Cara Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 RM500[UPDATE]

on 11 Disember 2011

Cara Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0  RM500[UPDATE]
kredit to Kosmo

10 Disember yang lalu, kerajaan telah membuka kaunter untuk rakyat untuk dapatkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500. Bagaimana pun ada syarat dan kelayakan untuk dapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia tersebut. Di bawah ni aku cuba senaraikan beberapa fakta mengenai cara untuk dapatkan BR1M tersebut.

  • Borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang. Borang pendaftaran diedar percuma di 862 kaunter seluruh negara termasuk 415 sekolah terpilih dan pemohon boleh memuat turunnya dari laman web Kementerian Kewangan. 
  • Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan peruntukan RM2.6 bilion. Setiap ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana manakala bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
  • Semua isteri yang dimadukan suami layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini. Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak membuat permohonan bantuan itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak. Bagaimanapun, dalam kes ini, suami itu sendiri serta isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidak layak memohon.“Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing,” katanya.
  • Golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tetapi layak kerana berpendapatan isi rumah kurang RM3,000, boleh memohon berdasarkan pengisytiharan diri dalam borang itu. Semua permohonan akan diproses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana agensi kerajaan itu mempunyai maklumat dan data lengkap bagi membantu kerajaan menilai kelayakan setiap penerima bantuan.
  • Warga tua sebatang kara, ahli keluarga berdaftar eKasih layak terima BR1M. Warga tua hidup sebatang kara dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, yang akan dibayar mulai pertengahan bulan depan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang tergolong dalam kategori tidak mempunyai slip gaji ini hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran BR1M yang diedarkan mulai semalam di lebih 800 sekolah dan lokasi terpilih di seluruh negara.
  • eKasih adalah sistem pengkalan data keluarga miskin dengan mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan bandar iaitu kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah. Data dan maklumat dalam eKasih berasaskan Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) dijalankan Jabatan Perangkaan dan kemudian disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
  • “Walaupun pangkalan data kerajaan menunjukkan 5.2 juta atau 79.5 peratus isi rumah negara ini sahaja yang layak, kerajaan mungkin akan menambah peruntukan jika perangkaan sebenar menunjukkan jumlah penerima manfaat adalah lebih ramai,” 
  • Pemohon perlu mendaftar secara jujur dan ikhlas. Kerajaan pasti akan menyemak, sekiranya didapati laporan itu tidak betul dan pemohon terbabit menerima bantuan RM500, maka kerajaan boleh mengambil tindakan.
  • Setiap permohonan akan diperiksa oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi untuk bayaran pada pertengahan bulan depan.
  • Ada pihak cuba mengaut untung daripada program pemberian wang tunai RM500 kepada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah di Pulau Pinang dengan menjual borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada harga RM50, sedangkan ia adalah percuma. POLIS sedang memantau aktiviti penjualan borang BR1M dengan pesalah boleh didakwa atas cubaan menipu.
  • Selain itu, kerajaan juga mengumumkan pemberian RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Tidak ketinggalan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh aku memang tak layak untuk dapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Korang lak camne? Bagi aku yang tak dapat ni, takpe... tak de isu sangat laa.. cuma aku harap bantuan ini betul2 dapat membantu golongan yang memerlukan. Sekurang2nya memberi sedikit kelegaan kepada mereka bila masuk musim buka sekolah ni nanti. Errr korang dah check ke daftar pemilih untuk PRU nanti??





1. Update: Tarikh Tutup serahan borang ini telah dilanjutkan sehingga ke 10 Febuary 2012. 


2. Update: Tarikh bayaran Bantuan 1 Malaysia Rm500.[klik sini]


3. Dapatkan Borang Rayuan BR1M [klik sini]


4. Senarai Kaunter BR1M diseluruh Malaysia [klik sini]

5. Download Borang BR1M 2.0 [LINK[


# Mohon bantuan anda semua support saya dalam contest "PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAH"- Cuma klik ke link itu sahaja, sebelum 31/01/2012. Terima kasih, bantuan anda semua sangat saya hargai.

Cara Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0  RM500[UPDATE]
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5

Comments (55)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Boleh ke Form ni dhantar secara online?
1 reply · active 646 weeks ago
boleh kak miim...tp biasanya susah sikit nk lepas....paling mudah hantar manual je kat lhdn
MCM NE NK MNTK BORANG BNTUAN..MASIH BUKA LG KER
:)
3 replies · active 679 weeks ago
Setakat yang saya tahu, dah tutup rasanya...tapi boleh cuba tanya pada kaunter2 LHDN yg berdekatan sbb borang rayuan masih dibuka sampai hujung bulan ni.
rosina buji's avatar

rosina buji · 679 weeks ago

i have not yet get the money 1 malaysia, it is still open to take the form? i am staying at jalan Melati Utama setapak, Kuala Lumpur.
Saya tak pasti samaada form tu masih dibuka untuk yg belum memohon...ttp utk rayuan mmg masih dibuka...kalau nk lebih kepastian rosina boleh terus berhubung dgn cawangan LHDN terdekat...
i nvr get my money la... but i applied edy
1 reply · active 682 weeks ago
Derang tak ada reply ke? [biasanya klau tak de reply, dapat bantuan nih] Juga boleh check dekat kaunter LHDN...tak pe jgn segan dan malu....
simone lee's avatar

simone lee · 686 weeks ago

macam mana dapat tahu, saya sudah dapat? di manakah webside dapat check?
1 reply · active 686 weeks ago
Senang jer...paling senang en Simone lee pegi ke pajabat LHDN yg terdekat...selalunya ada kaunter khas untuk BR1M nih...boleh refer dgn derang. Dulu sy ada letak toll free...tp no tu x de lak dlm talian.
My recent post GAMBAR DUNIA AKHIR ZAMAN - MANIPULASI 3D
saya baru tahu mengenai br1m nie ... boleh hantar borang lagi ke...???
1 reply · active 690 weeks ago
Setahu saya dah tutup dah .....tapi en boleh cuba pergi ke mana2 kaunter tertamanya di LHDN untuk mengesahkan perkara tersebut....thx.
lai gui kiaw's avatar

lai gui kiaw · 693 weeks ago

so good
<3
1 reply · active 693 weeks ago
kalo di Subang jaya USJ??nak dapatkan borg ni dimana ye???
1 reply · active 694 weeks ago
Subang Jaya sy x perasan sgt...tp kt Shah Alam kat lobi PlazaPerangsang (Hotel Quality) jerr...kt Puchong pun ada LHDN...
nak hantar dimana borg ni??
1 reply · active 694 weeks ago
Hantar di pejabat LHDN yg berdekatan
mcm mane nk dapat kn bantuan ye....tnggungan kami xmncukupi...
1 reply · active 694 weeks ago
En Iman boleh pergi ke pejabat LHDn yg berdekatan dgn membawa salinan slip gaji terkini dan ic...thx :)
Jackie Kan's avatar

Jackie Kan · 699 weeks ago

Bagi seorang berpencen ( bekas guru) yang single dan pencennya kurang daripada RM3,000, layakkah dia menerima BR1M RM500.00? Terima kasih
1 reply · active 699 weeks ago
Saya bukanlah org LHDN, Melalui informasi yang saya ada setahu sayaen Jackie Kan layak...yang penting ada dan pernah buka akaun di LHDN.
melayu yg banyak ambik benda nie,
nampak sangat melayu semakin ketinggalan
lalalala
1 reply · active 699 weeks ago
Opssss.....nak buat camne bro kalau ini lah hakikat yg sebenarnya.... :(
semua yg layak dpt...jd jgn xmemohon...termasuklah kwn sy yg cakap ini rasuh politik, tp dia la org pertama yg memohon...hehe
My recent post Sultan Kedah Yang di-Pertuan Agong ke-14
1 reply · active 699 weeks ago
Insyaallah...

hehehe...kawan tu kata rasuah politik ekk?? tapi amik jugak...hehehe..x malu betul laaa...dr segi hukum pun

bahaya tu sbb dia sendiri yg cakap mende tu rasuah....tapi...

Biasa la tu bro...bila bab2 rm ni, semua laju jerr....sama je ngan kwn2 yg kat tempat keje aku nih... :D
ha..balik kg dah dapat borang ni heee..blh siap2 utk bli brg ank pada masa hdpan :)
1 reply · active 699 weeks ago
Waaa...dapat save bajet tu nanti... :D
dptkan on line blh juga ya
1 reply · active 699 weeks ago
boleh suri...
Semoga semua yang memohon jujur dan disemak dengan jujur agar semua yang layak mendapat bantuan tersebut. Kita yang tak layak ni, mungkin boleh bantu war-warkan agar semua yang berhak itu layak mendapatkannya.
My recent post Gerhana Bulan di R&R Ayer Keroh
1 reply · active 699 weeks ago
Betul tu Kak Long...masih ramai lagi yg memerlukannya...biar la jujur dgn diri sendiri...itu yg lebih baik. Semoga bantuan ni sampai ke pihak yg sepatutnya....
huhu..bila tengok balik. Macam tak layak aje..grr..
My recent post Komisen ke 29 dari Paid-to-Promote.net
eeemmmm sekurang-kurangnya ada lahh sikit wang tambahan... untuk anak sekolah... harap biarlah jujur istiharkan diri... jangan ambil kesempatan atas bantuan tersebut...

uiihhh ada gak yang kata kerajaan nak dapatkan maklumat isirumah punya pendapatan... dan nak suruh orang ramai daftar LHDN...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
pemasangan ladam kuda

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
1 reply · active 699 weeks ago
Kejujuran lambang keperibadian seseorang...

Hmmmm...macam2 la "radio karat" dok berbunyi....mulut org, nak tutup x leh...biarkan je laa...
Siap jual borang RM50.00 tu.. mmg tak patut lah diaorg nie.....
eh......emak saya ibu tunggal.. boleh mohon ke tak ya... :D
My recent post Petua menegangkan payudara atau buah dada
1 reply · active 699 weeks ago
Rasanya boleh kot...puak2 yg jual borang tu mmg jenis mata duitan la tu kot...dh mcm pilem p romlee...asal barang jadi duit....diharap tiada yg tertipu....
xlayak tuk mintak :(

sebab xde tanggungan lagi..
My recent post Manfaat Positif Berwuduk
1 reply · active 699 weeks ago
Hehehe....x pe laa...masih ramai lagi yg memerlukannya tu....

insyaallah lain kali dapat la kot... :D
Apa pendapat korang semua?
Keadaannya aku ada anak 7 orang. Semuanya bersekolah pada tahun depan. Gaji aku RM3010.20. Bayangkan perbelanjaan persekolahan yang aku kena keluarkan nanti untuk darjah 1 sampai tingkatan 4.
Kawan aku gajinya RM 2900 ++. Anak sekolah 1 orang dan belum sekolah 1 orang. Dia akan dapat Rm500.

Pening...pening....!
5 replies · active 699 weeks ago
hai Dzuan... rezeki Allah tiada siapa yg tau.. 7 org rezeki yang akan di berikan
pada amu kemudian hari.. insyaAllah.. Jgn mengeluh sebaliknya berdoa terus
agar di permudahkan segala urusan dan di lapangkan rezekinya.. Aminnnnn

Sorry yer brother Yas.. aku tulun jawabkan plak.. hik3... sorry yer Dzuan.. sekadar
pandangan
My recent post Bulan penuh hari kedua 11 December 2011
Aku juga setuju dgn pandangan bro akubiomed tu...Buat bro Dzuan,
susah sekarang biar lah kita tanggung dahulu...insyaallah senangnya akan dtg dikemudian hari nanti...

Isu yg bro Dzuan katakan ni ada dihighlight oleh Harakah Daily...
Tak tau la camne keputusan kerajaan...nak puaskan hati semua pihak mungkin tak boleh..seakan satu perkara yg mustahil...tp aku percaya, bro Dzuan dh alami isu ini bertahun2 sebelum skim bantuan rakyat ini keluar....aku pasti bro Dzuan mampu uruskan.Insyaallah.

Aku juga bukan dr kalangan org yg kaya...gaji pokok aku pun belum sampai rm3,000...tapi bila kerajaan kata "RM3,000 kasar" maknanya aku tak akan dapat sbb ot,elaun tiap2 bulan aku pasti melebihi garisan tu.
aikkk.. apa ke nama brother Biomed plak masyuk... tukar2 brother..
My recent post Bulan penuh hari kedua 11 December 2011
Ohhh...silap....sis nurmisnan ropenya ehhh!!!
Okeh pe akubiomed...tarak hal punya...sbb tu aku pasang I/D ni...mana tau aku x sempat nk jawab, ada kwn2 lain yg tolong jawabkan...terima kasih bro akubiomed.
sedikit usaha kerajaan membantu rakyat. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya bantuan dapat diberikan kepada mereka yang layak.

Saya tak layak :)
My recent post Entri ke-100
1 reply · active 699 weeks ago
Betul bro...diharapkan dpt meringankan sedikit beban bg golongan yg benar2 memerlukannya.

#Kita serupa bro.... :D
mak aku pun tumpang sibuk nak ambil borang tadi
hehe
My recent post Pantun Balik Kerja
1 reply · active 699 weeks ago
Rasanya boleh dapat tu...insyaallah...
nak cuba nasib ni...tapi betul ke ini untuk mereka2 yang membayar cukai pendapatan saja...
1 reply · active 699 weeks ago
Kalau nak diikutkan...mmg itu antara satu syarat utama..... :D
Adik ipar saya mengadu ada pihak minta beliau bayar RM2 untuk mendapatkan borang BR1M walaupun sebenarnya adalah percuma. :-(
My recent post Merakam gambar gerhana bulan 10 Dis 2011
1 reply · active 699 weeks ago
Hmm...biasa mende2 nih...ade je yg nak ambik kesempatan diatas kesusahan org lain...
As salam,terima kasih diatas info tersebut..byk gaji ko bro..aku layak bolehlah tampong lompang sikit2..
1 reply · active 699 weeks ago
Dia kira gaji kasar bro...jadi aku mmg tak layak la tak kira la bape rm gaji bersih yg aku dpt...

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved