Kapal Selam Agosta 70 bersemadi di Melaka

on 17 November 2011

Kapal Selam Agosta 70 bersemadi di Melaka


MELAKA 13 Nov. — Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata, kapal selam itu telah tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.

Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd. Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.

Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. — Bernama

# Aku dah ushar isu ni diforum Cari. Nak usha tempat lain malas la pulak. Macam biasa la, memacam pandangan yang keluar. Ada yang kutuk, ada yang bersetuju dan ada yang suruh TLDM buat RND sendiri dengan kapal selam ni... tapi cadangan yang terbaik aku rasa ialah up grade kapal selam tu. Negara yang dicadangkan oleh forumer tu adalah di Pakistan. Pehhh...baru aku tau di Pakistan, rupa2nya ada pakar untuk baik pulih dan panjangkan hayat kapal selam under licence dari France nih. Satu lagi aku terjumpa sorang forumer ni (kalau tak salah aku org dalam Scorpene...dan mungkin masih lagi dalam perkhidmatan) dgn ayatnya....

1. LT= "Kenangan 4 thn bersamamu....Ouessant. membelah sea state 6 kt Atlantik. Sembahyang baring je kt katil...sbb instructor france marah. daging babi salai gantung...nk lalu tutup hidung je. nk pi toilet...beratur 78 org ngn 1 toilet. byk lg nk dikenangkan..." 


2. Juga dari LT="Sbb kt melaka ade muzium TLDM. Agosta tu buat thn 1970 nama Ouessant diguna oleh krew sub kita masa kt france. mmg sesuai sgt buat latihan.... sbb semua manual... main pusing2 semua. Perkara2 basic diajar sblm convert ke fully automatic scorpene ni. mmg nostalgic la... sub ni jd muzium sbb sub pertama yg kita guna utk establish 1st sub force"


Pandangan aku yang tak ngerti apa2 tentang ketenteraan dan juga kapal selam ni sebenarnya simple je. Aku rasa kerajaan dah tentu buat kajian yang menyeluruh sebelum kapal selam ni dipencenkan dan di letak di muzium. Tambah pula kapal selam tu sebelum ni hanya dibuat sebagai kapal latihan untuk anak2 kapal TLDM yang bakal mengendalikan Scorpene. Bagi orang awam pula, ini adalah satu peluang untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman masuk kedalam kapal selam secara dekat. So...tak perlu kecoh2...tak perlu gaduh2...


Kesimpulan aku, Agosta 70 adalah kapal selam latihan... sementara menunggu Scorpene siap...dengan hayatnya itu kapal ini tidak sesuai untuk beroperasi di mana2 lautan sekalipun. Dan kalau dipanjangkan hayatnya pun...ianya mungkin membabitkan kos yang sangat tinggi dan merisikokan nyawa anak2 kapal.
Anak2 kapal Selam Scorpene Malaysia...mungkinkan si LT ada bersama disini??
Pulau Besar atau Klebang??

Kelihatan begitu buruk rupa Agosta 70 nih...
Ketibaan Agosta 70 (dah macam ikan Paus la pulak bila tgk sekali imbas...)

Credit to Cari Malay Forum

Ranking: 5

Comments (23)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA...
Elok juga kalau di pertontonkan pada umum sekurang-kurangnya orang macam aku ni bolkeh belajar dan memahami apa itu kapal selam.... rasanya kalau nak baiki tu kos tinggi lebih baik buat muzium dapat gak hasil ..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paint protection film
1 reply · active 699 weeks ago
Setuju sgt bro...barang lama klau dibunag kan rugi sesaja jerr...mmg elok sgt2 derang bg peluang kt org ramai tengok secara dekat kapal selam nih
lain kali kalau ke melaka, boleh la aku nengok
hari tu dah sempat masuk muzium samudera
1 reply · active 699 weeks ago
Sama gak la bro...tak sabo rasanya aku nk masuk kedlm kapal selam tu bila siap nanti
sikit masa di tacap balik mesti nmpk lawo bru di pertontonkan pada umum..klu nak tgok masuk kena cas siapkan duit jelah heee
1 reply · active 700 weeks ago
Yup...kasi makeup sikit lawor laa....hehehe
rasanya naik taraf makin mahulah deretan pantai tu dri pantai puteri ke pantai kelebang..
1 reply · active 700 weeks ago
last year pergi tgk derang buat tambak kat pantai klebang....Melaka makin beso la jadiknya... :D
dekat je rnak ke pulau besar ni heeeee
1 reply · active 700 weeks ago
Hmm...berita terbaru di Klebang...tak taula yg mana satu betul... :)
Kalau di Sweeden ada muzium khas dibina untuk tersimpannya kapal Vasa yang tengelam selepas belayar kurang dari 2 nautika. Kerajaan Sweeden mengapungkannya dan sekarang ini mereka masih membuat pemulihan untuk merawat kayu kapal dari mereput dengan peruntukan kos perbelanjaan yang tinggi. Walaupun pembinaan kapal Vasa ini gagal kerana ia tidak menepati standrard ia tetap menjadi dijadikan muzium untuk kunjungan umum. Saya antara orang yang beruntung dapat melihat kapal Vasa secara dekat.

Saya terkejut juga bila tahu kita ini ada kapal selam ingatkan kapal selam Scorpene adalah yang pertama.
3 replies · active 700 weeks ago
Woww...saya anggap bro akubiomed antara org yg bertuah krn dpt tgk kapal tu...mungkin esok2 bro boleh buat entri sikit kot...ke dah ada, cuma saya je yg tak pernah tgk entri tue??

#Bila diapung dan di pamerkan kpd umum...ramai yg boleh tengok betapa satu sejarah berdiri didepan mata...kita kene hargai nilai itu.
scorpene tu glamer habis...yg utk latihan selalunya mmg tak glamer...hehee
Hehehe...rasanya masih ramai yg belum tahu perbezaan scorpene dgn Agosta nih...derang ingat sama je kot... :D
tambah lagi satu koleksi kapal kat melaka...

teringin jugak nak masuk dlam kapal selam ni..maklumlah, biasa tgk kat tv jer...hhee

kalau sudah tak boleh berkhidmat, ada baiknya juga dipertonton kpd org awam utk belajar, mana tau ada anak2 muda tgk nanti, terus dapat ilham....
1 reply · active 700 weeks ago
Betul tu bro... aku pun teringin sesangat nak masuk tengok... :D
dapat duit dari sudut pelancongan? orang luar melancong ke malaysia bukan sebab nak tengok kapal selam tapi walau apa2 hal pun kita tengoklah macamana perkembangan muzium ni..
1 reply · active 700 weeks ago
Mungkin benar juga pendapat bro tu...tetapi rakyat sendiri pun boleh tengok jugak...waima aku sendiri pun teringin nak tengok... :D
jgn jdi mcm dulu yg x leh selam sudah la
1 reply · active 700 weeks ago
Yg ni memang tak selam2 sampai sudah dah bro... :D
pun tak tau sgt pasal kapal selam, tapi mungkin kot de benarnya, dia dah tak boleh beroperasi di laut, macam kete lama kan... jadi dari bahayakan anak kapal, mungkin lebih baik dapatkan duit dari sudut pelancongan.. kita pun ada peluang naik kapal selam..
1 reply · active 700 weeks ago
Macam tu la kira2nya...yas pun tak tahu sgt apa pakej yg sebenarnya...tp secara umum kapal selam agosta ni mmg utk latihan je..tu pun sebenarnya dh diperbaiki sejak dipencenkan oleh kerajaan france...

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved