Pemohon BR1M [Rm500] Yang Gagal Akan DiSemak

on 07 Februari 2012

permohonan-rayuan-BR1M

Hari ni, berita Kosmo ada menyatakan tentang status permohonan/pemohon BR1M rm 500 yang gagal akan disemak semula oleh kerajaan. Pada aku bagus juga la tu, sekurang-kurangnya ianya dapat memastikan tiada pemohon yang layak untuk mendapat bantuan ini tertinggal.

Namun begitu syaratnya ialah pemohon tersebut mestilah menghantar borang rayuan untuk memohon semula BR1M rm500 itu. Nampaknya bagi yang tak layak, mereka perlu kemukakan sekali lagi borang rayuan kepada pihak terbabit. Kene buat kerja sekali lagi la nampaknya.

Bagi yang masih belum mengetahui status permohonan mereka, aku rasa mereka boleh berbuat demikian di kaunter BR1M yang telah disediakan oleh kerajaan, diseluruh negara. Talian/toll free yang disediakan pula mendapat rungutan dari orang ramai berikutan talian tersebut tidak wujud. harap mereka [pihak berkenaan]  ambil perhatian. Aku terpaksa delete nombor talian tu sebab ada reader diblog ni komen yang nombor tu tak ada. Camne tu? Padehal nombor tu dah diwar2kan dalam paper lak tu?

Permohonan gagal BR1M disemak

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan menyemak semula borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pemohon yang mengemukakan rayuan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, semakan itu bertujuan memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai sekali bayar sebanyak RM500 itu.
"Sebanyak 900,000 permohonan tidak dapat kelulusan kerana kesalahan teknikal seperti gagal kemuka borang permohonan lengkap dan ada juga yang ditolak kerana proses awal mendapati pemohon tidak layak.
"Bagaimanapun kita akan semak setiap permohonan ini dengan syarat pemohon terbabit mengemukakan rayuan kepada kementerian Kewangan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Pemberian BR1M diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu membabitkan pengagihan wang tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.



# Download borang rayuan BR1M


Incoming Search:
bantuan rakyat 1malaysia 2.0
pendaftaran online br1m
daftar online br1m
bantuan rakyat 1 malaysia individu bujang
borang daftar online bantuan rakyat 1 malaysia
borang permohonan bantuan rakyat 1 malaysia
br1m 2.0 pendaftaran online
Ranking: 5

Comments (22)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
900K? byk gak tu..tp di antara kenalan mak chii yg da dpt surat mengatakan dia x layak..
My recent post Menghadapi Kebingungan dan Kegelisahan
1 reply · active 684 weeks ago
Mcm tu kena pi anto borang balik tu Chii...lambat kalu abih laaa....
My recent post Removal Duplicate Title Tags -
eeemmmm mmg banyak lagi yang tak dapat... tapi kerajaan dah umumkan kalau nak jugak buat rayuan semula... mana tau nasib ada rezeki lepas tu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Luka rawatan pada haiwan

My recent post Luka & Rawatan Asas Haiwan
1 reply · active 685 weeks ago
Tu laa...ader juga yg kata derang patut dapat...tp disebabkan masaalah dr pihak berkenaan drang x dapat...hrp2 mereka tu boleh hantar sekali lagi borang rayuan...
My recent post Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
yang belum dapat tu kena la banyak sabar
kalau ada rezeki, tak ke mana duit tu
1 reply · active 685 weeks ago
Sabar tu separuh dari iman...insyaallah.. :)
My recent post Wordless Wednesday - Ugutan Tak Rasmi
900K banyaknya,,,,jenuh giler nak disemak! Harap2 pasnie takde lagi ada masalah teknikal kang kecewa hati rakyat.
My recent post Asteroid Paling Hampir Dengan Bumi
1 reply · active 685 weeks ago
Tu la Bie...900K tu satu jumlah yg beso jugak....jenuh gak nk review balik klau sumer hanto borang rayuan tu
My recent post Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
Saya pun kurang pasti bagaimana borang permohonan BR1M ini disemak kerana maklumat yang ditulis tidak sama dengan alasan yang ditolak. Contoh adik ipar saya ditolak permohonan kerana sudah berkahwin padahal statusnya bujang.
My recent post Cucur Kodok pengikat kasih
1 reply · active 685 weeks ago
Pulak dah...sbb tu mcm bro Affan kata, depa kena check betul2....biasanya sumer data tu ada kat LHDN...tp aku x heran gak klau ade kesilapan mcm tu...adik ipar bro kena check lagi la ngan pihak2 berkenaan.
My recent post Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
Baguslah diberi peluang untuk merayu, harap kerajaan review betul2lah. Kesian pulak kalau tak dpt bg yg layak
My recent post Rancangan Untuk Snowboarding
1 reply · active 685 weeks ago
Tu la bro...ader juga komen reader yg ngadu pasai mende nih....tp tu la...kita pun x leh nk wat apa...setakat bagi info je laaa...
My recent post Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
Koi nunggu2 juge ni.Ape cerite gamoknye....
My recent post Jalan Jalan Petang
1 reply · active 685 weeks ago
Bagi yang berkenaan, buatlah rayuan secepat mungkin.
1 reply · active 685 weeks ago
Yup...sebelum tu isi borang rayuan tu dulu... :D
My recent post Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
biasa la tu.. mmg ramai yg mohon... tercicir tu biasa la... :D
My recent post Kpd NURUL AZLY, sila isi Borang Pengesahan Pakej….
1 reply · active 685 weeks ago
Hehehe...mana ada perkara yg benar2 sempurna kt dalam dunia ni kan bro... :)
My recent post Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
banyak tuh 900k.. atehhh... jangan di bior nanti
rakyat Msia kecewa dan dapat heart feeling.. hik3

insyaAllah.. mudah2an semuanya baik. Sabar2 jerlah pd yang menunggu.. pasti ada buahnya
My recent post Kucing Teacup dan Dollface - Tengah usha nih
1 reply · active 685 weeks ago
Hehehe...betul tu sis...kang ader lak yg "merajuk"...sape syusah? gomen gakkk yang syusah... :)
My recent post Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]
900 ribu tu banyak jugak yang tercicir, memang kena semak semula la nanti orang kecewa dan rasa tak adil
My recent post Noraini Boleh Cakap Korea dan Mandarin Lepas Kemalangan
1 reply · active 685 weeks ago
Kalau kecewa...pasti ada yg kena nanti...hehehe
My recent post Festival Lantern di China - Meriah dan Berwarna Warni

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved