Kisah Pelajar Cemerlang vs Pelajar Berubah

on 09 Januari 2012

Kisah Pelajar Cemerlang vs Pelajar Berubah
Minggu lepas aku ada buat entri bergambar dan video mengenai seorang pelajar yang pernah cemerlang dan dikatakan berubah bila di luar negara. Biarpun ada perbezaan pendapat dari rakan blogger dan juga rakan2 lain, aku cuma memerhatikan sahaja semua  komen tersebut. Biasa la tu, dalam hidup pasti akan ada pro dan kontra...pasti ada yang suka dan ada yang tak suka. Jadi terpulang la pada pandangan masing-masing.

Tetapi sebenarnya bagi aku, seorang pelajar yang pernah menjadi ikon dan idola kepada pelajar yang lain seharusnya menitik beratkan imej diri. Seorang ikon walaupun dia mengatakan dia bukanlah seorang ikon tetap menjadi perhatian ramai. Segala tindak tanduk pasti diperhatikan. Bagi pelajar lain pula yang bukan ikon, mesti la bab2 perubahan dan juga imej ini hanya dia dan kawan2 dia yang perhatikan. Soal kawan dia nak tegur atau tidak terpulang la kan. Jadi suka atau tidak ini lah dia kehidupan. Jagalah nama baik anda ketika anda sememangnya dikenali ramai. Apatah lagi kiranya anda satu ketika dahulu berimej bersih.

Okeh...sebenarnya aku bukan nak cerita pasal bab tu. Aku nak cerita sikit pasal kisah pelajar yang cemerlang akedemiknya tetapi tetap cemerlang juga agamanya. Inilah ikutan dan idola yang sepatutnya dicontohi oleh para pelajar. Perkara yang baik harus diikuti dan diteladani. Kisah beliau ini aku petik dari blog rakan aku iaitu Adanaberkat. [sila klik link tersebut] Korang boleh tengok selanjutnya dari blog beliau dan sumber asal yang beliau dapat. Aku cuma share sedikit kisah pelajar ni. Semoga menjadi satu kisah dan tauladan yang baik untuk dicontohi pelajar yang lain. Apapun nak berubah atau tidak, tepuk dada tanyalah selera...

pelajar cemerlang
SPM 2006 Siti Fatimah, cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
siti fatimah pelajar contoh akademik dan agama
Membaca Alquran,bertadarus satu kebiasaan bagi beliau dan rakan2.
Sedikit info:
1. Anak Kelantan yang menduduki tempat pertama dalam SPM 2006 (Malaysia), dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
2. Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran
3. Seandainya entri aku ini mengguris hati dan perasaan sesetengah pihak, aku minta maaf bebanyak. Semoga para pelajar Malaysia diluar negara dan juga didalam negara kita akan menjadi contoh kepada nagara2 Islam dan bukan Islam yang lain sebagai pelajar yang cemerlang akademik juga cemerlang akhlaknya. Aminnn.
Ranking: 5

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
BABAMELAKA's avatar

BABAMELAKA · 689 weeks ago

CONTOH TERBAIK UTK DIJADIKAN TAULADAN..mengenal erti susah payah ibubapa dan berusaha menjaga maruah agama, bangsa dan keluarga..maka selagi ingat kita kpd YANG MENCIPTA..maka selamatlah..barang harus diingat ada mata-mata kafir yg sentiasa cuba menjerumuskan insanx spt ini spt apa yg tlh kita maklumi telah pun terjadi...SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PEMELIHARA..MAHA PELINDUNG..MAHA GAGAH..SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH.
1 reply · active 689 weeks ago
Betul tu bro...contoh yg mmg patut jadi ikutan tuk semua pelajar...insyaallah.
Alhamdulillah macam ni yang kita nakkkk.... cemerlang pelajarannya cemerlang juga akhlaknya.... sejuk perut mak dia mengandung....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip tersalah isi minyak kereta
seperti ada seorang ustaz..chii lupa namanya..3 perkara harus seiring..insya Allah baru cemerlang dunia akhirat...
Agama
akademik
akhlak
My recent post Tahniah & Terima Kasih
kan baguih klu cemerlang kedua2 nya kan
hehe..perbandingan yang berbeza. Susah nak bandingkan diorang nih..
My recent post Update Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
contoh nie yang perlu diikuti tak peubah langsung kekadang peubahan salah diri sendiri sbb terikut2 yang ada kat luar. bila dah terikut2 susah nak patah balik kecuali ngan usaha sendiri sedar dri kesalahan untuk patah balik.
My recent post Tekena Infection
Semuanya bergantung pada individu tu sendiri jugak akhirnya. Nak salahkan ibu bapa pun tak boleh, sebab semua dah boleh berfikir sendiri,.. cuma kesian kat ibubapa jelah kena tanggung dosa anak2 yang masih bawah jagaan diorang.
My recent post Kekerapan Blog Yang Ideal?
ini contoh yg baik dan sepatutnya menjadi contoh pd pelajar2 yg lain.
ada yang senang berubah
ada yang payah nak berubah
semuanya untuk orang2 yang mahu berfikir
ambil yang baik2 je
yang buruk tolak tepi
My recent post Yang Mana Satu

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved