Alhamdulillah, Chong Wei berjaya melepasi cabaran dari Taufik Hidayat 21-9, 21-18, di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2012 semalam. Set kedua yang aku rasa agak saspen sikit...
Turut mara ke separuh akhir ialah beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang mengalahkan Danny Bawa Chrisnanta dan Yu Yan Vaneesa Neo dari Singapura 21-13, 14-21, 27-25.
Beregu negara yang mendapat ranking ke-11 dunia itu akan bertemu beregu nombor satu Zhang Nan dan Zhao Yunlei dari China dalam peringkat separuh akhir hari ini.- Gamaknya ada peluang tak nih?
Sementara itu beregu wanita pula, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei memperoleh kemenangan percuma ke atas gandingan China Yixin Bao/Zhang Qianxin apabila lawan mereka menarik diri akibat kecederaan selepas mendahului 14-21, 4-9. Jadi hari ni akan ada 3 wakil dari negara kita untuk meneruskan cabaran di Kejohanan Terbuka Siri Malaysia 2012.
- Dapat lepas 1 wakil negara ke peringkat Sepruh Akhir pun dah cukup la....:), tapi kalau ketiga2 dapat pergi ke Separuh Akhir...hehehe...lagi bagusss!!!!
-[Update Final Terbuka Malaysia 2012]