PENYAMPAI RADIO HOT FM - ALEYA dan ASHRAF SAH BERCERAI

on 04 Mac 2012

Saat bahagia Aleya dan Ashraf bersama anak kembar mereka-metro
Dalam dok meriah pasal kes Mawi dapat anak, tetiba hari ni seorang penyampai radio HOT FM diberitakan bercerai dengan pasangannya. Kes Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya dikatakan telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32. Aduhh...sedihnya weii, kita sebagai orang Islam kena ingat... kes cerai adalah "PERKARA HALAL yang PALING DIBENCI ALLAH s.w.t"

Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.
Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam. Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.
Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.
Rasanya baru je tadi aku masuk kat blog akubiomed, beliau ada bercerita tentang seronoknya pengalaman/perasaan menjadi seorang "babah" buat pertama kali. Bagaimana perasaan beliau bila menimang cahaya mata yang pertama. Tub2 bila baca kat kosmo, ada pula kes pasangan yang aku kategorikan "femes" gak la bercerai. Maaf la, bukan nak masuk campur tapi hakikatnya di Malaysia kes cerai sudah mencapai satu rekod yang agak mengejutkan dan juga membimbangkan.

Rekod pada 2009, anggaran pasangan yang bercerai di Malaysia adalah sebanyak 1 kes bagi setiap 15 minit. Statistik sebenar bagi tahun 2009 adalah daripada 135,136 pasangan atau perkahwinan yang didaftarkan, seramai 27, 166 pasangan telah disahkan bercerai.

Rekod pada 2010 pula,  statistik dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun 2010. Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia. Kes perceraian juga telah meningkat sebanyak 869 kes pada 2010 berbanding 2009. Bagi 2011 lak, aku tak jumpa data tu....so boleh abaikan dulu.

Apapun, bila terjadinya perkara begini...yang paling kesiannya ialah anak-anak. Walaupun masih kecil, aku rasa ianya tetap meninggalkan bekas kepada diri mereka nanti. Apapun aku berharap yang terbaik buat mereka berdua. Semoga mereka berjumpa dengan insan yang lebih memahami antara satu sama lain dan berjaya hidup bersama sehingga ke akhir hayat mereka. Aminnn.....
Ranking: 5

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
tak per yg [enting leya dah ada anak.mas ani besarkan anak2 dulu pentingkan kebajikan ank2 dri segalanya. pkra lain blh di pikir kmudian..

tabah ya aleya..sb bukan mudha nak harung smeua dlm stu janga masa yg panjang. take time sis
1 reply · active 682 weeks ago
Betul tu...pas ni cabaran lagi besar sbb nak besarkan anak2 dlm keadaan begini...
kata orang takat ini ler jodoh mereka namun setiap apa yg berlaku
ada kebaikannya.. sebaik mgkn cubalah atasi. perceraian bknlah
satu jln yang disukai Allah.. namun kalau sudah tidak serasi bersama
ini mgkn jalan terbaik bg mereka...
My recent post Budak 1 tahun main drum - superb
1 reply · active 682 weeks ago
Betul juga tu sis...pasti diaorg dh cuba yg terbaik bt keluarga derang....namun kalau dh inilah ketentuannya...nak buat camne lagi kan...

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved