Enam parah dalam satu kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, termasuk sebuah bas ekpres membawa pelancong. Sebuah lori kontena turut terhumban ke dalam gaung. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam semalam di Kilometer 13.8, Lebuh Raya Elite arah utara, kira-kira 300 meter sebelum susur ke Putra Heights. Sebuah kenderaan penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD dikatakan memintas sebuah bas ekpres yang dikesan memandu melebihi had laju.
Sebaik bas itu hendak memasuki lorong kecemasan, sebuah lori kontena gagal mengelak, lalu merempuh belakang bas. Lori kemudian terbabas ke kiri dan terhumban, sebelum terbalik ke arah tebing sedalam kira-kira 50 meter. Bas juga turut merempuh belakang Proton Inspira. Bagaimanapun, empat pengkuatkuasa SPAD, terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Bas ekpres membawa kira-kira 30 pelancong warga Thai ini dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Hatyai. Penumpang bas kemudian meneruskan perjalanan menggunakan sebuah bas gantian dari syarikat yang sama. Polis sedang menyiasat punca kemalangan.
# Dengar2 cerita kemalangan ini disebabkan oleh penahanan SPAD keatas bas ekspress, ramai yang bagi feedback kat blog ondescene pasal kemalangan ni...tapi tak tau la plak, dalam TV3.com pun SPAD menafikan yang derang jadi punca kemalangan. Tak tau la mana satu yang betul skg nih...
Kredit - tv3.com dan ondescene
hyrul · 690 weeks ago
jd bas telah selamat berhenti
cuma prosedur penahanan yg dilihat agak mencurigakan....
hai byk nyer penguatkuasa yg boleh menahan2 ni.......
pasni agak2 apalagi penguatkuasa yg bleh menyaman....
Yastro 119p · 690 weeks ago
JebengOtai™ · 690 weeks ago
My recent post Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?
Yastro 119p · 690 weeks ago
APAN 106p · 690 weeks ago
My recent post 30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part 3)
Yastro 119p · 690 weeks ago
tehr · 690 weeks ago
nak tahan pun kena tengok tempat juga
keadaan semasa nak kena perhati juga
Yastro 119p · 690 weeks ago
akubiomed · 690 weeks ago
My recent post Awas suami untuk pembacaan oleh isteri sahaja
Yastro 119p · 690 weeks ago
auc dot com · 690 weeks ago
jgn menunding jari mencari salah siapa, perlu ambik sebagai ikhibar
yg penting tiada nyawa melayang
My recent post Gambar: Proton Preve kat Showroom
Yastro 119p · 690 weeks ago