Loris Capirossi (ITA) Ducati – retire
DNF Randy De Puniet (FRA) Ducati - crash
Sementara itu...
Pelumba negara Zulfahmi juga mencatatkan kedudukan yang baik buat permulaan tahun ini. Kedudukan 19 bukanlah no yang teruk bagi beliau. Jumlah pelumba malam tadi dalam kategori 125cc seramai 30 orang. Menggunakan jentera Derbi yang ditaja oleh Airasia-Sic-Ajo, dan no plate 63.
Semoga lebih suksess terutamanya bila beraksi dilaman sendiri nanti. lambat lagi loo...2nd last GP...huhuhu
BMW 1-series M Coupe (2011) MotoGP safety car
Satu lagi yang menarik perhatian ialah kereta Safety yang ditaja oleh BMW. Berkapasiti 3.0 liter,335bhp turbocharge straight sixengine...pehh nampak garang siot..