Salam semua geng2 dan silent reader dan juga rakan2 yang bukan beragama Islam. Seperti yang aku inform baru2 ni di entri Konsert Loudspeaker 2011- T Shirt Wings release. Pagi jam 9.30 pagi aku dah tiba di Grousiey PrintHouse [GPH] kat Danau Kota. Aktiviti packing dah siap dilakukan oleh pekerja2 lain GPH, cuma tinggal nak angkut barang ke dalam lori jer. 10.00 pagi kami semua diberi sedikit taklimat oleh tokey GPH, pas tu terus gerak ke lokasi yang terletak di Stadium Merdeka.
Aktiviti menyusun barang2 kat booth selesai lebih kurang jam 1.00 tgh. Cuma tunggu costumer sampai je. Jam 4.00 petang, pengunjung dah sampai, tapi still kureng lagi. Jam 6.00 petang lagi ramai...tapi belum sesak lagi. Jam 8.00 malam lagi ramai, tapi tak penuh pun? Eikk...apa derang ni tak tau ke jalan nak pergi ke Stadium Merdeka?? Malam ni ada 4 nama besau...tapi lengang jerr? Apa dah jadi? Promosi dah kaw2, tapi orang still tak nak datang pulak..kenapa weii?? Yup...tu la hakikatnya...orang TAK DE kat Konsert Loudspeaker kali ni...maksud aku bukan langsung tak de orang...tapi jauh berkurang berbanding masa Konsert Double Trouble hari tu. Kenapa? Tah lerr...Pada aku mungkin...
1. Cuti umum - Ramai yang balik kampung, lepak2 ngan famili kat luar, kenduri kendara....dsb
2. Harga Tiket Mahal - Mungkin dengan gaji yang belum masuk...orang ramai rasa berat nak keluar bajet lain kut, lagipun bagi golongan mak bapak, bajet dah habis bayar duit sekolah anak2.
3. Konsert Search - Mat2 rock ramai yang gi layan konsert Search haritu...jadi nak keluar bajet kali ni susah sikit laa.
4. Artist? - Sebenarnya malas aku nak sentuh...tapi hati aku "berat" mengatakan yang ni mungkin jadi satu faktor jugak. Sorry ehh...ekceli, nama seperti Faizal Tahir dan Azlan Typewriter memang "gah" kat dunia hiburan, tetapi mungkin tak berapa cukup gah untuk tarik peminat derang datang layan konsert.
Semua yang kat atas tu cuma pandangan aku yang mungkin tak tepat. Tapi walaupun tak tepat, sikit sebanyak aku rasa ada benar jugak kot. Tentang konsert tu, aku ada masuk kejap masa XPDC dan Wings nyanyi. Kemunculan Mael XPDC selepas Ali XPDC memang menjadi penantian bagi peminat2. Ramai yang rindu pada dia, termasuk la mamat yang naik kat atas pentas tu. Tapi.. dari segi vokal, banyak yang dia sendiri dah "tak lalu" nak bawak. Apapun, bagi peminat yang dah membayar...mungkin rasa berbaloi kut menunggu kemunculan Mael XPDC. Kumpulan yang pernah bergelar "King Fun Fair" satu ketika dulu...
Wings lak...mmg cun dah. Tak diragui lagi...memang dia orang raja malam tu. Henyak habis-habisan..Dari segi gimik sampai la ke ending...tapi aku cuma tengok sampai 4/5 lagu jer. Pas tu aku balik ke station semula.. booth Grousiey Print House [GPH]...Malam tu habis kemas dan makan2...jam 4 pagi aku sampai kat rumah...mak aihh zzzzzzz timee...pagi bangun, nasib baik aku dah apply cuti awal2. Time untuk keluarga pulak...Port Dickson kini dalam perhatian aku....apapun..sambung kemudian ehh. Kerjaa...kerjaa...kerjaa.....
Kredit to Budiey.com..Ali XPDC dengan baju dari GPH!!! |
# Sori kenkawan blogger... nanti aku "kejar mengejar" balik ngan korang ehhh....tak sempat lagi buat masa sekarang.