Malaysia vs Bahrain - Olimpik 2012 Stadium National [Manama] Bahrain

on 05 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam...
Malam ini, pertembungan antara skuad Olimpik Malaysia vs Bahrain di Stadium National Bahrain pada jam 11.30 malam. Siaran langsung dijangka akan disiarkan oleh TV1 dan juga Astro Arena bermula jam 11.15 malam. 


Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga dikatakan mahu skuad Olimpik Malaysia memberi tentangan habis-habisan kepada Bahrain pada malam ini.


Katanya skuad bimbingan jurulatih negara Ong Kim Swee itu perlu mempamerkan permainan yang mantap sehingga minit terakhir dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan C zon Asia di Stadium National, Manama. Pada perlawanan pusingan pertama Malaysia tunduk 2-3 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November lepas dan sebelum itu skuad ini juga terpaksa akur dengan kekalahan dalam dua perlawanan ketika menentang Jepun dan Syria.


Malaysia-vs-bahrain-Olimpik-2012

Latihan-skuad-olimpik-malaysia-2012
Latihan dari Skuad harimau Malaya di Bahrain
# Ayuh Harimau Malaya, tunjukkan semangat perjuangan...kalah menang tu adat perlawanan, yang penting main mesti baik...jangan tak melawan sudah. Hidup Harimau Malaya...kita kasi gegar Stadium Nasional Manama malam ini!!! 


# Keputusan Akhir Malaysia vs Bahrain


Kredit to - Bolasepak Malaysia Fan Page
                 Info Skuad Olimpik Malaysia Fan Page
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved