Moto Gp 2011- Montegi Twin Ring, Japan.

on 06 Oktober 2011

Up date sikit berkenaan dengan MotoGp 2011 di litar Montegi. Japan. First sekali tentulah berkenaan dengan team pilihan aku iaitu Yamaha Factory Racing. Jorge Lorenzo berjaya mengekalkan kedudukan beliau yang bermula dipetak kedua dibelakang Casey Stoner. Bagaimanapun aku kecewa sikit, sebab prestasi Team Yamaha tahun ni agak menurun berbanding dengan tahun lepas.

Tahun 2011 ni, Honda pula lebih mendominasi perlumbaan dengan ayam tambatan terbaru mereka Casey Stoner. Bagi Stoner pula, beliau bernasib baik kerana berjaya kembali meraih podium ke 3 setelah terbabas di litar ni. Pedrosa pula berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama tanpa banyak cabaran dari Lorenzo.

Moto gp 2011

Trek Montegi ni agak banyak selekoh sikit, jadi mana2 pelumba yang terlebih "perah" throttle sebelum selekoh pastinya akan mendapat masaalah iaitu terbabas. Ini terbukti dengan 5 orang pelumba MotoGp telah terbabas jatuh dan mendapat DNF. Berbeza beberapa orang rider yang lain walaupun terbabas tapi masih berjaya kembali ke perlumbaan.

Keputusan bagi Team Yamaha yang lain....
Ben Spies berlaga dengan Valentino Rossi pada awal perlumbaan di selekoh pertama dan mengakibatkan beliau juga terbabas, namun beliau kembali ke perlumbaan setelah berjaya mengawal motosikalnya dari terjatuh. Namun insiden ini merupakan satu lagi episod malang bagi The Doctor kerana terus terkeluar dari perlumbaan . Akhirnya tempat ke 6 menjadi milik Ben Spies. Bagi Team Monster Yamaha Tech3 pulak, Colin Edward mendapat tempat ke  8 dan Carl Crutchlow pula tempat ke 11. Carl juga terbabas, namun berjaya kembali ke perlumbaan.

moto gp

Bagi pelumba muda negara pula iaitu Zulfahmi Khairuddin, beliau bermula dari petak yang ke 26 (dari 35 pelumba) dan akhir perlumbaan, beliau berjaya mengutip satu mata iaitu mendapat tempat ke 15. Tahniah aku ucapkan, aku rasa point ini amat bermakna bagi beliau setelah 3 kali berturut2 mengalami kerosakkan motosikal. Keseluruhan point bagi Zulfahmi (AirAsia Sic Ajo) ialah 21 point dan masih mengekalkan tempat ke 17 dari 31 orang pelumba. Harap dia berjaya mengekalkan momentum ni semasa perlumbaan di Sepang nanti. Manakala juara bagi 125cc ialah Johann Zarco, Avant Air Asia Ajo.

Selamat berjuang buat pelumba2 negara yang lain, Azlan...walaupun dah 2 kali gagal masuk ke MotoGp aku harap dia masih berusaha ditahun akan datang. Jangan mudah berputus asa...!!!

Pelumba malaysia
Ranking: 5

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Tahun ini Valentino tidak menyinar seperti yang diharapkan. Harap nasib beliau berubah ketika bertandang ke litar SIC di Malaysia nanti
kegagalan itu satu permulaaan untuk berjaya kelak....Selamat berjuang buat pelumba negara

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
skuter sanyang motor sym

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
wooooo.. i like bike

oklah tuh tempat ke 15.. terbaek daripada atas 20

My recent post Satu lagi penawar berbisa ular dan ikan sembilang
1 reply · active 701 weeks ago
Minat gak ngan bike??
caya laa sis...hehehe
Ok jugak budak Zulfahmi ini ya.....
1 reply · active 701 weeks ago
okeh gak la Pak Mail...harap dia perform kat hometown nanti... :)
Adeh, tengok gambo motor di bawah tu.. teringat TZM kawe masa zaman di IPT dulu... rindduuuuuu...
My recent post Mengapa Saya Guna NetKL Network Web Hosting?
1 reply · active 701 weeks ago
Hehehe...sama gak bro...tp kawe time pakai tu mmg dh keje ngan proton.. :)
dapat 1 mata pun dah bagus tu, yas
asal jangan asyik dapat telur je
kan?
1 reply · active 701 weeks ago
Hahahaha....
Yup bro...nak dapat 1 mata pun dah seksa gila klau race kat motogp nih..
Koi minat tengok race 125cc ter...
My recent post Pok Sedare Meninggal Dunia
1 reply · active 701 weeks ago
koi plak mmg dok tgu MotoGp...tp 125 mmg menarik gak sbb motor ngan skill derang tu tak beza jauh ngat.. :)

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved