Asal usul Sumber
Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.
Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)
B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.
Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.
Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.
Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.
Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.
Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."
Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara' bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.
Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.
Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.
Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber: light of islam
Bie · 724 weeks ago
Seri Bahasa · 724 weeks ago
cik tom · 724 weeks ago
My recent post Pengalaman Temuduga Jawatan Kerani Admin
samadjfr · 724 weeks ago
My recent post Pengalaman Menjalani Pembedahan Kali ke-2
nuriz · 724 weeks ago
My recent post Isu Nasi Lemak Di Kantin vs Isu Beg Sekolah Berat
nuriz · 724 weeks ago
jangan le duk salahkan orang lain cthnya guru kalau anak tak jadi baik
My recent post Isu Nasi Lemak Di Kantin vs Isu Beg Sekolah Berat
suri · 724 weeks ago
surah mariyam..lukmal sering juga d amakan moga2 anak2 mjdi ank yg soleh dunia & akhirat
suri · 724 weeks ago
ada pengasuh kena hati2 sb takut nnti dia syg pgasuh dri kita tu lgi bhya heeee
tehr · 724 weeks ago
memang kena jaga betul2
kena minta pertolongan Dia juga
kalau dah 'terlepas' memang payah nak dapat balik
My recent post Sumpah-sumpah
nurmisnan · 724 weeks ago
betul tuh.. didikan dan bimbingan dari mak abah
adalah satu rahmat dan doa dari mak
memberi kekuatan, semangat dan taatnya pd org tua
thanks for sharing doa ini...
My recent post Layan si sihat nih
afzai.nizam · 724 weeks ago
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara” http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
prosedur bawa masuk kenderaan luar
diy bumper pecah bumper calar
Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Fitrah ini wujud di kalangan muslim mahupun bukan muslim. Bagaimanapun ibu bapa muslim sangat dituntut untuk mengetahui dan memahami nilai kurniaan Allah SWT ini. Ketidakfahaman dalam perkara ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat melaksanakan peranan dan tanggung-jawab mereka, malah mungkin tidak menunaikan hak anak-anak seperti memberi kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Oleh itu kita wajib menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana nikmat Allah SWT ini boleh menghiasi rumah tangga dan menenteramkannya.
“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami).” (Surah al Furqan: 74)
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud:
“Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.”
(Surah Ali Imran: 38)
“Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Surah Maryam : 5-6)
Kedua-dua ayat di atas merakamkan doa Nabi Zakaria yang berhajat kepada anak untuk meneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.
Menurut Akhlaq Hussain, “Anak-anak yang saleh menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa....” Inipun sekiranya anak-anak tersebut dididik dengan sempurna sehingga menjadi mukmin yang sebenar kerana hanya anak-anak sebegini membolehkan ibu bapa memperolehi sedekah jariah yang dikatakannya.
My recent post Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
syahrilhafiz · 724 weeks ago
bukan panduan untuk ibubapa je ni
tapi kalau anak2 baca diorang berfikir sejenak
insyaallah bahagia keluarga tu kalau saling memahami antara satu sama lain.
My recent post Tarikh Keramat Ubuntu 1104 & Pelancaran iPad 2 Malaysia
LiFe KaMi · 724 weeks ago
anak ini kena dididik dari pada awal,
sebab bila diorg dah meningkat remaja mmg susah dah nak dibentuk,
zaman skang ni budak2 terlalu terdedah dgn perkara2 negatif,
amalan begini lah yg membahayakan,
org rumah seorg guru,dia kata budak sek skang mmg berlainan jauh dari zaman kita sek dulu, mereka lebih sosial dari dahulu,lebih luas pikiran mereka..
kalau lah ibu bapa leka sejak dari kecil maka terjadilah apa yang disabda ole Nabi Muhammad SAW, bila kita meninggal kelak anak2 yg lalai tiada akan memberi2 manfaat utk kita..
My recent post Makan Burung Punai
zik · 724 weeks ago
My recent post Bunga raya- ciri-ciri dan simbolik
Mus · 724 weeks ago
thanks!!
My recent post Gambar ‘Bandar Telur Goreng’ Yang Pelik Di Netherlands
zulkbo · 724 weeks ago
terima kasih bro..
paduan berguna
dunia akhirat nih
:)
My recent post Video Sex Anwar Ibrahim Part-2
cemomoi · 724 weeks ago
chii · 724 weeks ago
kdang2 perkara ni la yg seringkali ibu bapa terlepas pandang..yg mana akan memberi kesan pd anak2 bila da start remaja...
melentur buluh biar dari rebung..kalo da jadi rebung..lentur la sekuat mana skalipun..mmg x kan jadi..didiklah anak2 seawal umo mereka
Aida · 724 weeks ago
My recent post KEK UPIN IPIN BETULBETULBETUL
PakMail · 724 weeks ago
My recent post 11 Sebab Islam Haramkan Rokok
Cik Shinju · 724 weeks ago
Mekasih share yek aok...
Semoga beroleh anak2 yg soleh dan solehah..
Aminnnn