Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...

on 19 Januari 2012

Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
Hmmm...ade~ade saja budak sekarang ni. Inilah satu kes terbaru yang mambabitkan kes budak sekolah dipukul guru sebagaimana laporan akhbar Kosmo. Kenyataan budak yang masuk wad itu seolah~olah dia dipukul dengan teruk oleh guru sekolah dia, walhal sebelum tu dia sedang bergaduh dengan rakan dia sendiri. 


Apakah dakwaan itu benar? Aku harap pihak yang berkenaan dapat menyiasat akan kesahihan dakwaan budak tu. Imej guru sekarang semakin tercemar dek kes kat sana, kes kat sini yang memang senang2 je jadi perhatian akhbar. Aku harap kepada mereka2 yang bergelar guru dan juga pendidik bersabar je la dengan karenah bebudak zaman sekarang. Nak buat camne kan......la ni zaman dah berubah, cikgu.


Pengalaman kena denda di sekolah
 Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol....[imej dari kosmo]
Adakah bebudak sekarang sama seperti zaman aku dulu? Pastinya tak sama kan....kalau tak percaya, boleh baca testimoni aku sendiri pada entri "pengalaman kena denda di sekolah" yang lalu. Memang dari apa yang aku lihat sekarang, bebudak zaman la ni amat manja dan dimanjakan [okey ke ayat tu?]. Itu yang aku lihat melalui pengalaman aku membesarkan anak2 aku sendiri....


Hari ni pula, datuk si cucu telah memberi kenyataan kepada media...hmm dah 2 hari isu ni keluar dalam media massa. Kepada insan yang bergelar cikgu2 semua, teruskan usaha mulia mendidik anak bangsa menjadi lebih bererti dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apapun berhati-hatilah dengan tindakan yang anda bakal ambil kepada para pelajar, kerana zaman ini bukan lagi seperti zaman dulu...







# Pas ni nak anto bebudak ni gi kursus komando la plak [tapi bukan jadi macam Rambo yang ni]...baru la lasak bagai...he3x!!!
Ranking: 5

Comments (41)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
zaman semakin berubah dulu guru disanjung, sekarang kalau guru pukul murid dah kena repot polis, dulu pukul berbirat belakang balik rumah mak ayah marah lagi akan2 salahkan anak2 bukan salahkan cikgu, zaman ni memang lain
My recent post Tahniah Ally Iskandar dan Farah Lee Nikah Hari Ni
1 reply · active 688 weeks ago
Yup Nuriz...mcm tu lah keadaan skg nih....tugas seorang guru semakin mencabar...mcm2 perkara nak kena hadapi
beza budak skolah dulu dan sekarang...kalo dulu semua takut ngan cikgu..tp krg ni semua nak tunjuk samseng...x pasal2..cikgu pun ter jadi samseng gak..ehehe
My recent post Kecantikan Luar & Dalam
1 reply · active 688 weeks ago
He3x!! Tu la Chii...takut ada guru yg tak leh kontrol perasaan jerr...ye la kan, guru pun manusia biasa juga :)
emm..payah nak cakap. kalau murid tu dah bergaduh..biasanya memang kaki gaduh..
My recent post Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis – Hassan Salleh
1 reply · active 688 weeks ago
He3x!!! Setau aku mmg gitu la bro...kita tunggu dan lihat je nanti
Tak tahu kesasihan citer ni
Tak tahu mana yg betul & mana yg salah
1 reply · active 688 weeks ago
Tu la...takat ni cuma tau dr sebelah pihak jer...
uihhhh mengajar murid zaman sekarang bukan macam dulu.... silap percaturan guru merana.... apa pun harap siasatan lanjut lebih adil siapa benar atau salahhh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
prosedur motorsikal naik flight
1 reply · active 688 weeks ago
Yup...insyaallah kita akan tahu siapa benar dan siapa salah nanti....
Zaman dah berubah, kita dulu hormat ngan cikgu,.. mak bapak kita dulu pun memang disuruh lagi cikgu pukul ke rotan ke dengan niat nak mengajar asalkan tak cacat. Kalau merungut ngan org tua, silap hari bulan dapat lagi extra :)
3 replies · active 688 weeks ago
Hehehe...betul tu bro, sebab tu walaupun kita marah,bengang gile ngan guru masa tu, selalunya simpan dlm kenangan jerr tak sanggup nk cerita kt orgtua...

Tapi bila sampai waktunya kita akan sedar sendiri betapa berertinya denda dan hukuman yg guru tu berikan.....
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
Kalau bukan sebab diorang dulu,. marah, rotan dsbg.... tak taulah boleh ke jadi cam sekarang ni.
My recent post Jenis Pembaca Yang Melayari Blog Anda
Betul tu bro...
menunggu cerita dan penjelasan daripada pihak guru pulak.. supaya maklumat adil dan seimbang..
2 replies · active 688 weeks ago
Pihak cikgu ni tak boleh nak bersuara karang tak pasal2 kena tindakan pulak.. diorang semua ada "akujanji"... memang kalau kes cam ni akan berat sebelah jelah jadinya.
Rasanya begitu la...payah nk dengar dari pihak yg satu lg tu...
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
aku kena dengar dulu dari pihak guru. Bebudak sekarang, pandai kelentong. Susah sikit nak percaya. Ingat cikgu suka-suka pukul anak orang kerr..
My recent post Intensif tunai dari Mamamurai.com
1 reply · active 688 weeks ago
Bebudak skg mmg handal bab2 nih....mmg elok kita tgu dr pihak yg satu lg tu...
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
Zaman dah b'ubah tak sama ngan dulu....
tapi kena tunggu penjelasan sblah pihak baru adil :)
My recent post Bangkai Lalat Yang Wowwww
1 reply · active 688 weeks ago
sepatutnya begitula....tp x tau la klau pengetua sekolah x nak guru tu bising2 plak...lg heboh jadinya
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
budak2 bergaduh memang cerita biasa
laporan sebelah pihak juga cerita biasa
My recent post Pantun Tahun Baru Cina
1 reply · active 688 weeks ago
Nak buat camne bro...sabo je laaa...
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
tak heran kalau anak2 sekolah ramai yang berkelakuan tak senonoh sbb emakbapa mereka kurang perhatian...asyik2 salahkan cikgu...
1 reply · active 688 weeks ago
Tu satu sebab juga seri, didikan dr makbapak adalah yg paling utama dlm membentuk sahsiah murid2 tu sendiri
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
murid skrg xleh percaya sgt.. kdg2 yg xbgs tu mrk pandai modified cerite.. nampak mcm real je cikgu yg salah..
tp ade jugak kdg2 cikgu tu yang mmg salah... mungkin sebab tekanan asakan drp kerenah pelajar yg terlampau.. kesian tul guru2 ni...
1 reply · active 688 weeks ago
Yang pasti kesan teruk ttp kepada guru juga...guru pula kene pandai guna psikologi dgn bebudak nih...guna tangan kompom akan jd isu mcm yg dh terjadi ni
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
Ini baru cerita dari sebelah pihak sahaja.
My recent post Senyum sampai ke telinga bila dapat
4 replies · active 688 weeks ago
Rasanya mcm susah nk dpt cerita yg dr sebelah pihak tu kot....
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
Betul tu,.. media macam biasa suka cerita camni.
nak laku heeeee
apa pun saya suka guru sb guru kita mjdi insan berguna, dari guru kita tahu byk pekra yg kita tak tahu..

apa pun klu guru jahat rasanya tak semua guru bgtu mash ada d msia guru2 baik dan perikemanusiaan lagi.
1 reply · active 688 weeks ago
Setuju tu...marah,bengang atau tension camne pun dia ttp seorg guru yg mendidik kita dan anak bangsa yg len...
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
sy tak nmpk saya tak tahu nak ckp apa...

cuma mmg setuju kata sahabat bro murid2 dulu dgn skrg mmg jauh bezannya..klu silap guru perhitung depa kena masak perangai dn ibu bapa huhu...
1 reply · active 688 weeks ago
Nak buat camne suri...kita tgk anak2 kita sendiri dah tau jauh bezanya.... :)
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
:D dulu mak pak siap suh cikgu merotan kalo buat salah..
sekarang? bukan takat anak tangan, baru cakap sepatah pun dh jadi isu...
cabaran pelajar masa kini..
tapi apa pun, yakin dengan kuasa Allah, selagi kita berada di pihak yang Benar, tak perlu takut..
selagi niat kita untuk mendidik, ada ganjarannya ...
satu lagi, media suka sangat mensensasikan hal2 macam ni sebab bila je isu "guru", memang semua nak ambil tahu... betapa sayangnya masyarakat pada insan bergelar guru macam dahlia ni kan :D
My recent post Azam Blog 2012 : Jaga Aib Orang, Jangan Hidup Dalam Fitnah!
1 reply · active 688 weeks ago
Hehehe...betul ti cikgu Dahlia...zaman baru cara baru...cabaran pun baru...nampaknya kena lebih guna cara psikologi je la kot.... :)
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
zaman saya dulu murid takut dengan guru,,,kalau bagitau mak bapak kita yang cikgu rotan kita,,,apa mak bapak kita buat ialah kita yang kena rotan balik sebab kena rotan dengan cikgu,,,tetapi sekarang guru yang takut dengan murid,,,,
1 reply · active 688 weeks ago
Betul tu bro...sampaikan kita sendiri takut nak bagitau makbapak bila kena hukuman tu...salah tetap salah...skg dah jauh berbeza....
My recent post Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
cikgu bengap susu!
My recent post Ragbi UiTM

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved