Filem Suatu Malam Kubur Berasap??

on 21 Disember 2011

Suatu Malam Kubur Berasap..menatang ape lak ni ehhh!!!!


Filem_Suatu_Malam_Kubur_Berasap
Email filem SMKB
Tetiba je tadi aku dapat email. Promosi  filem Suatu Malam Kubur Berasap...aku tak tau dari mana dia orang dapat email aku. Tetiba idea mali, terus aku jadikan bahan kat blog aku nih. Sebenarnya aku tak tau apa2 pun pasal filem ni. Siapa Ernie Chen tu pun aku tak kenal, maklum la aku bukannya kaki wayang. Tapi baguslah, sekurang2nya dari email dia ni.. aku tau juga bukan Eric Yeoh (bukan melayu) je yang boleh bikin filem. Ramai lagi sebenarnya.  Apapun aku minta korang jangan sebut Namewee tu ehh...bosan aku. Bila aku tanya kengkawan aku...filem ni rupa2nya filem seram komedi.

Front page web filem SMKB
Aku masuk gak kat laman web dia. SuatuMalamKuburBerasap.com. Memang lawak jugak lah trailer yang derang sediakan tu. Paling aku tak sangka ialah penampilan arwah Zami. Gamaknya dah lama filem ni dibuat kot. Baru ni dapat di tayangkan. Pengguna juga boleh mendownload wallpaper dan ringtone filem ni diruang yang telah dikhaskan. Menarik jugak promo derang ni....semoga berjaya!!! Alif Ba Ta...Alif Ba Ta..Alif Ba Ta...ha30x!!!!

pelakonfilem_suatuMalamKuburBerasap
Senarai pelakon SMFB

SINOPSIS FILEM : SUATU MALAM KUBUR BERASAP...


Bertempat di 'Kampung Angan Tak Sudah', filem 'Suatu Malam Kubur Berasap' ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie.

Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?

Filem ini akan 'berasap' di pawagam pada 22 Disember 2011. Isk..isk...tak pasal2 hari ni aku update pasal filem la plak....
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved