Isu Kes Murtad - Dibicara di Mahkamah Sivil Bukan Syariah

on 23 Disember 2011

Berita Kosmo hari ini, kes murtad akan dibicara di mahkamah sivil, bukan lagi di mahkamah syariah seperti satu kejutan pada aku. Nak bercakap pun masih awal lagi, jadi aku rasa kita tunggu je la perkembangan selanjutnya mengenai "kes murtad akan dibicara di mahkamah sivil, bukan lagi di mahkamah syariah" ni. Semoga keputusan dan kesan tu nanti akan memberi menafaat kepada semua pihak. Tapi...kat hati aku ada rasa "ragu2" laa...biar aku simpan dulu "rasa" ni. Aku nak tengok apa yang bakal terjadi nanti.....


PUTRAJAYA – Kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.
“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.
“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.
# Aku rasa isu ni nanti akan jadi pertikaian antara pihak kerajaan dan juga pembangkang. Kot nya laa...
Ranking: 5

Comments (14)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
heran kalau kes murtad juga melibatkan orang bukan islam
My recent post Cerita Kaki
erm...nak ulas lanjut pun x berapa arif gak isu ni.ni pun aku baru tau ma....harap memberi kebaikan la :)
My recent post Jangan Kahwini Enam Wanita Ini
Nampak macam isu ni telah dipolitikkan..
My recent post 4 kelakuan yang tidak sepatutnya kita lakukan
1 reply · active 692 weeks ago
Ye kerr...dah jadi bahan politik ker bro??
isu ni aku rasapun akan jadi bahan politik. apapun terlalu awal nak bagi pendapat peribadi. pendapat peribadi saje yg boleh.
1 reply · active 692 weeks ago
Harap2 dijauhkan laa...mmg terlalu awal nk bg pendapat waima peribadi sekalipun...
Sensitif la bagi aku. Aku nak tunggu jelah apa akan jadi nanti. Aku harap takdela nanti org Islam pegi mahkamh sivil nak keluar islam
My recent post Status Terkini MobilityWorlds
1 reply · active 692 weeks ago
Yup...sama la bro...kita tunggu dan lihat je la nanti...
kes kena bahagiakan betul2 baru dpt selesaiaknnya dg licin.
1 reply · active 692 weeks ago
Harap2 gitu la...
Sepatutnya isu murtad ni dibicara dalam mahkamah syariah..kalau mahkamah sivil, ada ka akta mengenai hukuman ke atas org yang murtad ni...hmmm
My recent post 4 kelakuan yang tidak sepatutnya kita lakukan
eeemmmm takut banyak memihak pada yang murtad tu ajerr.... ye lahhh kalau diorang pasang peguam ikut teori ajerr tapi tak ikut hukup payahhh tu.... rasanya kerajaan kena pikir masak masak untuk kebaikan islam terpelihara...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip alignment dan balancing kereta

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
Harapnya, apa jua keputusan akhir, ia akan bawa kebaikan dan manfaat utk ummat Islam Malaysia.

Hrap takde yg ambil peluang utk mainkan isu ni
My recent post Segmen Talian Hayat: Nak kahwin, tapi…
permasalahn ini terllu rumit..ada islam dah murtad..pastu blh msuk islam buat main2 plk huu...

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved