TOL BATU 9 DAN BATU 11 KAJANG-CHERAS DIMANSUHKAN -DIKURANGKAN

on 02 Mac 2012


KAJANG 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran tol di Batu 9 Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan di Batu 11 menghala ke Kajang dimansuhkan mulai pukul 12 tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, ini merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Grand Saga.

Najib mengumumkan pemansuhan tesebut ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina Bandar Sungai Long dekat sini, petang ini.

Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu berjanji akan mengkaji bayaran tol di lebuh raya berkenaan.

Pemansuhan itu melibatkan bayaran RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala ke Kuala Lumpur dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 bagi laluan menghala ke Kajang.

Dengan itu, katanya, kira-kira 120,000 pengguna laluan tersebut yang sebelum ini membayar RM3.80 untuk berulang alik di laluan berkenaan selepas ini hanya perlu membayar RM1.90. - UTUSAN



# Ramai yang kata ianya bermotifkan politik. Suka atau tidak ianya telah dilakukan. Soal undian....undi anda, rahsia anda...hehehe
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved