Dimitry Panov (Russia), Bin Ahmad Mohd Bostami (Malaysia)
Sumber pic: Scuoladesign sumber post: Car Design Malaysia |
Ini adalah salah satu rekaan bersama diantara seorang pelatih designer dari Malaysia bersama seorang pelatih designer dari Russia. Adakah anda pernah mendengar atau mengenali nama Mohd Bostami bin Ahmad... nama bersama bagi pereka kereta konsep ini. Atau anda pernah mengenali beliau disatu masa lalu? Tidak..? He3x!!!...Okeh x pa...cool mannn....
Design kereta diatas adalah sebuah kereta konsep, yang dibangunkan hasil 2 orang pereka muda ini di Itali. Setahu aku design ni masih lagi dalam stage model...ataupun "concept car"....sesuatu yang belum pasti sama ada boleh diproduksi atau tidak. Mungkin kalau kereta ni keluar untuk production nanti, kemungkinan perubahan dari design tetap akan berlaku... Dan saje je nak tanya kengkawan semua...adakah korang tahu jenama kereta apakah yang telah dicipta secara bersama oleh anak Malaysia/Russia ini? Gamaknya kereta jenis apa la yerr?
# Masih ada lagi anak Malaysia yang telah berjaya dan bekerja secara bersama dengan gergasi automotif didunia sama ada di asia sendiri ataupun dibarat. Aku beruntung kerana mengenali beberapa orang daripada mereka. Namun nama mereka tak dikenali orang ramai diluar sana. Tapi kalau aku sebut nama dan jenis kereta, kompom korang tau dan memang biasa dengar jenama kereta tersebut. Nantikan pengumuman dari aku....itu pun kalau keadaan mengizinkan dan tiada halangan dari tuan punya badan tu sendiri.