Buat info, rekod peribadi aku semasa memancing di pipe line adalah ikan Kakap Merah yang beratnya 8 kilogram. Kalau bermalam berdekatan dengan kawasan pelantar pula, ikan Jumuduk dan GT menjadi kegilaan para pemancing yang bermain dengan popper dan juga jigging. Namun aku tak berminat sebab ianya amat meletihkan. Rekod kawan aku naikkan ikan GT di pelantar tinggal ialah ikan GT yang beratnya dalam 20 kilogram.
Dalam pada seronok memancing, pernah juga aku dan kawan2 berjumpa dengan bot nelayan asing yang menceroboh kawasan perikanan kita. Bot yang dikatakan datang dari Thailand ni biasanya akan datang memukat secara berkumpulan. Biarpun kita mempunyai pasukan APPM dan Marin yang sentiasa menjaga perairan negara, penceroboh ni tetap berani datang mengaut hasil negara.
Okeylah...banyak sangat dah aku membebel pagi nih, cukup dulu sampai disini...Iika ada rezeki..insyaallah aku akan pergi memancing pada 24 ~ 29 Febuari 2012 nanti. Dulu, pernah aku berkata pada seorang rakan blogger yang aku akan bersara tahun ni, nampaknya aku terpaksa tarik balik kata-kata tu. Yup...jika tiada aral, kita akan bersua lagi selepas tarikh 29 hb tu nanti.
Apapun aku dah prepare draft entri untuk cover aku sepanjang aku bercuti nanti. - First time aku cuba set entry dalam masa aku sedang bercuti.Lama Tak Turun Padang|Laut