Jom Follow Aku....Isu Asteruk, PPIM bersuara!!

on 30 Jun 2011

Kita dikejutkan lagi dengan isu Asteruk yang mahu menaikkan yuran langganan kepada pengguna bermula pada 11 Julai 2011. Aku yakin majoriti rakyat dan rakan blogger juga (terutamanya yg dah berkeluarga) memiliki siaran Asteruk. Kenapa?? Pastinya kerana semua mahukan gambar yang terbaik untuk tv mereka. Paling teruk pun, aku "kompom" mereka akan mengambil pakej Asteruk yang paling murah. Setahu aku pengguna Asteruk kini berjumlah 2.5 juta (ramai giler tu), kini mereka terpaksa menerima "kesan" kenaikan harga  siaran. Dalam nak tak nak, kita seakan dipaksa untuk memilih, (dah tak de saingan katakan) saluran berbayar yang sangat mahal kosnya ini. Status selama 20 tahun hak siaran ekslusif (sehingga 2017) yang diberi oleh kerajaan nampaknya memang dipergunakan semahu2nya oleh perbadanan ini.

Keuntungan kumpulan ini pada tahun 2009 ialah RM650 juta (sebelum cukai) dan tahun 2010 pula adalah sebanyak RM800 juta (juga sebelum cukai) Nampaknya jumlah yang sangat besar ini tidak memuaskan hati pentadbir mereka. Mungkin target mereka pada 2011 ialah keuntungan yang 2 kali ganda dari tahun 2010, sebab tu kita boleh tengok iklan yang agak bersepah didalam siaran mereka sekarang. Nak untung lebih katakann.....So, kita bayar tuk siaran iklan juga la yekkk...hahaha

Sebagai pengguna, kita mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakkan terhadap bantahan dan rakyat, Malangnya tiada apa pun yang dilakukan oleh kerajaan. Kita dok harap2 supaya pihak  KPDNKK akan bertindak, tapi tak jadi apa pun....nampaknya istilah "Rakyat didahulukan"  hanyalah satu manisan mulut para pemimpin untuk rakyat yang sering terngaga kerana isu kenaikan kos yg tak pernah dapat diselesaikan. Rakyat kian terhimpit kerana kesan kenaikan kos... hari demi hari..namun siapa yang peduli??

PPIM telah bersuara, sama ada anda mahu melakukannya atau tidak, terpulang kepada diri anda. Mungkin anda juga mempunyai cara tersendiri untuk "memboikot" Asteruk. Aku pun rasa2nya akan mengambil tindakkan sendiri untuk memboikot.....mungkin dengan memotong "bajet" dan mengambil pakej yang paling asas sahaja, pakej family. Cukuplah...aku dah tak lalu nak bayar yuran yang semakin lama semakin naik nih..Bermula dengan pakej RM49.90 kini pakej tersebut melompat kepada RM82.95. Hmmm...bape % yek kenaikkan harga tu...:)

Melalui surat tawaran terbaru mereka, pakej Super Pack berharga RM125 (kononnya bernilai RM175.85) dengan penjimatan sebanyak RM45.85 diharap mampu memberikan rasa teruja kepada aku. Rasa teruja?? hahaha korang buat  lawak ker Asteruk?? Minyak naik, makanan naik sapa nak tanggung?? Pas tu ko nak suruh aku layan yang lagi mahal, banyak cantik muko korang!!! Ko ingat aku tengok ke semua cerita ulang tayang yang korang tu? Mmmennggonggg!!!!
Hahaha...sesekali "kene" lepaskan jugak rasa yg terpendam dalam hati nih.

P/s: Gamaknya dah berapa kali kenaikkan yang pihak Asteruk ni buat yekk? Kata canggih...tp bila kene hujan sikit jerr...semua "blur"...macam ni pun ni nak kasi naik rega lagi???





PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617
Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my


KENYATAAN MEDIA 27hb Jun 2011 PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):
Boikot Astro! Kerana Pentingkan Keuntungan Lebih Daripada Pengguna

Merujuk kepada kenyataan media PPIM betarikh 17hb Jun 2011 mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro dan juga kenyataan media oleh En. Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro bertarikh 24hb Jun 2011 di Star bertajuk Price revision is ‘inevitable’, PPIM amat berdukacita pihak Astro tidak berganjak daripada keputusannya menaikkan harga pakej langganan berkuatkuasa Julai 2011 walaupun mendapat desakan daripada beberapa Persatuan-Persatuan Pengguna dan juga Kementerian berkaitan untuk tidak berbuat demikian.

PPIM kesal dengan sikap Astro yang tidak prihatin langsung terhadap rungutan pengguna yang rata-rata tidak bersetuju dengan notis kenaikan harga berkuatkuasa Julai 2011. Ini berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan PPIM di laman blog www.muslimconsumer.org.my. Sikap demikian mencerminkan keperibadian Astro yang bertentangan dengan semangat 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diperjuangkan Kerajaan.

PPIM ingin menyedarkan semua pengguna, Astro hanya berminat untuk mengaut keuntungan daripada pengguna yang tidak mempunyai pilihan kerana siaran TV berbayar melalui SATELIT DIMONOPOLI ASTRO selama DUA PULUH (20) TAHUN. Rungutan dan keperluan pengguna kepada perkhidmatan yang berkualiti tidak diendahkan Astro kerana tiada persaingan.

Pihak Astro pula sentiasa menyalahkan syarikat TV berbayar lain atas kenaikan kos kandungan sedangkan pihak Astro mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada lesen monopoli tv satelit yang dinikmati selama ini untuk membida kandungan pada harga yang amat tinggi berbanding pihak lain.

Setelah hampir sepuluh (10) tahun mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada langganan pengguna dan juga hasil iklan TV, pihak Astro telah menunjukkan keangkuhannya dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga langganan tanpa berbincang dengan pihak berwajib.

Memandangkan pihak Astro tidak mengendahkan tuntutan pengguna melalui PPIM yang dibuat pada kenyataan media bertarikh 17hb Jun 2011, PPIM menggesa semua pelanggan dan pengguna Astro bersatu dan memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada  tuntutan-tuntuntan tersebut.

Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:
1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan  berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998.[end]

 Anda juga boleh melayari dan melakukan undian anda di laman PPIM disini:
1. http://www.muslimconsumer.org.my/v2/
2. http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved