Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai

on 27 September 2012



Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai ! NANJING: Seorang wanita terpaksa merantai anaknya yang sakit mental di dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya di habiskan diatas katil.


Kisah Kehidupan-Hidupnya 21 Tahun Hanya Dengan Rantai

 Chen Jiufang, ibu kepada  Hong Chunlin

Lelaki tersebut, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.


Hong Chunlin, 37, Mental problem

Kerana terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong kini mempunyai parut yang dalam. 
Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.


“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. 



Hong Chunlin, 37,

“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya. 

Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan.

“Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya. 



Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan menjadi kekangan kepada kehidupan mereka.

“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. 


#Kesian juga membaca kisah mamat nih, hanya kerana wanita dia jadi begini...isk...ntah laa...aku harap lelaki Mesia sumernya kuat2 belaka mentalnya. Jgn jadi macam lelaki ni......Berdoa la selalu kepada Allah supaya tetapkan hati dan iman.....sian tgk ibunya jugak, agak2nya esok kalau si ibu tiada lagi haru hidup dia nih...isk..isk..

Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai
-salam mesra dr yastro- 


Ranking: 5

Comments (14)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
ibu mmg tak smpi hti kan..tpi terpaksa bt.cina rakyat ramai.. tp nk dpt keje susah..org tua mana ada majika nak terima depa keje huhu...

bayangkan kli ibu tiada sukar dia nak teruskan idup...nnti dia jadi huru hara sapa nak jaga dia nnti..smpi satu saat dia lagi metal gila camner..?
kasihannya dia..tak bersalah kerana cinta..apa nk bt cinta di tolak diri merana klu tak dpt kawn terima hakikat dg baik...

sy hrp dia pulih satu msa nnti.
kerana cinta lelaki ni jd gila??ish2...
My recent post Contest Teka Jumlah Duit
Mak yang dalam keadaan terpaksa, tak boleh nak buat apa juga. Kalau saya pun,mungkin in saja jalan penyelesaian.
My recent post Blog Popular mesti ada kumpulan – Tip Blogging
aku kesian kan ibunya. dah umur 70 tahun lebih tetapi kena jaga anaknya pulak seepatut pada lingkungan umur begitu anak yang jaga ibu. Ibu ini tak ada anak-anaknya yang lain ke.
My recent post Perancangan dan impian blogging
1 reply · active 651 weeks ago
mungkin keadaan sebaliknya..tidak boleh dijangka ujian illahi..
My recent post JebengOtai.com : Impian Dan Perlaksanaan
keterpaksaan dalam hidup mak
kesilapan dalam hidup anak

moga2 kita terlepas dari keadaan sebegini
kesian tengok keadaan mereka
My recent post Fail Data Hilang
Serba salah dibuatnya. Ada lebih baik hantar ke Hospital sakit mental.
My recent post Tip memilih pasangan cara old style
Kesian betul la
semoga masih ada harapan untuk pulih kepada keadaan asal, kesian dgn mak dan juga anak ni
My recent post Sertai Program Exabytes 100 Blogger Ads Program
anak lelaki rakan sepejabat aku terpaksa di kejarkan ke hospital kerana terlalu lemah untuk berdiri... setelah di periksa oleh Dr pakar mereka mendapati budak ini lemah sebab tidak menjamah makanan.. bila di tanya mengapa dia jadi begitu ...

budak ni menjawab, terlalu kecewa kerana putus cinta menyebabkan dia hilang selera makan dan menjadi semakin lemah tanpa di sedari.

pelik tapi benar :) .
Err... Di China tiada institusi untuk merawat peaskit mental?
My recent post Teka Teki Teka Tekuk #2
kesian kat mamat dan paling kesian kat maknya. mungkin ini cara terbaik untuk dia. mudahan kerajaan china tolong diaorang.
Salam..
kesian juga nengok..
apa nak buat,patut anak
jaga mak..ini mak juga
nak jaga sampai ke besar
My recent post Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM Dan Institut Pendidikan Mara Sesi 2013

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved