Sehingga kini, aku masih lagi merasai kasih sayang dari insan yang bergelar ibu, aku besyukur kepada Ilahi kerana masih merasai peluang dan nikmat itu. Buat sahabat yang telah kehilangan ibu, aku pasti hanya memori yang akan dikenang dan dibawa sehingga sampai waktu kalian pula dipanggil mengadap Ilahi. Hanya doa sahaja yang mampu kalian titipkan buat Ibu yang tersayang. Doa dari anak yang soleh adalah antara dari 3 amalan yang tidak akan putus. Tetapi alangkah pedih dan sedihnya jika punya anak yang ramai sedangkan seorang pun tidak pernah mendoakan kebaikan untuk ibubapanya, tak kira ketika mereka masih hidup atau sebaliknya.
Ingatan dariku buat rakan yang mempunyai kenangan pahit bersama ibu, Ingatlah walau bagaimana buruk sekali pun perangai ibu kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan diukur melalui wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Apa pun selagi ibu dan bapa kita masih ada selagi itulah kita wajib menjaga dan membalas segala jasa yang pernah ditaburkan kepada kita. Hiasilah hidup kita dengan doa buat mereka, semoga kita menjadi anak yang soleh dan anak2 kita juga menjadi anak yang lebih soleh dari kita. Aku berharap "Hari Ibu" ini memberi lebih makna kepada semua insan yang bergelar ibu.. selama~lamanya.
"Selamat Hari Ibu buat ibuku tersayang, juga buat semua insan yang bergelar Ibu"
Anakku si Amar Amzar bersama neneknya... |
Secara tiba2 aku terkenang kpd arwah anak aku yg dikebumikan bersebelahan pusara datuknya |
Halaqah Sentuhan Qalbu Ayah dan Ibu Part2
Halaqah Sentuhan Qalbu Ayah dan Ibu Part3
Halaqah Sentuhan Qalbu Ayah dan Ibu Part4