Fakta Malaysia vs Indonesia - Final Sea Games 2011

on 21 November 2011


Aksi Malaysia dan juga Indonesia pada final esok sememangnya aku pasti sangat ditunggu tunggu oleh penonton tuan rumah. Dijangkakan seramai 100,000 orang penonton bakal "menggelorakan" Stadium Gelora Bung Karno. Bagi penyokong Malaysia pula, aksi Harimau Malaya hanya dapat ditonton menerusi televisyen dan juga internet sambil minum kopi dan makan kuaci. Ada beberapa perkara menarik yang telah dan bakal berlaku sebelum aksi final Malaysia vs Indonesia malam ini. Antaranya ialah....

  • Dijangkakan para pemain Malaysia akan menaiki kereta perisai "Barracuda" sama seperti skuad senior yang bermain untuk piala AFF yang lalu.- Datuk Hamidin Mohd Amin.
  • Penonton dijangkakan seramai 100,000 ribu orang. Belum termasuk yang diluar stadium.
  • Ong Kim Swee masih lagi mahukan jawapan kenapa beliau tidak dibenarkan menggunakan talian komunikasi ketika Malaysia bertemu Myanmar tempoh hari. Juga kenapa beliau dihalang dan tidak dibenarkan turun kepadang setelah permainan tamat.
  • Lupakan kemenangan diperingkat kumpulan jika mahu menang esok.- Ong Kim Swee
  • Badrol Bakhtiar yang aku sangka tidak dapat bermain di final, sebenarnya boleh bermain esok. Alhamdulillah...kad kuning di peringkat kumpulan tidak dikira untuk aksi final.
  • Izzaq Faris Ramlan sudah pasti tidak dapat beraksi di final ini kerana kecederaan lutut, manakala Syahrul Azwari pula belum pasti dapat diturunkan kerana kecederaan buku lali.
  • Indonesia menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah dengan bermain hanya pada waktu malam sahaja. Termasuk aksi final esok.
  • 'Akhiri dendam 32 tahun', 'Tragedi 1997 Jangan Terulang', 'Ulangi prestasi SEA Games 1991' dan 'Garuda Muda siap robek Malaysia'.- Tajuk akhbar bagi membakar semangat penyokong dan pemain mereka.
  • Bekas pengendali Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah yakin dengan kredibiliti Kim Swee yang pastinya bijak menenangkan anak-anak buahnya supaya tidak tertekan dengan situasi itu nanti. “Berdasarkan pemerhatian saya, pasukan yang mengambil bahagian pada kali ini dilihat tidak begitu kuat seperti mana ketika temasya di Laos dua tahun lalu termasuk Indonesia.
  • Pemain yang menerima kad merah hanyalah pemain dari negara yang bertemu pasukan tuan rumah.
  • Indonesia akan menurunkan skuad "terhebat" mereka pada aksi final kali ini setelah kalah kepada Malaysia kerana menurunkan skuad pelapis pada pertemuan yang lalu. Namun kapten pasukan mereka Egi Melgiansyah dijangka tidak dapat diturunkan ekoran masaalah kecederaan.
  • Kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan. - Berita Harian.
  • BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia. Tidak termasuk untuk negara Malaysia, Buktinya...di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.
  • Pemain bolasepak negara akan pulang dengan pesawat khas (Air Asia) setelah tamat permainan malam ini dengan kelulusan kabinet kerana perlawanan dengan Syria di Bukit Jalil malam esok.
  • Tekanan memuncak mula menghimpit Indonesia yang perlu meraih emas bola sepak bagi melengkapkan status juara keseluruhan temasya edisi ke-26 ini. Penyerang Indonesia, Titus Bonai memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukan bahawa Malaysia adalah pasukan yang amat berbahaya dan harus dikawal ketat apabila kedua-duanya bertemu dalam penentuan pingat emas, hari ini.

Imej Indonesia juga tercalar teruk kerana mutu pengadilan yang berat sebelah. Ditambah pula dengan isu ribuan sukarelawan Sea Games di Palembang dipecat tanpa sebab munasabah dengan menggunakan khdimat sms sahaja. Sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa dan pelajar dikatakan pemalas dan telah diberi amaran, namun mereka tidak mengendahkannya lalu menyebabkan mereka dipecat. Relawan yang tidak berpuas hati telah membuat demo di depan pejabat INASOC, Palembang. Demo tersebut dijangka akan berterusan lagi sehingga ke hari ini.
Ong Kim Swee - Hanya mampu bersabar dgn karenah Indonesia
Apapun yang nyata ialah Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun dan majoritinya beragama Islam. Menang dan kalah adalah adat pertandingan. Janganlah ada sifat untuk menghina sesama sendiri hanya kerana pertandingan  ini. Insyaallah, aku akan ingatkan kepada diri aku sendiri juga,.

# Buat undian disini sebelum jam 8.30 malam:  Malaysia vs Indonesia (final)
Ranking: 5

Comments (28)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
burung punguk diatas para
mengurat pasangan sama baya
Ong Kim Swee jurulatih Negara
Panjang akalnya banyak helahnya

Yang penting kita semua turut berbangga prestasi cemerlang skuad negara menang bergaya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
teknik penyaduran chrome electro

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
nasib menyebelahi kita kali ni
tahniah kepada kedua pasukan kerana bermain dengan cukup bagus
My recent post Penjaring Gol Malaysia Di Sukan SEA 2011
1 reply · active 697 weeks ago
betul bro...
tetapi yang main lagi bagus biasanya akan menang...he3x!!!
bagus. fakta menarik ni. tapi yang penting, kita sudah menang. yehh!!
My recent post Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!
1 reply · active 697 weeks ago
Yeaaa...betul tu bro...yg penting menang.. :D
aku tengok tadi kat kedai...2 table penyokong indonesia...yg lain malysia...kesian pun ada ngan dorang.haha...
My recent post Sukan SEA 2011 - Selamat Berjaya Skuad Bola Sepak Malaysia!
1 reply · active 697 weeks ago
Kompom meriah gile kat kedai tu...tahniah wat mesia...cuba lagi buat Indonesia... :)
Gile best entri ko ni. sampai ayat terakhir aku baca. Mmg lenkap . mana ko dapat maklumat ni?? hahaha hebat2.. Memang penuh debaran ni. Malaysia pon kena berhati2.,. MCm2 boleh jadi.. Harap menang lah :D
My recent post Heading Tags SEO
1 reply · active 697 weeks ago
Iskk. ....ko org petamo yg puji ni bro... :D
aku kutip merata2...pagi tadi sempat gak buat research sikit....)
Kalau seboleh mahukan keliauan pingat emas. Walaupun kita kalah sekali pun kita tetap menang dari segi mental kerana menerima provokasi yang hebat dari penyongkong fanatik Indonesia. Bayangkan pergi dan balik dari Stadium dari Bung Karno perlu naik Barracuda.

Skuad Harimau Muda perlu menghukum skuad Garuda Muda dengan memenangi pingat emas.
My recent post Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011
3 replies · active 697 weeks ago
Yeaa...doa kita dah dimakbulkan...hajat kita juga sudah tertunai....harap2 kita dpt kekalkan momentum ni masa lawan syria nanti.
mmg fakta yg terbaik!

pelbagai isu lagi termasuk wartwan tak dibenar masuk, bendera tak cukup sifat...

mmg kadang2 mencabar emosi dan kesabaran pemain, pegawai dan juga kita rakyat malaysia

tp, ingat kita ni serumpun, apatah lagi seagama...kita lupakan sengketa dan bermainlah dgn penuh semangat sukan dan serumpun :D
My recent post ‘Barracuda’ vs Garuda
Alhamdulillah...semua cabaran dan dugaan tu akhirnya memberika keputusan yang cukup menggembirakan hati peminat di Malaysia... :)
da nak abih da aeh..apa pun..harapkan yang terbaik dari skuad muda malaysia..
My recent post Ipad2 sebagai Hantaran kawin pada 20/11/2011
1 reply · active 697 weeks ago
Da abeh daaa..... :)
insyallah klau ad ausaha dan doa kita pasti berjaya.menang kalag ada satu permainankan heee..yg penting mencuba
My recent post Moon Snails
1 reply · active 697 weeks ago
Yup...kat mana dan buat apa2 sekalipun usaha tu no 1...
oj malaysia kemenanganmu kami tunggu.
My recent post Moon Snails
1 reply · active 697 weeks ago
yang ditunggu dah tiba... :)
apa pendapat ko bro ..game mlm ni ?

Bergambar dgn SEARCH .http://gilamodified.blogspot.com/2011/11/akuisteriku-dan-search.html
1 reply · active 697 weeks ago
Sori bro, lambat lak aku reply.....alhamdulillah dah menang pun... :)
salam kenal
My recent post SUPPORTER TIMNAS INDONESIA
1 reply · active 697 weeks ago
Salam kenal juga bro waloetz... :D
salam kenal, saya dari Indonesia.
siapapun yang menang adlah tim yg terbaik..
salam damai..
2 replies · active 697 weeks ago
Salam kenal juga dari aku Yastro...setuju juga dengan kenyataan kamu itu.
Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Salam kenal dr aku, yastro.
serumpun itu penting ya
My recent post Moon Snails
Saudara Yastro,

Saya juga merasa teruja menanti hari esok untuk menonton perlawanan akhir ini. Apapun saya harap pemain2 tidak merasa tertekan dengan sokongan penonton tuan rumah.

Semoga berjaya skuad bolasepak negara.
1 reply · active 697 weeks ago
Insyaallah Pak Mail...seluruh rakyat malaysia pasti akan menyokong skuad B23 kita nih.
Harap2 kita beroleh kejayaan... :D

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved