Sebenarnya aku rasa terkejut juga. Tak pernah lagi dalam sejarah berblog, aku dapat 'anugerah' ini. Seakan menerima durian runtuh...aku merasa sangat teruja. Bagaimanapun seharusnya aku tahu, aku kene lebih berusaha keras untuk mengekalkan prestasi aku di blog Tehr. Sebenarnya, ramai lagi pengunjung2 Tehr yang setia akan berusaha untuk memotong aku "diselekoh" nanti...he4x!!! Selain dari banner aku tu, 5 pengomen terbanyak juga akan mendapat "hadiah" istimewa dari bro Tehr. Avatar mereka juga akan berada di blog tehr sepanjang bulan November ini. So, sesapa nak avatar mereka ataupun banner mereka dipamerkan diblog Tehr, sila la (rajin2) melawat bro Tehr yee.
Apa pun seharusnya aku berterima kasih kepada "pemberian" istimewa bro Tehr ini. Terima kasih bebanyak bro, perasaan aku semalam rasa dah macam menang hadiah beribu2 la plak...he3x!!. Selain dari menerima anugerah ini, aku juga pernah beberapa kali mencuba contest ataupun giveaway dari blogger yang lain. Antaranya contest dari bro Dulu Lain Sekarang Lain, Contest Denaihati, SBC Giveaway, Giveaway Abang Teror dan lain2.
Okey, kita beralih arah sekejap. Persoalan camne blog aku boleh jadi Top Referring Site si blog Tehr? Pandangan, (aku rasa la...kalau salah minta korang perbetulkan yee) mungkin dari komen2 yang diberi bro Tehr disini dibaca oleh pengunjung blog aku, ianya mungkin menarik minat pengunjung blog aku. Satu lagi, tajuk entri yang menarik dari bro Tehr memungkinkan pengunjung di blog aku berkunjung kesana. Itulah salah satu kelebihan bila menggunakan komen Intense Debate bagi blog yang berplatformkan blogspot. Ianya diibaratkan seperti anda telah "ping" entri anda diblog yang ada comment luv.
Rasanya dah panjang pulak aku berceloteh kali ni. Buat la camne pun, apa yang penting bila kita (ingatan tuk aku sendiri) telah berblog, kita kene ingat 2 perkara je. Gembira dan Kepuasan. Gembira kerana adanya manafat sampingan seperti iklan yang dipasang, dapat kawan2 baru dialam maya, memanjangkan silaturahim dan macam2 lagi. Kepuasan...puas kerana pernah mendapat pengiktirafan spt ini, puas kerana berjaya membaca "cacing html" yang rumit, puas kerana sebenarnya inilah yang anda inginkan, puas kerana apa yang ada diblog seakan2 satu luahan dari dalam hati sendiri, lebih2 lagi bagi blog personal seperti aku ni. Apapun aku harap semua kengkawan dan pengunjung diblog aku akan "mesra" sentiasa dengan aku dengan tiada melakukan sebarang masaalah dan permusuhan. Happy Blogging buat semua sahabat....dan jangan lupa "Jom Minum Teh Terbaik" dari bro Tehr (tehramuan).
Tenkiu buat bro Tehr.... |