Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 - Chong Wei vs Tago Kenichi

on 15 Januari 2012

Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 - Chong Wei vs Tago Kenichi
Alhamdulillah, Chong Wei berjaya mara ke pusingan akhir di Terbuka Malaysia 2012. Chong Wei mara  ke akhir dengan menewaskan Cheng Long didalam 3 set permainan dengan mata 21-18, 17-21, 21-13 . Impian untuk melihat wakil Malaysia bermain di pusingan akhir menjelma juga setelah bergu campuran tewas ditangan ranking pertama dunia iaitu Zhang Nan/Zhai Yunlei 21-13 21-16 dalam tempoh 33 minit. Sementara itu, Tago Kenichi menang mudah dalam perlawanan yang berlangsung singkat kira-kira 7 minit kerana penarikan diri Chin Jin selepas tercedera.
Akhir-badminton-terbuka-malaysia-2012
foto AP-Lai Seng Seng
Esok, hari penentuan buat Chong Wei dalam mengejar misi gelaran ke 8 Juara Terbuka Malaysia. Semoga wakil Malaysia yang satu ini berjaya didalam misi beliau dan menjadikan kemenangan ini hadiah terbaik untuk Tahun Baru Cina 2012 ini. Selamat berjuang Datuk Lee Chong Wei....

Dalam pada itu, jadual dan senarai pemain untuk perlawanan untuk hari Ahad yang bermula jam 1 petang ada aku disediakan dibawah....


1. Beregu campuran
Zhang Nan/Zhoa Yunlei (CHN) lwn Xu Chen/Ma Jin (CHN)

2. Perseorangan wanita
Wang Yihan (CHN) lwn Wang Xin (CHN)

3.Beregu lelaki
Cho Gun Woo/Shin Baek Choel (KOR) lwn Fang Chieh Min/ Lee Sheng Mu (CHN)

4. Perseorangan lelaki
Lee Chong Wei (MAS) lwn Tago Kenichi (JPN)

5. Beregu wanita
Pedersen Christinna/Kamilla Rytter Juhl (DEN) lwn Ha Jung Eun/ Kim Min Jung


Sumber - Mstar Online
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved