![]() |
Wajah suspek Pembunuh Dirang |
Sementara itu, keluarga allahyarham adik Dirang juga diselubungi ketakutan disebabkan rumah mereka di Flet Seri Delima, dekat sini, cuba dipecah masuk selain anggota keluarga berkenaan turut dikejar oleh lelaki yang tidak dikenali. Bapa saudara Dirang, Hakim Alan, 14, iaitu adik bongsu kepada Roselyn Alan, 25, sudah tiga kali dikejar lelaki tidak dikenali sejak minggu lalu sehingga memaksanya melarikan diri ke surau untuk berlindung. Aku harap pihak yang berkenaan dan masyarakat setempat lebih peka dengan apa yang berlaku keatas keluarga malang ini. Semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dilindungi olehNYA.
Petikan dari Berita Harian Online;
JOHOR BAHRU: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini. Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu.
Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes. Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira jam 8.40 malam, 2 Mac lalu. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan.
Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lalu. Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Vinodharan. - BERNAMA
Candice Michelle · 669 weeks ago
My recent post קורס רפלקסולוגיה
chanikacha 95p · 677 weeks ago
My recent post קבלה
azli.afzainizam · 678 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
masalah alternator kereta
Yastro 119p · 678 weeks ago
tehr · 679 weeks ago
Dah jadi terbalik pulak
My recent post Separuh Akhir Piala FA 2012
Yastro 119p · 679 weeks ago
chii · 679 weeks ago
My recent post Aksi Budak Lelaki Kacak
Yastro 119p · 679 weeks ago
akubiomed · 679 weeks ago
My recent post Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjaya
Yastro 119p · 679 weeks ago