KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000

on 26 Mac 2012


Blog hiburan melaporkan rumah penyanyi terkenal yang baru saja mendapat anak, iaitu Mawi dan Ekin telah dirompak. Ketika kejadian, Mawi dilaporkan baru saja pulang dari siri Jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Baharu. Buletin 1.30 melaporkan, kerugian yang dianggarkan bernilai RM10,000. Pada aku, duit derang boleh cari, yang penting utama ialah keselamatan keluarga. Alhamdulillah, kesemua ahli keluarga Mawi termasuk bayinya selamat dalam kejadian itu dan tidak diapa2kan. Mawi juga dilaporkan telah diikat oleh beberapa orang perompak yang masuk ke rumah mereka di Bangi. Berikut laporan dari mStar Online;
PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.
Ranking: 5

Comments (30)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
harta benda hilang kena curi mungkin boleh gasnti... tapi keselamatan keluarga lebih utama....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
masalah alternator kereta

My recent post Masalah Alternator Kereta
1 reply · active 678 weeks ago
Setuju sesangat tu bro..
bersabar tu ada hikmahnya
My recent post Ada Yang Baharu Yang Lama Tetap Bergetah
1 reply · active 678 weeks ago
insyaallah...
kita dah takut pada mereka hu...mmg jahat merka2 ni..mujur anak dia tak di apa2 kan..
My recent post Ada Yang Baharu Yang Lama Tetap Bergetah
1 reply · active 678 weeks ago
Tu la...seb bek derang ambik brg2 dan duit jerrr
zaman sekarang semua dah kurang selamat, perlu lebih berhati-hati. Harap mereka semua sabar dan kuat semangat.
1 reply · active 678 weeks ago
Betul tu kimmie, harap mawi dpt buat sesuatu slps insiden ini...keselamatan rumah beliau perlu ditingkatkan
apa nak jadi dengan dunia sekarang,,semacam tidak berhati perut langsung,,,
My recent post TRIP LELAKI KACAK KE MELAKA
1 reply · active 678 weeks ago
Malas berusaha cuma nak senang dgn cara mudah jeerrr... :(
fuh!!
manusia skrang, memang xberhati perut..
nasib baik anaknya selamat..
My recent post Kemasukkan Dan Majlis Konvokesyen Akademi Laut Malaysia 2012
1 reply · active 678 weeks ago
Teringat kata2 bro tehr...manusia berhati binatang dh ramai....binatang berhati manusia pun dh banyak...hehehe
moga2 mawi dan keluarga bersabar
syukur kerana tiada kemalangan dan kecederaan
My recent post Pantun Binatang
1 reply · active 678 weeks ago
Dia kena upgrade sistem keselamatan kt rumah dia bro...bahaya la
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
Yang penting, mereka semua selamat..
My recent post Tabbed Content Widget - Menjimatkan Ruang!
1 reply · active 678 weeks ago
Yup...tiada apa yg lebih penting time terdesak mcm tu
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
malang betul beliau...nasib baik semua selamat...
1 reply · active 678 weeks ago
rezeki memasing....sabo je la Mawi
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
Sebenarnya semasa rumah MAWI ditayangkan semasa cerita ikin baru bersalin
hati dah terkeluar kata " tunjuk rumah begini bahaya.."..

Hari ini keluar plak berita begini.. Harap semuanya ini ada hikmahnya. pasanglah
grill rumah tingkap pintu agar lebih selamat..
My recent post Khasiat daun roket atau arugula antikanser
1 reply · active 678 weeks ago
Tu yg pelik tu...grill tarak apelagi sistem keselamatan...mawi kena peka dgn keadaan diri dia sbg seleberiti
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
betul tu.. dalam kes rompakkan nie.. bagi sahaja yg diminta.. utamakan keselamatan... Semoga abg Mawi byk bersabar....
1 reply · active 678 weeks ago
Betul tu bro....duit bukan lagi keutamaan bila dlm keadaan kecemasan mcm nih
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
syukurlah mereka semua selamat dan tidak di cederakan
My recent post Mawi Di Ikat, Rumahnya Di Rompak
1 reply · active 678 weeks ago
tu la alhamdulillah semuanya selamat
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
kes makin menjadi2,
yg penting nyawa tu selamat
tapi benarlah Negara Malaysia negara paling selamat seperti di war-warkan :)
My recent post Kuala Lumpur SPA vs Kelantan | Suku Akhir Piala FA 2012 | Keputusan Terkini
1 reply · active 678 weeks ago
Yup dah macam trend lak skg...kalau hilang berderet hilang...kalau pecah rumah, berderet lak cerita pecah rumah.... :(
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
Simpati musibah yang berlaku kepada Mawi dan Ikin. Harap mereka tidak diapa-apakan. :-(
My recent post Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon
1 reply · active 678 weeks ago
Alhamdulillah mereka semuanya selamat...
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000
sorang lagi artis menjadi mangsa rompakan dan pecah rumah setelah sblm ni..wardina safiyyah mengalami nasib yng sama..alhamdulillah..mawi ngan family x diapa2kan...
My recent post Perangkap Tikus
1 reply · active 678 weeks ago
Tu lah...nasib baik semuanya selamat...bahaya tul la zaman skg nih.
My recent post KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved