Awas!!! Penipuan Perbankan Internet meningkat!!!

on 03 Mac 2011

Kes tipu perbankan Internet



BERHATI-HATI apabila dihubungi seseorang yang meminta anda mengemaskini akaun bank melalui perbankan Internet.




KUALA LUMPUR – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.
Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.
Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.
“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).
“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.
Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi).


KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Sebanyak 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta, dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung berkata jumlah kes penipuan itu masih kecil berbanding jumlah keseluruhan transaksi perbankan Internet dalam tempoh yang sama. "Keseluruhan transaksi Internet bagi tempoh Jan hingga Jun tahun ini berjumlah 50.3 juta, melibatkan RM348.5 bilion, dengan kerugian hanya dalam lingkungan RM1 juta iaitu 0.0003 peratus sahaja," katanya menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini. Fong ingin mengetahui bilangan kes jenayah perbankan Internet yang dikesan serta nilai kerugian yang dialami pemegang akaun bank. Chor berkata antara langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memastikan keselamatan penggunaan perbankan elektronik ialah dengan mengeluarkan garis panduan kawalan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua institusi yang menyediakan perbankan Internet dan ATM. "BNM juga telah mengarahkan pelaksanaan penentusahan dua faktor bagi transaksi perbankan Internet yang berisiko tinggi. "Penentusahan faktor pertama iaitu nama pengguna dan nombor PIN akan dilengkapi dengan penentusahan faktor kedua melalui penggunaan alat penentusahan tambahan seperti kod kebenaran transaksi yang diperoleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS), sijil digital, kad pintar atau token Universal Serial Bus (USB)," katanya. Beliau berkata institusi perbankan juga perlu memastikan infrastruktur sistemnya dilengkapi kawalan keselamatan bagi mengesan dan melaporkan sebarang transaksi perbankan yang mencurigakan. "Institusi perbankan juga dikehendaki melaporkan sebarang kejadian penipuan dengan segera kepada BNM selain menjalankan program pendidikan dan kesedaran pelanggan secara berterusan mengenai keselamatan dan langkah berjaga-jaga terhadap penipuan perbankan elektronik ini," katanya. -- BERNAMA



Hati-hati dengan perbankan Internet - Polis

KUALA LUMPUR 2 Mac - Polis mengingatkan para pengguna perkhidmatan perbankan Internet agar tidak mudah terpedaya dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon yang meminta mereka mendedahkan maklumat perbankan.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kes penipuan melibatkan perbankan Internet meningkat dengan amat ketara.
"Mengikut statistik, pada 2009, 75 kes penipuan melalui perbankan Internet dilaporkan dengan kerugian berjumlah lebih RM200,000 dan ia terus meningkat dengan 353 kes dan kerugian kira-kira RM1.2 juta, pada tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, siasatan mendapati kebanyakan mangsa terdiri daripada pengguna Maybank2U yang terpedaya dengan modus operandi digunakan melalui penghantaran e-mel kepada pengguna.
"E-mel yang berbentuk 'Security Alert' itu kemudian mengarahkan mangsa mengemas kini akaun perbankan Internet mereka dengan memasukkan kata nama, kata laluan dan nombor TAC.
"Ia kononnya bagi tujuan keselamatan bank dan mengelakkan akaun mereka dibatalkan," katanya.
Katanya, mangsa bagaimanapun hanya mengetahui mereka ditipu setelah menerima SMS dari pihak bank yang memaklumkan wang mereka telah dipindahkan ke akaun ketiga.
"Untuk makluman pengguna, pihak bank tidak menggunakan perkhidmatan e-mel untuk tujuan kemas kini akaun perbankan Internet.
"Sehubungan itu, sekiranya pengguna menerima e-mel sedemikian, sila abaikannya," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penipuan perbankan Internet boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Pusat Kawalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di talian 03-26163999.



Bagi pengguna Maybank, sila berhati2 dengan URL kat atas tu yek..

sumber: zakizakirin


Berhati2 dengan penipuan sms...


Pendek kata berhati2 lah...penipu/penyamun semakin bijak sekarang, kes pun semakin banyak..statistik dah meningkat...semoga semua rakan2 gua tak de yang terkene dgn penipuan macam nih.
Ranking: 5

Comments (16)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
harus extra hati hati nih..

My recent post Penyakit Asam urat|Obat Alami Asam Urat
masih guna konvensional.. susah sikit tkpe la kot
1 reply · active 733 weeks ago
Itu yg sebaik2nya jika rasa ragu...
ini menunjukkan masih ramai yg tahu guna komputer tapi tak tahu konsep2 tetentu di dalam penggunaan komputer... jadi ada yg mengambil kesempatan...
1 reply · active 733 weeks ago
Hehehe...betul tu papabear...kene lebih banyak bertanya dan belajar dr yg lebeh pakar...kalau idak.....sendili mau ingat lorrrr.....hehehe
Kat sini pun ada gak kes macamnih......Bie pun pernah gak kena terima sms camnih cuma Bie tak ambil peduli kelakar gak bila dapat sms camnih!!
My recent post For Beloved
1 reply · active 733 weeks ago
Yup...abaikan bila dpt mende2 yg meragukan...itu yg sebaik2nya...
salam..
adehh..makin hari makin menjadi puok
ni yak? jenayah yang di lakukan oleh mereka
yang pintar pada kita yang alpa..berhati2 lah..
My recent post Anda Mahu Masuk Blog List Saya
1 reply · active 733 weeks ago
Yup...semoga semua rerakan lebih berhati2....
eeeeeeeeeee
ape nak jadi org zmn skrg ni..
zaman makin maju, jenayah pun makin byk..
grrrrrrrrr
1 reply · active less than 1 minute ago
Sumer gara2 "RM"....matlamat menghalalkan cara...pehhh!!!!
ramai nak guna perbankan online tapi tak alert mengenai hal macam ni. kekadang aku dengar kes macam ni nak gelak pun ada. macam la tak tahu beza url maybank2u yang sebenar.
My recent post Breastlicious Ice Cream 18sx
1 reply · active 735 weeks ago
Yup....kalau dh rasa ragu2 tu sebaik2nya jangan guna perbankkan internet....
Seri Bahasa's avatar

Seri Bahasa · 735 weeks ago

seri pon dah banyak kali terima sms/email macam tu...tapi seri tak pernah layan sbb tahu itu satu penipuan. yang heran knpalah ramai boleh terpedaya dengan kaedah ini. kan lebih selamat kalau berurusan langsung dgn pihak bank.
1 reply · active less than 1 minute ago
Haaa... tu yg yas pun rase pelik gak...nape la ade juga yg mudah sgt terpedaya dgn mende2 karut marut tuhh..

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved