Hafizh Syahrin Abdullah Isi Slot Moto 2 Malaysian GP

on 28 September 2012


Hafizh Syahrin Abdullah Isi Slot Moto 2 Malaysian GP ! Hafizh Syahrin Abdullah akan beraksi buat tahun kedua berturut-turut pada MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 21 Oktober ini apabila telah disahkan mengisi slot wildcard kelas Moto2, semalam.


Tahun lalu, pelumba Petronas Raceline Malaysia itu mempamerkan aksi terbaik dalam penyertaan pertama beliau dengan menamatkan perlumbaan pada tempat ke-20 daripada 38 pelumba.

Hafizh yang cemerlang dengan rekod sebagai juara Expert/CP130 termuda Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dan pelumba termuda yang berjaya memenangi perlumbaan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC).

Pelumba Program Pembangunan Bakat Petronas itu turut mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama beraksi dalam kategori Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Sepanyol Campeonata de EspaƱa de Velocidad (CEV) untuk satu musim penuh tahun ini.


"Saya gembira dan tidak sabar untuk beraksi buat kali kedua dalam perlumbaan Moto2 pada MotoGP Malaysia.

"Sasaran utama saya sudah pasti untuk memperbaiki keputusan yang saya dicatatkan tahun lalu.

"Banyak yang telah saya pelajari pada penyertaan tahun lalu, namun beraksi pada Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Buckler dalam kategori Moto2 pada tahun ini telah membantu meningkatkan lagi prestasi saya.

"Dengan pengalaman yang ada, saya yakin untuk mencatat keputusan yang terbaik di hadapan penyokong sendiri di Sepang nanti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

#Buat yang terbaik nanti Hafizh, main kat moto 2 tu, tolong kasi beat Willairiot yang race full time kat Moto 2 tu.

Hafizh Syahrin Abdullah Isi Slot Moto 2 Malaysian GP
-salam mesra dr yastro-
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved