DBKL Games 2011 ~ Carrom, Chess dan PC Games..

on 01 November 2011

As salam dan selamat sejahtera kepada semua. Hari minggu yang lepas (30/10/11), satu lagi Terbuka Carrom  telah berlangsung. Bertempat berdekatan denganTasik Titiwangsa, juga tidak jauh dari Istana Budaya, Kuala Lumpur. Rasanya dah berzaman aku tak pergi ke Tasik Titiwangsa ni. Seingat aku last aku turun kat sini masa tu aku duk kat Pandan Indah, tolong brother tu meniaga burger dan Roti John kat kilang Texas, AUG Keramat.

Maaf, sebab aku tak pasti bangunan indoor games tu sebenarnya bangunan apa, mungkin sebahagian dari bangunan Istana Budaya kot..Yang pasti, ianya salah satu pusat sukan di kawasan tersebut. Aku pun tak sangka ada 3 acara pada hari tersebut. Carrom, Chess dan Pc Games berlangsung serentak pada hari dan vanue yang sama. Tapi biasalah, yang lain habis awal Carrom je yang akan makan masa yang lama. Boleh cecah sampai kul 1~2 malam woo...

Seperti biasa team aku "Malaya Carrom Team" menghadirkan diri untuk menyertai pertandingan yang mana, pada kami peminat Carrom di Malaysia mungkin ianya bertaraf 5 bintang. Banyak juga team turun pada hari tersebut, team dari Utara, Selatan semuanya ada. Hadiah untuk acara Double juga menarik iaitu RM 3,000 untuk pemenang utama. Bagi team yang hanya berjaya menjadi juara kumpulan, hadiahnya pun okey juga, RM250 untuk setiap pasukan yang layak.

Team aku menghantar 4 team, ramai yang tak dapat menghadirkan diri diatas pelbagai masaalah tersendiri. Biasala tu. Aku pun hampir2 tak jadi jugak..hehehe Apepun pencapaian team kami hanya senderhana, team baru katakan. Pencapaian aku kali ni, hanya berjaya mara sehingga ke round ke tiga didalam peringkat kumpulan. Kalah kepada JKR Perlis...power brother tu siot...Aku cuba buat magic, tapi magic brother tu lagi kuat...so pe lagi, kalah lerr...hehehe.

Bagi aku dan rakan2 dari "Malaya Carrom Team", kami semua ucapkan Tahniah kepada pemenang kali ni. Tak kira la sesapa pun, sebab kami tak tunggu dah. Around kul 7.00 petang tu kami semua dah cargas ke Shah Alam. Harap2 dapat berjumpa pula nanti di Terbuka UM pulak yang dijangka berlangsung pada 4 Dis 2011 nanti. Sekian terima kasih. Adiozzz..

Carrom DBKL Open
Dewan yang terbahagi kepada 3 acara

Pc Games bersebelahan dgn Carrom

Chess, agak ke hujung sedikit....

rm10,000 ganjaran hadiah
Banner utk PC games, hadiah keseluruhan bernilai rm 10,000 tuu....

lelaki lawan perempuan
Bertemu dengan wakil PKNS diawal2 permainan, partner baru lorrr....

Bertemu dengan pasukan dari Johor,Pasir Gudang...round ke 2 dalam kumpulan. Team kat belakang aku tu yang dari JKR Perlis, kaki pancung depa.. abg baju putih tu...!!!

# Tahniah juga kepada team rasmi PROTON iaitu G9 dan juga Sonja yang berjaya sampai round ke 4 peringkat kumpulan, dan dengarnya team G9 ada yang berjaya mendapat tempat keempat. Dalam sibuk2 pun sempat layan jugak Terbuka Carrrom....hehehe
Ranking: 5

Comments (21)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Injit-injit Semut's avatar

Injit-injit Semut · 697 weeks ago

terbaik DBKL....jumpa kat UM lak...
1 reply · active 697 weeks ago
Yuppp...tapi sayangnya aku x dpt dtg kt Um...member baik aku kawin tarikh yg sama la bro... :(

#Tp aku cuba dptkan bahan melalui kawan2 aku yg turun kesana nanti...insyaallah aku cuba juga buat entri kt UM....
kuat betul join tournement ko ni bro.bagus la tu...bnyak orang mls nak bagi komitmnen.cth cam aku kot.haha...sia ada fifa ngan pes tu.yg tu menarik...
My recent post Penyamun Berparang Gagal, Namun Tiga Beranak Ditetak
5 replies · active 699 weeks ago
Hahaha..Bila dah buat Team, kene la support...so aku harap team aku Malaya Carrom Team ni bole pergi jauh la lepas ni...sukan2 lain aku tak leh join...nak2 yg babitkan fizikal...ACL maa...belom operete lagi... :D
mende plak ACL tu?
My recent post Pencakar Bumi Bandar Mexico
Anterior cruciate ligament....otot yg pegang kepala lutut dah putus...atas bawah. Biasa pemain bola kene mende nih...kos dlm rm19k...aku maleh nk buat lg sbb mc nti 2/3 bulan...soal duit no hal sbb kompeni leh tanggung.
sedap dah tu company tanggung...buat la nanti bro...
My recent post Rabu Yang Bisu #16 - Selesai Sudah
tah le...klau mc 2/3 bulan tu yg buat aku jd maleh ....
Kalau aku tengok ramai yang otai -otai tuuuu... mana lah kita nak menang.... semua nya tangan power gilerrr....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing chrome part2 motorsikal
1 reply · active 699 weeks ago
Yup bro...dah la nak kontrol gigil jari satu hal...lawan lak mmg otai2...jenuh gak la bro :D
ada yang dari perlis
dah menyeluruh juga penyertaan aktiviti ni
tahniah kepada dbkl

tapi kan, tak pernah pulak aku dengar ada berita kat tv
patutnya ada la kan?
My recent post Bukan Satu Tragedi
1 reply · active 700 weeks ago
Memang pun bro...yg tak de peserta dr Sabah dan Sarawak je...Utara Selatan semua dah turun... :D

#Sukan ni lom ngetop lagi bro...ni yg aku cuba usahakan.... :)
sapa juara?
My recent post Berapa Harga Isteri Anda..???
1 reply · active 700 weeks ago
Tah le cemomoi...tak tau juga, lope nak tanye budak2 G9 tu.... xD
rupanya ada juga pertandingan carrom,main je tau ..huhu
lama juga tak pergi tasik titiwangsa ni,dulu selalu jogging kat sana,
kira hebat juga tu bro bole sampai round 3.. :)
My recent post Mia Sara Yang Comel
1 reply · active 700 weeks ago
Hehehe...ade cuma sukan ni tak glemer mcm sukan lain jerr...harap2 dgn pendedahan kat sini sukan ni bertambah le peminatnya... :D

#hebat tu tak la sangat...just cr exp jee... :D
Bestnya.... nak join boleh. hik3...

balik nanti mau beli balik satu set carrom.. mau libas kasi pecah..
My recent post Khasiat wheatgrass atau rumput gandum untuk kesihatan
1 reply · active 700 weeks ago
Hehehe...beli sis jgn tak beli...anak aku pun sibuk mintak papan carrom gak kat umah. Aku beli tp yg murah punya laa...main tak syokk laaa... :D
menarik gak skali skala join event camni ye..tp publisiti x berapa sangat kan..chii pun tatau kalo bro tade mention kat sini
My recent post Jenis-jenis rambut
1 reply · active 700 weeks ago
Rasanya bab2 publisiti carrom mmg agak kurang sikit...mcm tu juga dgn pc game ngan catur yg DBKL buat...kejohanan kecil2 an je...tu yg promo tak de tu... :D
Yang tidak jadi pergi mesti hendak sabotaj atau tanda protes :-)
My recent post Solo outing dengan kamera DSLR di Sg Ramal Dalam

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved