Cabaran untuk mengatasi kepenatan, kesakitan dan ketakutan ... gua rasa boleh ler dikategorikan sebagai sukan extreme. Kalau setakat berani depan pc jerr...
Paling penting, sukan ni juga mengimbau kenangan silam gua..Gua masih ingat...time tu gua berperang menggunakan pistol kayu, senapang kayu.....berpelurukan buah "teremanggo" (terung padi) istilah tempat gua..jangan gelak keyyy...hehehe
Kemudian bila besar sikit tukar style pulak, guna buluh bedil..kire canggih gak la nih..peluru dia guna kertas yg dibasahkan, pas tu gumpal kecik2 ikut saiz lubang buluh. Nampak cam simple kann... tapi kalau kene perit gak woo...
Sedikit info mengenai paintball...
Sejarah Paintball
Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat didalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan.
Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar.
Permainan paintball adalah sejenis sukan dimana peserta akan mengalahkan pihak lawan dengan menembak menggunakan paintball. Paintball merupakan spherical gelatin capsules yang mengandungi bahan utama iaitu polyethylene glycol, bahan non-toxic dan water-soluble serta dye. Bahasa melayunye minyak sayuran. Senjata berkuasa gas mampat iaitu marker digunakan untuk menembak pihak lawan.
Permainan ini boleh dimainkan samada di dalam atau di luar arena. Diantara permainan yang popular adalah woodsball, scenario dan speedball, juga dikenali sebagai tourneyball didalam keadaan tertentu. Undang-undang permainan paintball adalah pelbagai dimana kesemuanya dibentuk bagi memastikan peserta menikmati permainan ini dalam keadaan yang selamat. Permainan juga memerlukan beberapa peralatan tertentu dan setiapnya mempunyai terminologinya tersendiri.
Permainan paintball biasanya melibatkan dua pasukan yang akan mencuba mengalahkan pihak lawan atau mencapai objektif pasukan seperti mendapatkan bendera atau mengeluarkan pemain tertentu. Secara puratanya, permainan yang melibatkan peserta non-professional akan mengambil masa seawal lima minit sehingga setengah jam.
sumber: panduan paintball
Bab2 peraturan Paintball gua rasa tak le susah sangat kecuali satu perkara sahaja. Iaitu pemakaian facemask. Ramai newbie/yg first time masuk didalam sukan ni mendapati mereka akan lemas akibat ketidakselesaan semasa acara berlangsung. Ada yang membuka facemask sejurus mereka diistiharkan "dead".
Bahayanya....apabila pallet tersesat dan terkena biji mata, kecederaan yang dialami ....... sendiri mau ingat laa yekk...
Peralatan basic
Facemask
Marker
Marker detail description
Pallet
Chest Protector
Kesemua basic equipment yang gua tempek kat atas tu biasanya memang ada disediakan oleh pihak penganjur walau dimana2 area sekalipun. Cuma kalau nak marker yg power, beli sendiri la yek...rega boleh tahan gak...mau ribu riban. Satu lagi gua rasa, kalau dah berminat dengan sukan ni, paling basic pun kene ada facemask sendiri. Kalau guna yg disediakan penganjur.....
Hehehe...memacam pakej korang boleh dapat....cepat kelabu asap, calarbalar, longgar....memacam lagi lahh...dan yang paling best......bau harum kasturi peluh pengguna sebelum korang...hehehe. Tapi gua haritu pun guna facemask penganjur gakk...kekekeke...Errr lagi satu, bab2 pakaian, kalau boleh cari ala2 army sikit larr...baru le ade feel nak masuk bertempur...kalau pakai yang kaler terang2...kompom dari jauh lagi musuh dah nampak korang...
Sebahagian dari team gua..gaye mau lebih brooo...hehehe
Brother Apache...penerangan yg dia bagi menggunakan english Apache..hehehe
Mmg sempoi brother nih...
Sedikit info mengenai Paintball yg gua ngan geng2 lalui minggu lepas..
- Lokasi: Paintball Valley, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cherakah Shah Alam.
- Date & Dll : 26/02/2011, bayar RM100.00, bayaran masuk Bukit Cherakah rm3.00, Pallet 500 biji, Makan tengahhari disediakan, minum free flow, transportation lak, kalau korang tak leh bwk keta masuk, kene nek bas jauh gak nih...paling penting, bwk gak air mineral sendiri...tak puas arrrr...
- Att : RND Proton, KACST (Saudi Arabia) dan MSI (Magna Steyr) Total 30#. Split 2, Black n Blue...15~15.
- Mission : Tembak selagi bolehhh...hehehe!!!
Possing dulu sebelum perang...
Paintball Valley
Mamat Itali ni kene teruk gakk...yg sorang tu siap pasang daun lagik..
nampak bijik mata jerr... hehehe
Amacam...ada gaya tak?
Posing sebelum perang je laa...tak de cameraman la plakk...
seb baik korang ni satu team ngan gua...hehehe
Kesimpulannya: Paintball Valley Bukit Cherakah mmg best, masuk ni dah kali ke 3 gua layan paintball tapi 2 event sebelum ni cuma kat padang jerr, (game first masa kat Proton) layan bunker. Bila datang kat sini, pehhh...senario hutan memang macam kat medan perang lerr...memang layan habess....Korang nak buat aksi camne pun tak de masaalah...lantak lerr...janji keselamatan korang jaga. Jangan sampai ada yang patah riuk udah.
Group kami hari tu diberi penghargaan oleh pihak Paintball Valley untuk merasmikan medan perang terbaru mereka, yang ke 5 kalau tak salah gua...terima kasih gua ucapkan..pas tu dapat diskaun lagii...cayalahh!!!
Len kali bole dapat lagi kott......hehehehe...
Post gua sebelum nih...(klik sini)
Notis:
Lagi satu,pas ni gua bizi lagi....aduhhh tak habis2 bizi mamat nih...Akceli gua akan turun kat Dungun (pipe line) pada malam 4/03/11 ~ 9/03/11 nih...Xtiviti biasa...mancing (setahun sekali jerr nihh). Insyaallah gua akan kembali berblogging selepas tu...Minta maaf kpd semua kerana tak dpt ziarah korang dalam jangkamasa tersebut. Skg ni pun bizi prepare peralatan nak gi ke sana...
Sampai jumpe lagi....adiozzz!!!