As salam semua, Ahad baru2 ni 23/10/2001 merupakan hari
Sukan 6 Penjuru Proton bagi semua anak syarikat Proton Holdings Berhad. Bertempat di Proton Tanjung Malim, semua wakil dari pelbagai department seperti Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PONSB), Proton Edar Sdn Bhd (PESB), Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB), Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB), Miyazu Malaysia Sdn Bhd dan Lotus Engineering Malaysia (MSB&LEM) dan juga Proton Holdings Berhad (PHB) telah hadir di Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim pada hari tersebut. Sebanyak 16 jenis acara sukan telah dipilih untuk dipertandingkan.
 |
Score board untuk pasukan yang terlibat |
Aku mewakili Proton Holdings Berhad, gabungan antara RND dan juga Corporate Com di acara kegemaran aku, carrom. Hanya seorang wakil dari Corporate Com yang dapat hadir dan menjadi wakil didalam acara ini, selebihnya adalah dari wakil RND yang juga merupakan ahli
Malaya Carrom Team.
 |
Pintu masuk Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim |
Seperti yang dijanjikan jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di padang Proton Shah Alam sebelum berangkat kesana dengan menaiki 4 buah kereta (bas disediakan,tapi kami lebih selesa dgn kereta sendiri) Alhamdulillah, semuanya okey dan kami bergerak dengan lancar tanpa sebarang masaalah. Tapi sebelum sampai ke destinasi, kami lepak sat kat gerai yg ditemui ditepi jalan di Tanjung Malim untuk bersarapan. Lepas pekena roti canai, kami meneruskan perjalanan kesana.
 |
PHB bertemu dengan POSB...view dari tempat carrom |
Bolasepak adalah game pertama yang memulakan acara, maklum la faktor masa dan cuaca akan menjadi salah satu faktor yang mendorong kemenangan atau kekalahan. Kene lak main tengah panas, pehh....memana yang dah otai2 tu kompom termengah2 nak kejar bola, silap2 boleh pengsan wooo....
 |
Dato Seri Syed Zainal membuat lawatan keatas peserta Carrom |
Sesambil tu, acara yang lain juga turut dijalankan serentak. Nasib baik Carrom diletakkan dibahagian atas sekali, tingkat 3 kompleks sukan tu. Angin menderu2 bak duduk ditepi pantai beb!...terasa macam sedang berkelah di
Bagan Lalang la plak...hehehe
 |
PHB punya Team Chess, baru 2 hari diwujudkan dan berjaya menjadi Naib Juara |
Bila bermulanya acara carrom, team aku PHB diundi bersama dengan team PONSB dan juga PTMSB, team kami menjadi naib juara kumpulan dan (kalah dengan PONSB dgn aggregat 3-2) bertemu dengan PPCSB yang menjadi juara kumpulan A. Kemudian apabila masuk ke akhir perlawanan, kami bertemu kembali dengan PONSB, alhamdulillah...kekalahan diperingkat kumpulan berjaya kami tebus dengan menewaskan mereka, juga dengan aggregat 3-2 ....sengit jugak, sampai ada la yang mengiggil tangan bila nak menjentik buah...Yang nyata kami adalah Juara Carrom di Sukan 6 Penjuru kali ini. Detik yang sangat manis kerana PONSB adalah gabungan pemain yang terbaik dari Proton.
Apapun korang layan je la gamba yang aku sediakan nih....tak lalu, rasanya nak tulis panjang2...Kang korang lak yang tak terlayan merapu aku nih...hehehe
 |
Medan Valleyball dan Takraw bertempur.... |
 |
Team JUARA, PHB berjaya mengalahkan Team PONSB utk menjadi Juara Carrom...yezzz |
#Err...Tahniah buat PONSB sbb berjaya menjadi Juara keseluruhan dan diekori rapat oleh PPCSB dengan perbezaan 2 mata sahaja. PHB?? Gamaknya no 4 je kut...hehehe
Ranking: 5
hafizmd · 686 weeks ago
kang aku singgah proton, kirenye lehla jumpe bro yer?
My recent post Oh! Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah Memang Best
Yastro 119p · 686 weeks ago
fikri · 697 weeks ago
Yastro 119p · 697 weeks ago
nizamghazi · 701 weeks ago
Lepas ni klu rasa nk try proton boleh refer dgn owner blog ni. :)
Event yang dianjurkan mmg betul2 nampak happening dan thumbs up(terbaik)
My recent post Minggu Unwell vs Time is Money
Yastro 119p · 701 weeks ago
My recent post Wordless Wednesday - Kenanganku @ Sabah Trip
APAN 106p · 701 weeks ago
My recent post Pauline Potter - Wanita Paling Berat Di Dunia
Yastro 119p · 701 weeks ago
nurmisnan 113p · 701 weeks ago
dulu2 masa darjah 2 aku champion dalam keluarga.. champion bantai
buah terabur jer... hik3....
My recent post Doa paling ringkas untuk penjaga harta dan keluarga sewaktu ketiadaan
Yastro 119p · 701 weeks ago
chii · 701 weeks ago
skali skala wat aktiviti macam ni..memang menarik. selain dapat mengeratkan antara semua..dpt juga melahirkan individu yang sihat..eheh..nak harap main sendiri..memng tak la kan :p
tahniah bro..menang dapat ape je
My recent post Buat Seorang Adik
Yastro 119p · 701 weeks ago
akubiomed · 701 weeks ago
Yastro 119p · 701 weeks ago
#Err...Kalau bro duk dekat2 ngan SA...leh lah kita buat friendly game...kelab styling,Proton vs kelab opis bro...amacam??
Yastro 119p · 701 weeks ago
setuju ngan ko...tiada atas tiada bawah...semua manusia sama je, mati kapan kain yg sama...gi mekah pun guna kain yg sama...hanya iman dan takwa je yg membezakannya...
My recent post Raudhah Dihatiku Tv9..Anjuran Masjid Al Falah USJ 9.
azli.afzainizam · 701 weeks ago
Dalam Acara Bola sepak kalah ngan Assembly Dept... Dalam acara Boling Kalah teruk ngan HR Dept.. acara indor game kalah ngan R&D Dept... Tapi semua kalah memanjang... Al maklum QA Dept ni team kecil ajerr... Sedihhhhhh...
Tapi masa tu mmg best gilerrr...
Bagi aku kalah menang adat bertanding..... semangat kesukanan mesti ada..... bagi aku sukan tu penting bukan untuk menang tapi merapatkan antara staff ngan vendor Staf dan HR Staf..
Itu yang paling penting... Masa tu tiada orang atas dan orang bawah... semua satu padang..
Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cari kereta terpakai proton perodua
My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator