GP KAROM KEBANGSAAN 2012 - UM, 3rd Round

on 02 April 2012

Jejaka Malaya yg paling hangitt!!
Semalam, acara bergu untuk Kejohanan GP Karom Kebangsaan telah dijalankan di Universiti Malaya. Mewakili Malaya Carrom Team, 9 pasangan bergu telah dihantar untuk bertanding disana. Seawal jam 7.30 pagi kemi telah mula berkumpul dan bersarapan di Megah Seafood sementara menunggu kedatangan ahli yang lain. Aku, cam biasa minum air nescafe je...tak lalu aku nak makan pepagi. Dah jadi tabiat aku sejak dulu lagi. Kalau makan jugak, siapppp...toilet la jawabnya.

Jam 8.30 pagi kami semua mula berkonvoi kesana. Aku dapati peserta agak kurang berbanding terbuka biasa yang selalu dibuat. Mungkin yuran penyertaan yang agak tinggi (tak le tinngi mana pun) dan juga syarat2 dari penganjur mengurangkan jumlah peserta. Bagaimanapun, usaha penganjur [PKNS] untuk mempertabatkan dan mempromosikan sukan ini harus dipuji. Satu langkah baru yang baik buat semua..

Okeh, firstky tahniah aku nak ucapkan kepada kumpulan "Jarum Mas" yang telah menjuarai kategori bergu yang diadakan semalam. Satu permainan menarik dan menghiburkan buat semua penonton. Tahniah juga aku ucapkan kepada team "G9-Proton" (kelab rasmi carrom Proton) kerana menjadi naib juara dan tempat ke 4. Juga kepada team aku sendiri [MCT] iaitu wak Zamri dan "sochai" kerana mendapat tempat ke 3. Terbaik dari Malaya Carrom Team!!

Bagi aku pula, mungkin kali ni agak kurang bernasib baik kerana hanya tewas di penentuan juara kumpulan kepada team presiden kelab Karom PKNS, en Hussein. Selangkah sahaja lagi nak dapat imbuhan dan setapak sahaja lagi untuk mendapat tempat di GP Karom nih. Apa pun, aku dan rakan aku [Fadzli] dah berusaha yang terbaik. Satu prestasi/pencapaian terbaik setakat ni bagi aku dan rakan aku tu.

Okey, maleh aku nak tulis bebanyak dah. Jom layan gambar2 "lelaki kacak" yang bertarung semalam di Kejohanan Karom GP Kebangsaan 2012 anjuran PKNS. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.
SERAMAI kira-kira 300 pemain dari seluruh Semenanjung mengambil bahagian pada Kejohanan GP Karom 2012 Sirkit Kebangsaan ketiga selama dua hari di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, bermula semalam. 
Kejohanan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang julung kali diadakan itu bertujuan memilih empat wakil bagi setiap kategori perseorangan dan beregu untuk bersaing pada Grand Final di SACC Mall, Shah Alam, 6 dan 7 Oktober depan. Pengerusi Kejohanan, Mohamad Surur Ahmad Thayar berkata, kejohanan yang dibahagikan kepada zon utara, tengah, timur dan selatan itu bertujuan mewujudkan satu kejohanan rasmi karom bagi peringkat kebangsaan, selain peluang pemain mengetengahkan bakat mereka.
“Ini usaha awal kami untuk menaikkan martabat sukan karom di negara ini dan bercadang menubuhkan persatuan di peringkat kebangsaan yang mempunyai ahli gabungan sendiri,” katanya ketika ditemui pada kejohanan Sirkit Kuala Lumpur, semalam. Kejohanan GP Karom 2012 Sirkit Kebangsaan itu dianjurkan mengikut format dan peraturan permainan tempatan yang lebih popular serta banyak digunakan di negara ini berbanding format permainan antarabangsa. 
Pada setiap sirkit, empat pemenang setiap kategori akan layak bertanding di Grand Final. Sirkit berikutnya akan diadakan di Negeri Sembilan (5 dan 6 Mei), diikuti Pahang (23 dan 24 Jun) dan Johor (29 dan 30 September) sebelum saingan Grand Final. Sementara itu, Wahab Mohamad dari pasukan Bata Merah, Pulau Pinang muncul juara perseorangan untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan layak beraksi di Grand Final, diikuti Md Yusup Abu Hashim dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mamat Ismail (PROTON) dan Azhar Zakaria (Amanpura, Kedah). 
Acara akhir beregu berlangsung hari ini.[semalam] 

Kat depan Fakulti Pergigian UM
We Are Malaya Carrom Team!!!!
Daud dan panjang!!!
Rahim  dan Zam
Aku kalah kat team ni la...En Hussein dan rakannya -PKNS
Jejaka Malaya yg manchoss...he3x!!!

Rashid dan Ayu
Tengah tunggu lawan - Malaya vs Amanpura
Penentuan tempat ke 3- Jarum Mas vs Malaya

# "BAU" sori...gambau ko tengah main tak der dlm simpanan aku...nti aku up date kemudian okeh. Untuk info, Malaya Carrom Team juga adalah sebahagian dari staff Proton.
Ranking: 5

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
meriah gak tu...ramai yg join...gambo lelaki atas sekali tuh bekeng giler....haha...
My recent post 15 Binatang Yang Mempunyai Dua Kepala
fuh!!!
karom pun ada grand prix...
hebat, heheee
My recent post Gambar Sekitar Petronas Malaysia Grand Prix 2012
2 replies · active 677 weeks ago
Adaaaa...baru je tahun ni PKNS anjurkan...harap2 berterusan ditaun2 akan datang
My recent post SENARAI NAMA RAKYAT MALAYSIA YG TERBUNUH DAN TERCEDERA - BOM DI THAILAND
beregu ker individu?..first time jgak dgr ade pertandingan ni..hehe
My recent post Rumah Baru
oohhhh beretap nampaknyerrr... mmg minat ko main kerom ni..... kali ni mmg napk langkah ko menjadi gak kan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
masalah starter solenoid kereta
1 reply · active 677 weeks ago
Mmg minat gak la bro...tu yg dok kayuh jerr...hehehe
Nampak makin maju tu, bro
Lain kali ada peluang tu boleh muncul juara
My recent post Dalam Kenangan | Mac 2012
1 reply · active 677 weeks ago
Klau ikut graf...ada naik sikit laaa....pelan2 kayuhhh.. :)
My recent post SENARAI NAMA RAKYAT MALAYSIA YG TERBUNUH DAN TERCEDERA - BOM DI THAILAND
Fuh, gambar pertama pose istimewa lelaki kacak. Bagus apa makan dengan pakej ke toilet. :-) Tanniahlah kepada bro bersemangat bersukan didalam permainan karom. Ada buah karom yang tercampak keluar tak? :-)
My recent post Batman Brazil wujud di Brazil bukan lawak April Fool
1 reply · active 677 weeks ago
He3x!!! Tokey blog mesti slalu maju kehadapann... :) ,
Mmg bagus bro pakej tu...tapi klau kat opis ngan rumah okey laa...kat luar agak bahaya sikit...kang jd huruhara jerr... :)

Buah karom tercampak kluar? Mesti ada punyaaa...he4x!!!
My recent post SENARAI NAMA RAKYAT MALAYSIA YG TERBUNUH DAN TERCEDERA - BOM DI THAILAND
tahnia weh
dapat melangkah sampai ketahap tu
kiranya deme ni otai karum la ni

tahniah sekali :)
My recent post 50 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh di Dunia
1 reply · active 677 weeks ago
Terima kasih bro...tahap koi pegi tu pun dh kire sesak napas dahh...otai tu dak le sangat sbb ramai lg otai2 kt semenanjung nih... :D
My recent post SENARAI NAMA RAKYAT MALAYSIA YG TERBUNUH DAN TERCEDERA - BOM DI THAILAND

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved