Adam bekas pelajar AF (2) diberitakan telah 2 tahun mempelajari bidang pelajaran ilmu perubatan bersama Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak, Selangor. Aku rasa cam tak berapa nak percaya je pada mulanya, tapi nampaknya Adam telah mengambil satu jalan yang baik buat dirinya dan juga masa depan dia sendiri. Aku tahu, bukan mudah nak "jadi" rekrut di pusat Perubatan Darus Syifa nih. Ilmu berkenaan dengan alquran pun kena tinggi juga, bukan main sebarang je. Apapun tahniah buat Adam yang telah 2 tahun belajar ilmu perubatan Islam disana. "Biarlah kita peroleh manfaat dunia dan akhirat, insyaallah"..itulah kata Adam Af kepada mStar Online. Mungkin..dimasa akan datang Adam juga akan menampilkan lagu-lagu yang lebih berbentuk kepada kerohanian...Insyaallah. Dan memang aku tabik spring dengan si Adam Af nih. Semoga berjaya Adam!! Caya sama lu laa...
# Semakin ramai artis berubah sekarang, perkembangan yang baik buat industri hiburan Malaysia nih.KUALA LUMPUR: Penyanyi Adam (AF2) keputusannya untuk mendalami ilmu perubatan Islam sejak hampir dua tahun lalu tidak menjejaskan kerjaya seni yang dilaluinya.Pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 28, ini berkata, ini kerana secara keseluruhan proses pembelajaran ilmu perubatan bersama aktor Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak itu berlaku secara berperingkat.“Tidak timbul isu konflik atau kekeliruan bagi saya kerana cabang seni dan pengamal perubatan itu berjalan serentak dan berasingan."Pada kebiasaannya, saya akan memberikan tumpuan untuk mendalami ilmu perubatan pada sebelah siang dan malam pula untuk aktiviti seni.“Apa yang penting, niat kena bersih dan saya selesa dengan jalan ini. Biarlah kita peroleh manfaat di dunia dan akhirat, insya-Allah,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.Vokalis kepada kumpulan pop VIP itu berkata, peralihan tersebut tidak boleh berlaku dengan sekelip mata kerana dia sudah lama menceburi bidang seni sebelum ini.“Untuk berhenti secara total daripada bidang seni, saya belum bersedia kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan komitmen. Saya akui takut menyesal jika berhenti secara drastik.“Jalan terbaik adalah dengan mengimbanginya. Walaupun perjuangan seni saya lebih cenderung kepada muzik tari, ia bukan isu kerana saya sentiasa peka pada tindak-tanduk dan pertuturan,” katanya yang mengakui berdepan pelbagai ujian sejak penghijrahan itu.Ditanya adakah dia bercadang untuk menampilkan genre kerohanian dalam muziknya pada masa akan datang, Adam berkata ia adalah cadangan yang sudah dipertimbangkan dan kini sedang mengumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian.“Tiada sempadan untuk menyampaikan mesej Islam dan kerohanian dalam muzik. Saya sedang mengumpulkan lagu-lagu untuk dipadankan dengan genre muzik tari saya.“Dalam hal ini, saya perlu berhati-hati agar masyarakat boleh menerima lagu-lagu rancak yang bermesejkan kerohanian seperti yang dilakukan pendakwah-pendakwah di Barat,” katanya yang kini terlibat sebagai mentor pada program Mentor 6 di TV3.
akubiomed · 678 weeks ago
My recent post Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjaya
azli.afzainizam · 678 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
masalah alternator kereta
My recent post Masalah Alternator Kereta
Yastro 119p · 678 weeks ago
chii · 678 weeks ago
My recent post Aksi Budak Lelaki Kacak
Yastro 119p · 678 weeks ago
chii · 678 weeks ago
My recent post Aksi Budak Lelaki Kacak
Yastro 119p · 678 weeks ago
#Iskk...think positive yastro!!!!!
My recent post 2 PEMAIN MALAYSIA BAKAL BERMAIN DI JEPUN?
b3njy 104p · 678 weeks ago
My recent post MENCARI JODOH YANG SESUAI
Yastro 119p · 678 weeks ago
Bie · 678 weeks ago
My recent post Sukan Underwater
Yastro 119p · 678 weeks ago
auc dot com · 678 weeks ago
My recent post Burger Ramly Busuk
Yastro 119p · 678 weeks ago
nurmisnan 113p · 678 weeks ago
hati.. Baguslah tuh.. sekurang2nya dia ada niat untuk pelajari sesuatu
dgn bantuan Allah SWT..
Aku skrg tgh belajar ilmu alam.. hik3
Yastro 119p · 678 weeks ago
nuriz · 678 weeks ago
My recent post Eyka Farhana Sanggup Dipukul Rozita Che Wan Demi Watak Dalam Bunga Bunga Syurga
Yastro 119p · 678 weeks ago
alipower · 678 weeks ago
My recent post No. 1
Yastro 119p · 678 weeks ago
puteri kasih · 678 weeks ago
My recent post GiatMara Tawar Kursus Untuk Pelajar Gagal SPM
Yastro 119p · 678 weeks ago