Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69

on 22 Mac 2013

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69 | Salam Jumaat kepada semua sahabat dan pengunjung blog yastro.

Terbaca tadi disebuah blog, nukilan dari seorang (tak pasti la, kebenarannya) anggota VAT69. Kisahnya seperti dibawah.

"Pelbagai cerita dan versi yang kita dengar, baca dan lihat di media ketika ini. Ada yang menyedihkan, ada yang membakar semangat dan ada juga yang meloyakan (TIDAK BENAR).

Sedikit titipan kisah luahan salah seorang anggota VAT 69 yang sedang berjuang mempertahankan KEDAULATAN negara kita ketika ini. Beliau merupakan anggota kumpulan kedua yang dihantar bertugas di Ops Daulat dan BERADA ketika berlakunya insiden 2 Anggota VAT 69 terkorban akibat serang hendap pengganas.

Berikut antara luahan beliau yang dihubungi melalui telefon:

Hari mula sampai.. Semua bersemangat nak ke medan. Semangat berjuang bukan main. Tapi bila  setiap hari dihidang tembakan curi, dan tengok pulak member-member dibunuh kejam, peluru yang bersimpang siur, hati mula dijamah rasa gentar. Nyawa dihujung tanduk!!!.. Tidak tahu samada esok hidup lagi atau tidak...Dan..... ini kali pertama masuk ke medan secara LIVE.

Rakan-rakan dibunuh kejam. (tak tergamak nak tulis) termasuk Insp. Zulkifli yang merupakan rakan baiknya. Terkedu melihat mayatnya.

Ada rakan sudah dijamah PTSD. Terlibat dengan pertempuran. Telinganya disinggahi peluru sampai cedera walaupun memakai skimask masa itu. Kolar baju sampai hancur dan sekarang lebih banyak bersendiirian dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

Kelengkapan senjata terhad. Hanya berbekal vest kalis peluru dan M16 masa buat raid. Betapa sukarnya, mana nak pegang shield, mana nak pegang M16.

Sebelum kejadian ni... berapa ramai manusia yang kenal VAT 69???... Apakah kami akan dibubarkan kerana dianggap TIDAK RELEVAN? (Suaranya Bergetar).

Masalah operasi dengan tentera.... Corak operasi berbeza dan komunikasi menjadikan operasi tidak seragam. Perlu ada latihan operasi bersama lebih kerap nanti.

Antara kata-kata rakan yang bertugas di sini "kita ni semangat hanya harapkan doa dari rakyat yang menyokong kita saja. Kalau tak ada doa mereka....tak taulah apa nasib kita ni"

Mental dan emosi sudah letih memandangkan sudah sekian lama berada di sana

Perbualan kami terputus.. Satu sebab baterinya habis. Hampir sejam kami bersembang. Kedua sebab jammar yang masih dipasang sesekali bagi menyekat komunikasi kerana dikhuatiri musuh mampu menjejak kedudukan sekaligus menghantar maklumat balik ke kem utama mereka.

* Titipan di atas diolah semula bagi memudahkan pembaca semua. 


Apapun, kami rakyat Malaysia sangat berbangga dan berterima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam usaha mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semoga semua anggota keselamatan yang terlibat berada dalam selamat dan dilindungi oleh NYA, dan berharap keadaan kembali pulih seperti sedia kala....

Sumber asal
http://kezoom.blogspot.com/2013/03/luahan-seorang-anggota-vat69.html
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved