Isu Guna Nama Allah

on 10 Januari 2013

Isu Guna Nama Allah
Teun Castelein

Salam semua
Isu Guna Nama Allah | Kebelakangan ini isu guna nama Allah menjadi pertikaian politik antara kerajaan dan juga pembangkang. Masing2 memberikan hak dan dalil2 tertentu untuk menyatakan kebenaran, kes ini juga menarik perhatian Sultan Selangor dengan mengarahkan MAIS bertindak.

Sebagai salah seorang rakyat, aku hanya mampu melihat permainan kedua2 belah parti ini. Tidak terniat untuk masuk campur, namun penggunaan kalimah "ALLAH" keatas mana2 buku atau bible sememangnya aku rasa tidak sesuai sama sekali apatah lagi jika buku atau bible itu berbahasa melayu dan ditujukan khas buat melayu Malaysia.

Semalam juga menerusi akhbar kosmo, seorang artis yang bernama  Teun Castelein telah cuba mendaftar perkataan "ALLAH' sebagai hak dagangan beliau pada 29 Disember lalu. Alhamdulillah Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP)di The Hague telah menolak permohonan pendaftaran kalimah "ALLAH" oleh lelaki tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, lelaki tersebut dikatakan cuba membuat keuntungan dengan membuat produk dagangan seperti pakaian, kasut dan lain2 melalui dunia Islam.

"Ia adalah nama yang hebat," kata Castelein. "Saya terkejut bahawa tiada seorang pun telah memfailkan nama " Allah " kata beliau. "Saya hanya perlu membayar 250 euro dan kini saya bakal mempunyai jenama global. Sebenarnya Allah sebagai Tuhan dari Al-Quran untuk semua orang. "

Dalam pada itu, Castelein turut memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini. "Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya. Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.

Btw, kembali semula kepada kalimah "ALLAH" yang hendak digunakan oleh pemimpin DAP terutamanya dalam kitab bible, aku rasa pastinya ia adalah satu muslihat untuk menjadikan umat Islam sendiri terkeliru satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang impaknya tapi siapa tahu untuk 15 hingga 20 tahun lagi? Manakan sama "God Trinity" nak disamakan dengan "ALLAH".

update:  Menerusi Malaysia Kini, Majlis Gereja Malaysia (CCM) dikatakan tetap akan menggunakan kalimah "ALLAH". Turut bersetuju dengan pandangan CCM ialah Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

"Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allan dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya," katanya dalam satu kenyataan.



http://www.malaysiakini.com/news/218535



Isu Guna Nama Allah
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Ada agenda tersembunyi, nak mengkristiankan bangsa Melayu seramai mungkin.
My recent post Bilakah Pilihan Raya Umum ke 13 Akan Diadakan?
3 replies · active 602 weeks ago
Mengapa kita mesti rasa tergugat dan takut kepada dakwah mereka?
Di mana letaknya keteguhan keyakinan sebenar keIslaman kita?
Mengapa kita bersifat marah dan buruk sangka, seandainya nanti akidah umat Islam akan rosak atau terpengaruh dengan akidah mereka?
Kini umat Islam dihantui rasa takut, curiga dan buruk sangka. Dan masing-masing mendabek dada, cuba mempamerkan, akau lah wira Islam, dan menetang ugama lain, yang belum tentu mengugat agam Islam.
Dalam akidah pemerintahan negara Islam, ukuranya adalah bagaimana kita membela yang miskin, yang tertindas dan kaum minority, bekan sahaja mengikut haluan yang majority, yang kaya dan yang brkuasa.
Kalau nak bincang tentang keliru dan rosak akidah, terdapat banyak yang menyeleweng, banyak yang bercanggah, dan ini semua bukan kerana sebab umat Christian mengunakan perkataan Allah. Ramai rakyat Malaysia yang keliru dan rosak akidah, yang melaku jenayah, ragut, membunuh, buang bayi, kecurangan, pegawai yang tak amanh, rasuah, kerja sembrono, artis lelaki dan wanita yang bersentuhan di TV setiap hari, producer yang sering ke nighclub, mereka yang makan dadah minum arak, berlaku kecurangan, jenayah seks, perpecahan antara umat Islam dan bermacam lagi. Salah siapa???
Ini masallah yang lebih penting dan harus di tangani demi menjaga kesucian agama Islam.
Kitalah sepatutunya tingkatkan berdakwah kepada anak-anak muda, sebarkan akidah Islam yang benar. Hadapi dengan tenang, yakin, kita dalam kebenaran, beri gambaran sebagai umat Islam yang rational dan sabar. Yakin Allah swt bersama kita, inilah cara Rasullullah saw, bukan berdemo, mengugat, pergi mahkamah dan bertentang dengan umat Christian. Ayoh, mari kita bersaing agama dan akidah secara tenang, sihat, terbuka bukan dengan buruk sangka ancam mengancam dan kekasaran. Islam galakkan sampaikan salam, sebarkan kedamaian, tampilkan wajah keamanan bukan konfrontasi dan kebencian. Yakin bahawa kejayaan milik Islam.
Kaum non-Muslim di Malaysia bukanlah jenis orang-orang kafir yang harus kita perangi, iaitu kafir harbi, sebaliknya mereka adalah dari golongan, kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum Muslimin)
Baru2 ini timbul isu Syiah, ramai yang beru kenal belang dan fahaman Syiah, udah melenting, sensing lengan,naik berang, suruh putus hubungan diplomatic dgn Iran…apa ni, ini telah berlaku 1400 tahun dulu, nilah jahil Melayu, tunjuk emosi tak tentu pasal…
Seandainya puak Islam yang menentang dan melarang kaum Christian menang, ini bukan satu kemenangan yang diredhai kerana, desakan kita telah melukakan ribuan hati penganut Christian, kecewakan akidah fahaman mereka, menambah kebencian mereka terhadap agama Islam dan umat Muslim. Puas sudah NGO dan individu yang brhati bernafsu besar konon perjuangkan maruah Islam.
Ini bukan kemenangan yang tepat dan bukan dalam kemahuan akhlak Islam yang sebenar. Islam menuntut yang majority memelihara ketentraman dan kesejahteraan kaum minority, bukan sebaliknya. Ini adalah a small issue that was overblown and exegeratted into a big problem.
Biar Allah swt yg mengdili saya, saya tidak menyokong parti atau kumpulan tertentu, yang saya mau adalah umat Islam yang bersikap wajar dan tenang, adil , tidak menunjuk kuat, membela yang minority dan memelihara keharmonian Malaysia yg bersatu harmoni respectful tolerant dan aman. In the end ‘we are all Gods creation…” Dalam perbezaan kita juga ada persamaannya.
Sedangkan di negara Islam yang mempunyai jumlah paling ramai yang beragama Islam, atau di negara Islam Timur Tengah tidak bertindak untuk mengharam perkataan ini?
Kita semua masing-masing ada kepercayaan sendiri. Mengapa kepercayaan orang lain dipertikaikan? Mengapa harus mengharamkan suatu perkataan yang memang sudah sekian lama wujud dalam amalan agama di seluruh dunia. Pengharaman perkataan ini bagi orang-orang kristian merupakan satu penafian hak asasi.
Apa perasaan kita sekiranya orang bukan Islam larang kita daripada memakai jilbab, bilang sunat itu perkara bodoh? klo melayu kena amacam?

Baru-baru ini isu ugama telah mula di bangkitkan di persendakan dan di politikkan, dan semakin ramai yang menjadi lantang dan menujukkan belang.
Masjid, gereja di serang, kepala babi lembu…apa dah jadi???
Ini tidak berlaku sebelumnya, before we live in harmony and we don’t like to hurt each other.
Walau kita bukan seagama, kita sesama adalah rakyat Malaysia,’unity in diversity’.
Allah swt mewujudkan perbezaan untuk kita saling mengenal antara satu dengan yang lain, bukan dalam permusuhan.
Sebagai umat yang majority di Malaysia, kita besar dan ramai, menjadi tanggung jawab untuk
menjaga kaum yang minority, tanamkan keamanan dan rasa nyaman umtuk mereka. Inilah kekuatan dan akhlak kita sebagai Malaysian Muslim.
Kita bukan seperti orang Myanmar atau Serbia yang tidak berperikemanusiaan, merusuh dan membunuh kaum yang minority. Permusuhan dan rasa curiga bukan akhlak dan amalan kita.

Dunia Islam sedang bergolak, Muslim membunuh sesama Muslim, adat lama kuno maseh di bela, permusuhan yang dulu maseh belum terhurai, sedangkan bangsa dan Negara bukan Islam terus maju dan meninggalkan kita. Di Suria, ulama, ustaz, mufti dan juga pemimpin Negara menabur kebencian, member senjat dan tuang minyak ke dalam api supaya terus membunuh orang Islam sendiri. Belum saya dengar seorang pemimpin Islam yang cuba mendamaikan pertumpahan darah di Syria…
Ingat Pres Morsi tumbang setelah minority di aniaya, di pinggirkan, dan akhir 4 pengikut shiah di bunuh massa dengan kejam. Begitu juga Yusoslavia hancur setelah umat Islam di bunuh dengan zalim. Kaum minority juga mempunyai hak dan perlu jaminan, dan skiranya
mereka di aniaya, apakah tindak balas dari doa orang teraniaya, walaupun mereka kafir?
Saya hairan mengapa sekarang timbul sifat takut dan tiada keyakinan diri, dan menganggap issue ini sebagai satu ancaman?
Sedangkan sebelum tak ada masaallah, ini ia bukan satu isu yang telah menggugat umat Islam di Negara kita. Sebaliknya Islam tetap kukuh, umat semakin menambah, jarang kita dengar orang keluar dari agama Islam, sebaliknya semakin ramai bukan Islam telah memeluk agama Islam, saudara baru tetap menambah, beribu-ribu setiap tahun. Mereka menerima hidayah dan menyebut kalimah shahadah dan mengenal Allah swt yang sebenarnya.
Kita sering, dalam perbualan, dengar kaum lain berkata ‘tuan allah tolong kita’, mereka tak cakap tokong atau budha tolong, ini tanda kehormatan mereka kepada agama Islam.

Kita tidak perlu gentar dan mempersoalkan apakah niat dan tujuan sebenar mereka, kita jangan mudah mengikut emosi dan buruk sangka dengan berfikiran bahawa mereka kemungkinan besar inilah taktik dakyah mereka dan hendak mengubah mengugat dan memesongkan akidah umat Islam.Mengapa kita mesti keliru, dan kuatir akan di kelirukan mereka?
Perkataan Allah – Salah Persepsi

Malaysian are generally a peaceful, tolerant and respectful people. Malaysia terkenal sebagai ‘a moderate Muslim country’ mau kah nama baik kita tercemar kerana segelintir ustaz dan org yang bersuara lantang berjaya dalam misi mereka???
Setelah kebnyakan imej negara Islam lain udah tercemar kita mesti pelihara nama baik negara, bangsa dan agama. Seandai nama negara tercinta udah jadi busuk, hina di mata masyarakat dunia, amat susah untuk kembalikan maruah bangsa dan Negara. We must not fall to extremist, from whatever religion they profess.

Setiap umat Islam mendirika solat 5 kali sehari dan membaca alFatiha sebanyak 17 kali, luapakah mereka, erti ayat ‘Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen’
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Allah swt untuk sekelian alam, 7 petala langit dan bumi, segala kehidupan, setiap makluk dan jin, haiwan, bintang dan segala sesuatu milik Allah swt.
Islam dan Allah bukan hanya milik mutlak orang Melayu atau khusus untuk negara Malaysia sahaja.
Most Muslims in Malaysia are a very tolerant , moderate, peaceful, hospitable people,
but lately a small extremist fringe has become more vocal, intolerant and extreme in their views.
This small group of confused Muslims have confused the whole nation in general.
Mereka ni semua baru celik mata, itu pun gajah depan mata tak Nampak, semut di seberang laut lebih terang bagi mereka. Mana ustaz, mana ulama mana jabatan2 Islam sebelum ini? Sepintar PM Najib is mum membisu berkenaan hal ini?
Rasullulah saw contoh yang terbaik, adakah berdemo dan fail ke mahkamah satu jalan menegakkan akidah Islam?Ini bukan cara menjaga kesucian Islam yang kita cintai.
Pernahkah Rasullulah swa berperang dan mengeluarkan hadish mambanth org bukan Islam jgn mengunakan nama Allah?
Ada dalil kah berkenaan isu ini atau pun ia timbul dan berasal dari jiwa,hati dan perasaan mereka yang berburuk sangka, tidak ada keyakinan diri, dan cepat melenting ?
Dalam isu ini, banyak individu2 yang tampil sebagai hero satri demi menegakkan Islam yang bersih dan murni, kalau mereka nak pahal nak jadi hero banyak hal dan perkara yang mereka boleh berjuang, bukan sahaja nak hentam penganut Malaysian Christian yang sedikit, aman dan amat menghormati umat Islam amnya. Kaum Christian jarang membut hal atau menimbulkan kontroversi.
Kalau berani pergilah hentam Batu Caves dan tokkog Cina? Menghina mengancam ibadah kaum lain, musnahkan patung-patung sembahan mereka atau larang mereka, jangan pergi gereja.
Percayalah, penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam tidak akan mengelirukan atau mengugat umat Islam,
tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan tidak akan menyentuh kesucian agama Islam.
Sekiranya mereka mengunakkan kata Allah, pada saya that is nothing, kerana kita maseh ada alquran dan hadis, yang sesiapa pun tidak boleh menandingi agama Islam.

Aapapun kepercayaan Allah dari persepsi dan ajaran mereka itu hak dan cara mereka, sememangnya itulah pendapat akidah mereka, dan kita harus berpendirian ‘kau dgn agama kau, aku dgn agama ku’. Sebaiknya kita wajib, kita bolih menyampaikan akidah dan fahaman dari perspektif Islam dan memeperbetulkan mereka. Bukan dengan berdemo dan mengfail di mahkamah.
Bila emosi, kurang keyakinan, curiga, buruk sangka, permusuhan menguasai pemikiran ini adalah jalan permainan iblis. Ajaran Rasullulah saw adalah membina, mengambarkan akhlak peribadi yang baik, di antaranya, sampaikan salam, jangan tinggikan suara, berhemah, jangan saling membenci dan menghasut dll.
Dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi. sejak zaman rasullulah org Kristen tlah mengunakan kata allh, dan juga di Malaysia suah beratus tahun mereka mengunakan istilah Allah, kerana mereka pun ahli kitab. Pada saya umat Christian di Malaysia adalah kaum yang aman dan hormat menghormati.
Sedangkan di negara Islam yang mempunyai jumlah paling ramai yang beragama Islam, atau di negara Islam Timur Tengah tidak bertindak untuk mengharam perkataan ini?
Kita semua masing-masing ada kepercayaan sendiri. Mengapa kepercayaan orang lain dipertikaikan? Mengapa harus mengharamkan suatu perkataan yang memang sudah sekian lama wujud dalam amalan agama di seluruh dunia. Pengharaman perkataan ini bagi orang-orang kristian merupakan satu penafian hak asasi.
Apa perasaan kita sekiranya orang bukan Islam larang kita daripada memakai jilbab, bilang sunat itu perkara bodoh? klo melayu kena amacam?
serah pada pakar2 dan alim ulamak untuk membuat keputusan mengenainya
My recent post Liga Super 2013 | Langkah Kanan Langkah Kiri
mungkin ada pihak yang sengaja mencetuskan kontroversi melalui nama Allah. Mungkin kepentingan politik mereka =D
My recent post Pohon persahabatan dan semangat baru
Risau jugak dengan isu ni.. Ntah apalah kesudahan isu ni agaknya.. Hanya mampu berdoa agar umat Islam tidak mudah terpedaya & terkeliru dengan isu2 macam ni..
My recent post NIVEA Pure & Natural Cover Photo Contest
saje cari pasal diorang ni.
My recent post Bayaran komisen ke 8 dari Jobdirumah.com
Tak faham macam mana isu mengunakan nama Allah tiba-tiba dibangkitkan. Sengaja mencetus kontroversi. :-(
cik pening skrg org gila bt penjenamaan tnpa pkir hak sensetif agma lain
Semakin kalut isu ini bila dipolitikkan..
Bagi pendapat aku senang saja..
teori yang orang KAFIR ini mahu gunakan hanya untuk mengelirukan
orang2 ramai terutama kepada mereka yang baru memeluk ISLAM..

Niat mereka ingin menggunakan kalimah ALLAH sememangnya untuk
tujuan yang tidak baik. Bangkitlah kita semua dari terlena dimainkan oleh
orang2 kafir...

My recent post Wordless Wednesday #68

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved