Walaupun kenaikan itu hanya membabitkan kakitangan awam yang telah berjaya menerima prestasi perkhidmatan cemerlang dan mencatat markah 80 ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), sekurang2nya ada juga, bahkan kerja yang mereka lakukan selama ini berbaloi walaupun tanggagaji dah mencapai tahap maksima (gaji mati) atau menghampiri gaji mati.
Namun aku rasa, bila ianya dilaksanakan akan ada segelintir kakitangan awam yang tidak akan merasa kenaikan ini dan masih lagi berada ditahap gaji maksima (gaji mati) dan pastinya sedikit sebanyak mengurangkan mood mereka untuk bekerja. Berbicara bab2 ini, pastinya kalau nak memuaskan hati semua pihak ianya agak mustahil. Untuk itu, bagi kakitangan yang tak dapat kenaikan ini kena bekerja dengan lebih serius dan tekun supaya tahun depan giliran derang pula yang boleh merasa - itu pun kalau boss pandang laa. Ini kisah kakitangan awam, kisah pekerja swasta lak apa cerita?
Pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM900 di semenanjung dan RM800 untuk Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telahpun bermula pada Januari 2013. Banyak pihak disektor swasta menerima pelaksanaan ini walaupun terdapat juga pengusaha yang meminta penangguhan. Namun sebenarnya masih banyak persoalan dan isu berkaitan dengan gaji minimum ini.
Ada yang mendakwa, gaji minima pihak swasta di Malaysia adalah sangat rendah berbanding dengan kos sara hidup masa kini. RM900 yang diwartakan oleh kerajaan adalah termasuk elaun sara hidup (KOLA) Bermakna RM700 adalah gaji minima dan RM200 adalah elaun sara hidup. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, gaji minima yang telah diwartakan ini sebenarnya sangat2 tidak relevan dengan tuntutan kehidupan kini.
Ada juga yang mendakwa semuanya ini hanyalah satu "gula-gula" dari kerajaan untuk PRU13 ini. Ditambah lagi dengan bermacam jenis program 1 Malaysia yang telah dan sedang dilaksanakan. Apapun, bab2 ni aku tak peduli sangat, bila orang dah bagi, kita ambik je la.
Berbalik kepada gaji minima, sebagai contoh, dilaporkan ada pengusaha yang telah melaksanakan tuntutan gaji ini meliputi kesemua pekerjanya, bermula dari yang baru masuk sehinggalah yang telah lama bekerja, namun begitu ada pula yang sebaliknya. Terdapat pihak dilaporkan hanya memberikan gaji mimima ini untuk staff baru sahaja. Dan tentunya perkara ini merupakan satu berita yang tidak menggembirakan buat pekerja yang telah lama berkhidmat. Enggan memberi kenaikan gaji minima kepada staff lama, pihak tersebut dilaporkan hanya memberi sedikit imbuhan sebagai ganti gaji minima seperti bayaran one off.
Inilah secebis kisah berkaitan dengan gaji minima untuk pihak swasta, dan aku pasti masih banyak lagi kisah berkaitan dengan gaji minima ini. Apapun, jalan terbaik adalah situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak. Mungkinkah anda juga mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsi?
Kenaikan Gaji Minimum 2013 | Apa Cerita ?
~Salam mesra dari yastro~
Operator · 632 weeks ago
Yastro 119p · 632 weeks ago
topijerami90 65p · 633 weeks ago
kita tengok plak apa polisi baru kerajaan baru...
My recent post Senarai Biasiswa 2013 Yayasan Negeri Seluruh Malaysia
Danial Abdul Rahim 73p · 633 weeks ago
Sedikit manapun. Tetapi ada berkat, Insya sentiasa cukup :)
RM900 sebulan? Saya fikir, saya guna duit sorang2 pun tak cukup. Sekarang duit sudah jatuh. Emas yang naik. Lainlah kalau gaji diberi dengan kiraan gram emas. Kan lebih bagus :D
Tapi sapa nak buat?
Selain itu, saya rasa kalau mata wang jatuh. Masa itulah wajib gaji minima naik. Kalau dibiarkan parah nanti.
~ Sekadar pendapat. :D
My recent post [Rahsia] Menulis Ayat Pendahuluan Memukau Pembaca
Danial Abdul Rahim 73p · 633 weeks ago
My recent post [Rahsia] Menulis Ayat Pendahuluan Memukau Pembaca
hafidz · 634 weeks ago
Walaupun ada segelintir yang tidak berpuas hati, kita patut berasa sedikit lega kerana selama ini apa yang di keluhkan pihak kerajaan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Syukurlah kita ya berada negara yang aman dan sentosa ;)
My recent post Wordless Wednesday – Seyra
donnyien · 634 weeks ago
Bie · 634 weeks ago
My recent post Kerja Paling Bahaya
akubiomed · 634 weeks ago
My recent post Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
hafizmd · 634 weeks ago
Kat sana naik, majikan kasi turun kat sini...isk3
My recent post Tips Rumahtangga Bahagia:Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Suami Isteri!
longoi · 634 weeks ago
My recent post 99-nen no Ai ~ Japanese Americans Japanese Drama English Sub
Bro Zulkbo · 634 weeks ago
dah 12 tahun tak naik gaji ni saya
Boss pandai, naik kadar komisen saja
nasib baik, katanya banyak bisnes
besarlah gaji saya :)
My recent post Syarat Memohon Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Penjamin Dan Cagaran
TehR · 634 weeks ago
rm30 sehari
jujur aku nampak tak cukup untuk tampung perbelanjaan keluarga
kuli binaan pun rasanya dah rm50 sehari sekarang ni
My recent post Dialog Tepi Tangga | Isteri Tak Sokong
hatiputera · 634 weeks ago
My recent post Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang
nurmisnan · 634 weeks ago
lagi2 anak2 dah mula sekolah..
onlajer · 634 weeks ago
My recent post Jobdirumah Satu Perniagaan