Keputusan Malaysia vs Indonesia - Malaysia Menang Penalti.

on 21 November 2011

#Keputusan Malaysia vs Indonesia - Malaysia Menang Penalti. (Sea Games 2011)


Gila...pengadil berat sebelah. 4 kad kuning untuk pemain Malaysia dan hanya 2 kad kuning untuk pemain tuan rumah Indonesia, itu pun setelah berpuluh kali kesalahan dilakukan oleh pemain Indonesia. Keputusan perlawanan setelah 90 minit perlawanan adalah seri 1-1. Jelas pengadil hanya meniup wisel untuk pemain Malaysia apabila berlaku sedikit kekasaran. Mana punya pengadil ni weiiii....

Pembantu pengadil adalah yang terbaik. Aku memang hormat kepada mereka. Jelas keputusan mereka adalah yang paling rasional jika nak dibandingkan dengan pengadil utama. Pengadil utama membiarkan pemain Indonesia bebas melakukan kesalahan dengan hanya gelengan kepala sahaja. Sebagai contoh, pemain pertahanan Indonesia no 28, jelas telah membuat kesalahan dengan terjahan keras, tetapi dilepaskan oleh pengadil utama. Sepatutnya kad harus diberikan. Pemain Indonesia nampak sangat "pecah mental". Tapi tak pe lah...inilah rezeki untuk kita. Kita terima sahaja, kita tunggu perlawanan di padang berkecuali dikemudian hari nanti. Aku rasa pengadil tu takut tak lepas balik kampung kot :D

Tabik buat pemain Harimau Malaya yang jelas berusaha bersungguh-sungguh. Bermain dengan penuh semangat dan kesabaran. Malam ni anugerah pemain paling "kurang" popular pada aku dan kengkawan adalah Fakri Sharani. Sori bro...jelas ko agak kurang menyerlah pada malam ni. Pemain "terpuji" harus diberikan kepada kesemua pemain Malaysia yang lain terutamanya  Khairul Fahmi Che Mat. Malaysia bermain menentang 13 pemain Indonesia termasuk pengadil utama.
Terbaik dari Khairul Fahmi.

1st Half:  1-1
2nd Half: 1-1
Masa Tambahan: 1-1
Penalti: 4-3 Malaysia Menang!

Jadi pingat emas Sukan Sea 2011 adalah untuk Malaysia dengan keputusan penalti 4-3, mengatasi Indonesia. Tamatlah debaran kita malam ini. Gila betul laaa Indonesia, habis game terus nak buat ujian doping. Tak pernah lagi terjadi dalam dunia kes sebegini. Tahniah buat Harimau Malaya U23, anda hero bagi semua rakyat Malaysia. Flight khas dengan pramugari yang cun melecun jelas menanti anda. Nampaknya jampi pemain Indonesia tak menjadi yang ambik penalti tu tak menjadi....hehehe. Tidur lena la aku malam nih..:) Apapun janganlah kita semua berbangga sangat dengan kemenangan ini. Semua ni hanya satu ujian buat kita. Indonesia masih lagi sebuah pasukan yang hebat. Insyaallah kita berjumpa lagi nanti.
Ranking: 5

Comments (37)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Sesat dihutan tiada ikhtiar
Seorang diri dibelenggu kesunyian
Bangga sungguh Baddrol Bakhtiar
Menyumbat Gol Tanda kemenangan

Lawan Musuh Sentiasa Waspada
Kekuatan diri janganlah lupa
Tahniah pada Harimau Muda
Menunduk Lawan Garuda Muda

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
teknik penyaduran chrome electro
1 reply · active 695 weeks ago
Pantun y terbaik bro!!!! :D
Walaupun Malaysia sudah menang perlawanan, sehingga ke hari ini berita tak puas hati penyokong pasukan Indonesia terhadap pemain Malaysia masih keluar di media Indonesia.

Sungguh kebudak-budakkan.
My recent post Apa masalahnya kalau kita terlalu jujur
1 reply · active 695 weeks ago
Hmmm...biasak le bro...ibarat rumah siap pahat berbunyi... :D

Derang x puas ati sbb pingat bola lebih bererti dr juara pingat emas lain2 acara!!!
hoho..malaysia memang kacaklah!
My recent post Komisen ke 2 dari TipsPTD.com
1 reply · active 695 weeks ago
Hahaha...yup bro!!! Kacak mcm ko... :D
setinggi2 tahniah utk pasukan kita
My recent post Malaysia vs Syria Kelayakan Olimpik London 2012
1 reply · active 695 weeks ago
Semoga mereka terus mencipta kegemilangan buat negara!!!
shah Blogger's avatar

shah Blogger · 697 weeks ago

Memang Terrrrrrbaekkkkkk seyh!! Anyway betul kata ko. Indonesia masih pasukan yg serasi dan berbisa... pasti akan datang ada lagi perlawanan MY VS ID .. Siap sedia. Mantapkan keserasian barisan masing2 :D

Ada mcm jurulatih x? ekekekek.
My recent post Heading Tags SEO
1 reply · active 695 weeks ago
Yup...Mantapkan barisan yang ada...tambah kualiti dan tahap permainan...insyaallah kami sedia bersama anda semua....Harimau Malaya!!!!
memang hebatlah malaysia....kagum sgt...
My recent post Dapatkan mainan Happy Feet 2 di KFC sekarang!
1 reply · active 697 weeks ago
Yup...semangat perjuangan yg tinggi tlh ditampilkan oleh pemain Malaysia. :D
tahniah buat player malaysia.. mmg bagus game malam tadi.. tapi pengadil utama mmg lebihkan indon malam tadi.. kesian tgk player malaysia.. huhu...

tapi yg main ganas sgt malam tadi, tak gol masa penalti.. haaa.. balasan tu.. haha.. apa pun, moga semangat kesukanan mampu meredakan kekecohan antara 2 rumpun..
My recent post 10 Jawapan Tag 2 in 1 Yang Cantik
1 reply · active 697 weeks ago
Derang mmg kene sabo dgn kerenah reff tu...klau melawan kompom dia tambah kad lagi...
Yang ganas tu dah penat sgt kot terjah orang...tu yg penat nak sepak tue...hehehe

#Balasan dunia diterima on the spot....hehehe
semalam ketar rasa macm kita pulak yang nak sepak bola tu masa penalti, duk berdoa tak berenti bagi la gol bagi la goll..kalau org sakit jantung bahaya tgk tu hehehe

p/s bro yas, nanti tolong check komen luv saya ok ke dak kalau pi komen, apan kata td ada msalah..dh try pebaiki td.
My recent post Video Persembahan Artis dan Lagu lagu Medley di FFM 24
1 reply · active 697 weeks ago
Betul tu...kita yg nengok pun sampai rasa tak sanggup nak angkat muka tgk tv....tangan kaki dah rase sejuk semacam jerr....gamaknya camne la perasaan derang waktu tu yek...
salam..
membanggakan..
TAHNIAH rakyat
Malaysia keseluruhannya
My recent post Video Penuh Sepakan Penalti Malaysia vs Indonesia Final Sukan SEA 21-November-2011
1 reply · active 697 weeks ago
Yup...tahniah kpd rakyat yg setia bersama dr awai hingga akhir..
tahniah juga buat mereka yg berjuang habis2an malam tadi
iyalah.. sakit jantung juger tgk bola smlm.. Nak jerit tak boleh.. tapi bila bab
masuk GOL aku jerit jugak.. har3.. lantaklah jiran sebelah kalau terperanjat
tgh mkn ker.. janji Msia GOL 1 sama..

Aku angin betul tgk si Fakri main.. Gelabah. Tapi apa pun TAHNIAH untuk
CIK HARIMAU SEMUA... Khusus untuk brother FAHMI dan BADROL...
My recent post Khasiat buah anggur segar
3 replies · active 697 weeks ago
Hehehe...sama la kat tempat aku...bini aku cakap, satu area tu gegak gempita "Golllll" masa mesia gol...pas tu sunyi sepi jerrr....bergegar lagi bila time penalti...hehehe

#Aku smlm overnite lagi...nak kejo dateline 23 nih...tu yg layan ngan kengkawan jerr;;;
agi satu pasai apa Indonesia kalah, pasai tak hormat orang.
Masa nyanyi lagu NEGARAKU diorang terpekik2 kureng pekasam..
Sekalang lu olang terima hadiah dari cik harimau kita.. hwa3
My recent post Khasiat madu lebah asli
Aku ngan kengkawan malam td pun hangin giler kat si Fakri tu...pelik bila OKS tak nak tuka dia..
tp mungkin pandangan coach tak sama dgn kita...so xleh buat pe2 laa...
bab2 hormatkan negara tu...hmmm aku dh maleh nak cakap dah...bak kata
che det..."dah lamaaa dahhhh" :D
keeper indonesia dah tampan dah
tapi... bola menantun juga ke dalam gawang
hehe

tahniah kepada semua
My recent post Penjaring Gol Malaysia Di Sukan SEA 2011
1 reply · active 697 weeks ago
Penalti terakhir yg menentukan emas buat negara...mmg dah agak
si Badrol tu akan tendang laju dan keeper tampan tp bola still masuk...

#Malam td mmg meriah bila tgk dgn kengkawan....siap bawak bendera malaysia lagi :D
Sgt bangga sbb Malaysia menang 2 sukan sea berturut2.
Mantap gak keeper Malaysia, die ada sense yg baik untuk teka arah sepakan bola masa penalti tadi.
Tahniah Harimau Muda
My recent post Kanada dan Produk Apple – Saya Mahu Macbook Air!
1 reply · active 697 weeks ago
Yup...bukan senang nak pertahankan gelaran juara...tambah2 main di tempat lawan.
Semangat berjuang yang patut dicontohi oleh semua rakyat mesia tanpa mengira kaum...
inilah contoh terbaik 1 Malaysia. :)
Tanniah kepada skuad Harimau Muda kerana memenangi pingat emas yang ke 59. Hanya sebutir pingat emas diperlukan untuk mencapai sasaran.
My recent post Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia
1 reply · active 697 weeks ago
Tahniah ...tahniah...tahnia...pasti rakyat mesia semua berbangga sgn mereka... :)
hampir2 kalah .... sengit weyh... apepun tahniah buat malaysia... yang telah berjaya mempertahankan pingat emas ini...
My recent post Malaysia Juara Bolasepak sukan sea 2011, TAHNIAH Weyhh!!
1 reply · active 697 weeks ago
Uishh...mmg bedebor je jantung ni masa games tu...akhirnya kita berjaya... :D
Apa pun cabarannya... Harimau Muda berjaya membuktikan mereka layak untuk memenangi perlawanan tersebut! Tahniah buat Harimau Muda!

Pastinya pasukan Indonesia tentunya amat kecewa kerana telah 2 kali ditumpaskan Malaysia disepanjang kejohanan..

My recent post Malaysia Menang Pingat Emas - Bola Sepak Sukan SEA 2011
1 reply · active 697 weeks ago
Betul tu...Harimau Muda mmg layak tuk dptkan kemenangan ini. Mereka adalah yg terbaik dr kalangan negara2 asean... :)

Indonesia mmg kecewa...tp tunggu la plak dikemudian hari nanti. :D
yang fail sepakan pertama tu..dah la jalan lambat...entah apa yang dia baca pun aku tau..aku cakap kat mak aku..mesti tak gol ni. dia baca surah mana yang panjang sangat nih..last-last..tak gol..

apapun..malam ni memang indonesia banyak kuasai padang walaupun kita banyak peluang nak sumbat 2-3 gol. Fakri banyak peluang, tapi gagal manfaatkannya. Aku harap beliau lepas ni main dengan lebih baik. Dah la Malaysia ni kurang pelapis striker..

apapun, masa lawan Syria nanti. Pastikan kita main menyerang. Jangan dok bertahan aje..
My recent post Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!
1 reply · active 697 weeks ago
Hehehe,...tu la, aku rasa pemain Indonesia "goyang" masa amik penalti tu...maklum la bukan calang2 keeper yg dihadap tue....Fakri aku pasti jadi bahan pas ni. Nasib bek menang....klau x lagi teruk dia kene....

Aku rasa lawan syria nanti player kita main slow & steady je kot....penat tu bro... :D
bab pengadil jepun tu aku kurang nampak sngat ketidakadilan dia...cuma permainan malaysia aku tengok dah semakin meingkat...cuma bahagian serangan je hampeh...defend main dengan baik.si fakhri tu pun menjadi pilihan utk dijadikan status di fb skang ni kot.sebelom ni pun penah dengor pasal dia ni...mmg kureng berbanding yg lain...papepun, tahniah utk team negara :)
My recent post Sukan SEA 2011 - Selamat Berjaya Skuad Bola Sepak Malaysia!
1 reply · active 697 weeks ago
Bab2 pengadil mmg aku mmg x pueh ati laa....permainan okeh dah cuma awal2 game je kene gempur kaw2...tu yg bocor tu...alhamdulillah last berjaya jugak...fakri kompom kne henyak punya dgn fanatik2 bola kat mesia nih... :)
... haha bgs2... indon blk la tanam jagung blk... Indon sialan x th hormat lagu negara org lain... haha garuda jatuh diterkam harimau malaya

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved