PROTON - POWER OF 1 [MODEL BARU PROTON]

on 10 Mac 2012


Apa yang anda dapat saksikan di "Karnival Proton - POWER OF 1?"....Pastinya anda tertanya-tanya bukan? Insyaallah....pada event PROTON POWER OF 1 itu nanti, anda akan dapat menyaksikan satu demo pemasangan model baru Proton P3-21A secara berperingkat-peringkat. Ini adalah satu strategi PROTON sebelum model tersebut keluar di pasaran secara rasmi. Selain itu terdapat juga demo dari pemandu rally "Satria Neo S2000" yang terkenal iaitu Alister McRae. Turut dibuka semasa "POWER OF 1 " ialah tempahan untuk model terbaru PROTON P3-21A.
“Tempahan untuk kereta global yang akan dilancarkan itu bermula 14 Mac di seluruh negara, dan pengunjung dapat menyaksikan pemasangan komponen kereta itu,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir kepada pemberita di sini semalam. - kosmo
 Tu je kerr? Japp....ado laie...
Acara itu dianjurkan sempena kejayaan syarikat pengeluar kereta negara di bidang kemajuan teknologi, pencapaian kejuruteraan, inovasi dan sukan pemotoran sejak 27 tahun yang lalu. "Kami akan membina sebuah litar mini di tengah-tengah tapak acara tersebut dan orang ramai boleh melihat aksi McRae.

"Dia akan melakukan demonstrasi memandu jentera Satria Neo S2000 ketika memenangi gelaran pemandu dan pengeluar pada Kejuaraan Rali Asia Pasific 2011.

"Selain McRae, acara itu turut disertai Raja Drift negara, Tengku Djan serta Faidzil Alang, pemenang Kejuaraan Super Siri Malaysia tahun lalu," kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir semalam. Syed Zainal Abidin berkata, orang ramai juga akan disajikan dengan demonstrasi pemanduan lagak ngeri oleh Lotus Cars Ma- laysia dan R3 yang menggunakan jentera Proton.

Turut dijadualkan adalah pengenalan jentera Lotus F1 yang akan membuat penam- pilan ke-14 dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia pada 25 Mac ini. Bagi menyerikan lagi acara tersebut, para peminat boleh membuat tempahan model baharu Proton yang dinanti-nantikan yang diberi nama P3-21A pada 14 Mac ini.

"Sepanjang lima hari itu, orang ramai boleh melihat sendiri komponen jentera milik Proton. Ia bakal memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui situasi sebenar kami bekerja. "Selain itu, mereka juga akan memaha- mi proses sesebuah kereta dibuat sebelum ia sedia dipasarkan. "Acara itu menjanjikan sesuatu menarik kepada orang ramai dan ini adalah cara yang terbaik untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia berinteraksi dengan jenama Proton. "Ia adalah satu cara baharu dan unik untuk kami bergerak ke depan dengan membina jenama di seluruh dunia," kata Syed Zainal Abidin.

Sementara itu, seorang daripada 10 pengunjung 'POWER OF 1' berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi peraduan 'SMS dan Menang' termasuk hadiah utama tiga kereta Proton. Hadiah lain termasuk tiket percuma GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, barangan Proton dan baucar. - kosmo
Jadi...hadiah kereta 3 buah tengah menunggu...jika tiada aral melintang kita jumpa disana, insyaallah!! Saksikan model baru kereta PROTON dalam video youtube yang telah diuploadkan oleh ArenaKereta.com.




Sam!!! Ko tgh buat pe tu weiiii!!! tarik kain kerrr...Ha30x!!!!
Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
memang nampak cantik..tp besar la..x berani nak bawa =(
3 replies · active 678 weeks ago
Pulak dahh...bawak keta besar2 la besh Chii...hehehe
x rasa confident..prefer neo =)
AIseh....masa bujang mmg ok la 2 door nih...bila dh berkeluarga nti rasa rugi woo....
bukit jalil? sabtu depan ya...mcm best je..insya Allah..xde pape..nak gak chii lari ke sana
3 replies · active 678 weeks ago
Yup...minggu ni start dr Rabu sampai Ahad...lau nk jumpa yas kena dtg dr kol 5pm sampai 10pm....lau nk jumpe arr... :D
insya Allah..kalo sempat chii usha2 ye
orite... :)
Uih, nampak menawan model kereta proton baru nih. :)
My recent post Kalau mahu cari remis, duduklah tepi pantai.
3 replies · active 678 weeks ago
alaaa..x dpt nk tgk lg =(
Hehehe.... :D
Insyaallah menawan... :D
:D Hajat hati mahu memilikinya.. Insyallah satu hari nanti.
1 reply · active 679 weeks ago
Insyaallah...moga2 dipermudahkan urusan sahabat....
x sabo nak melihatnya keluar nanti...harap betul la pe yg dikatakan dalam video tuh :)
My recent post Video Blooper Astro Awani Masuk The Ellen Show
1 reply · active 679 weeks ago
Insyaallah...apa yg dikata didlm video tu sama dgn yg akan keluar nanti...
Insyallah saya akan ke Bukit Jalil hari Sabtu nanti.
My recent post Projek 100 Bloggers oleh Broframestone
1 reply · active 679 weeks ago
Saya bertugas di modelling PROTON|design pada malam sbatu dan ahad.... :) , insyaallah boleh jumpa nanti bro...

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved