![]() |
BEGINILAH keadaan kereta yang dinaiki Norazman sekeluarga selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 210.4, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang, Kuantan semalam. |
KUANTAN – Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Proton Waja yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 210.4, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang awal pagi semalam. Mangsa yang maut ialah pemandu kereta tersebut yang merupakan Eksekutif Kualiti di kilang Proton di Shah Alam, Norazman Ibrahim, 43, isterinya, Norhayati Ibrahim, 42, dan anak mereka, Akif Iskandar, 17.
Anak perempuan mereka, Nur Rudiana, 12, pula mengalami patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa sekeluarga yang menetap di Taman Puchong Perdana, Selangor dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Kemasik, Kemaman, Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara Norazman.
Kakak kepada Norazman, Noordinal, 49, berkata, dia dimaklumkan kejadian terbabit oleh rakan adiknya kira-kira pukul 2.30 pagi semalam melalui telefon. Katanya, secara kebetulan rakan adiknya itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur telah terserempak dengan kemalangan terbabit dan mengecam nombor plat kereta mangsa.
“Arwah sepatutnya bertolak hari ini (semalam) ke Terengganu, dia juga tidak beritahu kepada saya untuk bertolak awal, mungkin sudah ajal mereka.
“Mujur anak bongsu arwah, Nur Rudiana hanya cedera. Saya belum memaklumkan kematian ibu bapa dan abangnya lagi memandangkan dia masih trauma,” katanya ketika ditemui di HTAA. Katanya, tiga beranak terbabit akan dikebumikan di kampung Norhayati di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
# Tetiba aku teringat kepada entri " 7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati" - Sesungguhnya Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Sumber - KosmoOnline
chii · 678 weeks ago
untuk adik diana..semoga tabah dan bersabar dgn dugaan yang diberi oleh-Nya
My recent post Selamat Pengantin Baru Iqwan & Syazzana
Denaihati · 679 weeks ago
kalau xsilap masuk berita tv3 rasanya
My recent post Gangguan Bekalan Air
Yastro 119p · 679 weeks ago
My recent post Projek 100 Bloggers Bro Framestone
akubiomed · 679 weeks ago
tehr · 679 weeks ago
Ketentuan Allah kita perlu terima dengan redha
My recent post Perutusan Raja Sehari