Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan

Foxconn - Bunuh diri kerana tertekan

on 28 September 2011

Foxconn - Bunuh diri kerana tertekan
Foxconn adalah sebuah syarikat berasaskan elektronik dan alatan komunikasi. Berpusat di Tucheng,Taiwan, Foxconn adalah pengeluar terbesar didunia dalam komponen elektronik OEM untuk seperti Dell, Intel, Microsoft, Cisco, H.Packard, Asus, Apple, Nokia, Sony, Nintendo, dan juga komponen untuk Ipad dan Iphone yang kebanyakannya dihantar ke kilang komponen utama Foxconn di tanah besar China. Mungkin  handphone yang kita sedang gunakan sekarang juga terdapat komponen yang dibuat kilang Foxconn, China. (Cam tak caya lak aku....hehehe)

Malangnya apa yang berlaku ialah bagi pekerja kilang yang baru masuk, dimana majoritinya datang dari kawasan pendalaman China berasa tertekan kerana tugasan yang melampaui batasan. Selain dari kerja yang teruk dan dikerah seperti tentera, mereka juga dibayar gaji yang rendah 55 ~ 65 sen sehari (nilai China) Kerja lebih masa juga diwajibkan tanpa diberi pengecualian kecuali dengan izin boss/penyelia masing-masing. Jumlah pekerja Foxconn diserata dunia mencecah ratusan ribu orang, di China sahaja jumlahnya mencecah 400,000 orang dan merupakan antara kilang yang mempunyai pekerja teramai di dunia. Dijangka sehingga penghujung tahun 2011, jumlah pekerja kilang Foxconn diserata dunia meningkat kepada 1.3 juta orang. Pehhhhh......ader ke kilang kat mesia yang jumlah pekerjanya mencecah ratusan ribu?? Setau aku lom ader lagi....

Setakat ini telah berlaku 16 kejadian bunuh diri dilakukan oleh pekerja kilang tersebut dengan terjun dari bangunan asrama. Punca sebenar dikatakan masih belum diketahui, namun Foxconn dilaporkan cuba mengawal kejadian ini dengan melantik kaunselor untuk pekerja yang bermasaalah. Kerajaan China juga dilaporkan melarang media massa disana membuat sebarang kenyataan mengenai isu ini kecuali berita dari  3 agensi ini, iaitu Xinxua News Agency, Kenyataan Rasmi Kerajaan (Govt Press Release) dan syarikat Foxconn sendiri. Aku dengar2, kalau ader bebarang hilang...time tu la pekerja yg kene jawab tu jadi tension  gila sampai tak tahan disoal siasat...tu mungkin salah satu punca bunuh diri kottt..Satu lagi, kebanyakkan mereka yang membunuh diri ini adalah bebudak muda lingkungan 20an...


kilang Foxconn

Dibawah ini adalah senarai mereka yang telah membunuh diri dengan terjun dari asrama yang disediakan oleh kilang Foxconn tersebut.


1.  May 14: Mr Liang, male, jumps from 7th floor of Fuhua dormitory and dies
2.  May 11: 24 year old female employee Ms. Zhu, jumps from the top of the eight-story residential building and dies
3.  May 6: 22 year old Lu Xin, male, jumps from Longhua site hotel balcony and dies
4.  April 7: 22 year old male employee dies in his residence in Zhangge village, Guanlan
5.  April 7: 18 year old female Ms. Ning jumps from Guanlan site employee dormitory and dies
6.  April 6: Ms. Rao falls from Guanlan site dormitory building and is still being hospitalized
7.  March 29: 23 year old male employee falls from Longhua site dormitory building and dies
8.  March 17: New female employee jumps from Longhua site dormitory building, suffering injuries
9.  March 11: Mr. Lee falls from 5th floor of Longhua site dormitory building and dies
10. January 23: Mr. Ma Xiangqian, 19 years old, dies around 4am. Police autopsy report later determines he died from falling from a high-rise.


Pemilik kilang Foxconn Terry Guo melawat asrama pekerja mereka di Taiwan

suasana hostel Foxconn

pekerja mengisi waktu rehat dgn tidur....

Mangsa ke 10 bunuh diri di asrama Foxconn

bunuh diri kerana tertekan
Pandangan dr luar bangunan asrama kilang Foxconn
Tag :

Ghadaffi dan pengawal wanitanya

on 15 September 2011

Kisah Muammar Ghadaffi semasa pemerintahannya memang banyak kontroversi...maklumla, "diktator katakan. Boleh buat apa saja yang dia nak. tapi bila aku terjumpa bab pengawal peribadi dia adalah wanita...ishhh dasat gak dia nih....beso gak dia punya 'hajat" tu...hehehe


Tapi dengan keadaan sekarang ni, gamaknya kemana la perginya pengawal peribadi dia yg istimewa tu. Masih setia bersama beliau ataupun dah cabut lari semuanya....hehehe

Apepun pernah kawan aku  (orang Arab Saudi) cakap, Muammar ni memang gila. Gila yang pelik2 dan agak kejam sikit (sikit ke banyak nih)...Dia kata klau kat blah Arab, memang ramai ngat orang yang benci bila dengar nama Muammar Ghadaffi...betul atau tak tak tau le aku...

Kat bawah ni ade sikit gamba yang aku seludup dari google...jom kita tengok muka pengawal peribadi beliau tu.....adaa cun ka tarak cun...hehehe.

Gaddafi dan 40 pengawal wanita


GADDAFI sentiasa ditemani pengawal peribadi wanita tidak kira siang mahupun malam.


PADA Jun 2009, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tiba di Rom, Itali dengan 300 ahli rombongan. Mereka menggunakan tiga buah pesawat Airbus.
Seperti kebiasaan apabila melakukan lawatan ke luar negara, Gaddafi akan membawa bersama khemah gergasi Badwi yang didirikan di tengah-tengah bandar.
Beliau lebih suka tidur bahkan bertemu pemimpin negara asing di khemah itu berbanding hotel mewah.
Pada tahun 2007, Gaddafi bukan sahaja memacakkan khemah di kawasan lapang sebuah hotel lima bintang di Paris malah mempamerkan untanya di situ.
Senarai sisi eksentrik Gaddafi seperti yang dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail termasuklah tindakannya membawa unta gurun Sahara sebagai sebahagian daripada rombongan pengiringnya semasa beliau melawat Perancis.
Gaddafi memerlukan lima buah kapal terbang untuk mengangkut semua ahli rombongannya.
Gaddafi memacakkan khemahnya di estet milik jutawan Amerika, Donald Trump di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2009. Gaddafi mengembara dengan membawa khemah bagi menonjolkan asal-usul Badwi.
Masyarakat Badwi merupakan kumpulan puak yang tinggal di kawasan padang pasir di Afrika.
Khemah
Apabila mereka berkelana merentas padang pasir, mereka akan mendirikan khemah bagi bermalam atau berlindung daripada cuaca buruk termasuk ribut pasir.
Kain khemah itu biasanya diperbuat daripada bulu biri-biri yang ditenun dengan tangan.
Dengan memakai gel dan rambut yang diwarnakan semasa tiba di Itali dua tahun lalu, Kolonel itu disifatkan media Barat mirip gaya Raja Pop, Michael Jackson.
Di tengah dadanya tersemat sekeping gambar pemimpin pemberontak Libya yang telah dihukum gantung oleh penjajah Itali pada tahun 1931. Beliau diberi sambutan negara oleh Perdana Menteri Silvio Berlusconi.
Pakaian Gaddafi sememangnya sering menarik perhatian. Beliau gemar memakai jubah yang panjang berjela dan mengenakan cermin mata seperti seorang juruterbang.
Beliau yang memakai topi tentera, kelip merah dan pakaian lengkap seorang kolonel tentera masih mencuri tumpuan.
Namun, pasukan pengawal peribadi Gaddafi, kini berusia 68 tahun, lebih memukau. Mereka memakai uniform khaki dan beret merah sambil menggalas senapang Kalashnikov buatan Rusia.

GAYA Gaddafi tidak banyak berubah sejak berkuasa lebih 40 tahun lalu.


Kira-kira 42 tahun lalu, Gaddafi menggulingkan raja terakhir Libya, Raja Idris atas nama revolusi Islam. Beliau juga mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam.
Bagaimanapun, pengawal peribadi wanitanya itu tidak menyorokkan wajah mereka di sebalik burqa.
Menurut Gaddafi, mereka adalah simbol kepercayaannya pada emansipasi wanita.
"Wanita patut dilatih untuk berlawan, jadi mereka tidak mudah dipermainkan oleh musuh," kata Gaddafi.
Raja Afrika
Semua wanita itu dikatakan telah mengangkat sumpah taat setia kepada Gaddafi dan sanggup menyerahkan seluruh hidup mereka untuk lelaki itu.
Ternyata, dikatakan tiada seorang pun daripada mereka pernah meninggalkan Gaddafi baik siang mahupun malam.
Gaddafi juga menegaskan semua pengawalnya masih dara iaitu syarat wajib sebelum dibenarkan bertugas dalam pasukan elit itu.
Malah, pekerjaan yang dianggap berprestij itu sentiasa menjadi buruan wanita Libya.
Mereka dilatih di sebuah kolej khas dan mengikuti program fizikal yang lasak.
Mereka dilatih untuk menjadi pembunuh, pakar senjata api dan mahir dalam seni mempertahankan diri.
Gaddafi akan membuat sendiri pemilihan terakhir, namun ada khabar angin kononnya pengawal peribadi itu turut dikehendaki melayan kehendak seksual Gaddafi.
Wanita-wanita itu memakai lipstik, barang kemas, kuku yang dikilatkan bahkan kasut tumit tinggi tetapi ketangkasan mereka telah diuji berulang kali.
Pada tahun 1998, salah seorang daripada mereka terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas kumpulan fundamental Islam di Libya menyerang kenderaan Gaddafi.
Gadis yang mati itu dikatakan merupakan pengawal kesukaan Gaddafi. Dia 'menerbangkan' dirinya untuk melindungi tubuh Gaddafi.
Dia rela mati ditembusi peluru berbanding membiarkan peluru itu mengenai tuannya.
Kehebatan Gaddafi adakalanya dipuji lawan dan kawan. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Gaddafi, yang pernah dianggap oleh Barat sebagai bapa keganasan dan lelaki di sebalik pengeboman Lockerbie pada tahun 1988, diberi layanan istimewa oleh Berlusconi.


SUASANA lapangan terbang di Tripoli minggu ini yang menyaksikan ramai rakyat asing meninggalkan Libya berikutan pergolakan anti-Gaddafi.



Sebenarnya, tidak ramai pemimpin dunia seperti Gaddafi mengekalkan kuasa dan mengharungi pelbagai tekanan sepanjang 40 tahun pemerintahannya.
Beliau menulis sendiri buku Green Book yang memaparkan pandangan politik dan teori sosialnya.
Apabila beliau berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.
Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam.
Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.
Kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika. Dua tahun lalu, Gaddafi menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen 'Penyatuan Afrika' Gaddafi.
"Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika," beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.
Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar 'Raja Segala Raja' di Afrika. - Agensi

















Tag :

Wordless wednesday ~ gadis yang hilang....

on 14 September 2011

Tag : ,

Iqbal Fahreen~ Anak Istimewa...

on 13 September 2011

Iqbal Fahreen, bukanlah seorang anak kecil yang aku kenali. Namun apabila membaca kisahnya di blog Manik-Manik Kayangan membuatkan aku merasa sayu dan hiba. Tersentuh hati aku bila melihat dan membaca kisah adik Iqbal.

Tak perlu aku cerita banyak...semua link entri tu ada aku sediakan dibawah. Semoga memberi manafaat bersama kepada rakan2 yang lain......

Kredit dan terima kasih aku tujukan kepada pemilik blog Manik Manik Kayangan...kerana pic dan entri yang aku "pinjam" dibawah ni....

Kek pertama dan terakhir buat adik Iqbal...

"Sesungguhnya dari tanah kami datang kepada tanah kami kembali...."

1. http://axa87.blogspot.com/2011/04/permintaan-terakhir.html
2. http://axa87.blogspot.com/2011/04/iqbal-fahreen-story-to-remember.html
3. http://axa87.blogspot.com/2011_04_01_archive.html
4. http://axa87.blogspot.com/2011/04/ucapan-terima-kasih-buat-semua-peminat.html
Pukul 9 lebih tadi, saya dapat call dari kakak ipar saya, Dr. Adura. Dia tanya kalau saya ada kenal mana2 bakers yang sanggup buat cake berbentuk lori utk esok. Memang agak beratlah.. kek2 sebegini biasanya ambik masa utk dibuat. Saya pelik jugak, apasal lak kak dura ni nak kek cepat2 ni.. mesti nak surprise utk saper2 ni.. Then dia citer the truth dan the sad story. Kak Dura rupanya tengah usaha dan cari kek berbentuk lori demi nak memenuhi permintaan terakhir dia kat IJN. Iqbal Fahreen, 4 tahun.. he's dying becoz of heart problem. The mother dah order cake tu tapi hanya akan siap on saturday. But, kak dura kata, they dont think Iqbal akan bertahan sehingga sabtu.. ya Allah, Terkejut saya mendengarnya... malam ni tadi kak dura dah round semua kedai kek area KL. Memang tak ada sebab kek2 mcm tu memang kena request. Saya terus post kat FB saya.. alhamdulillah respon sangat baik.. finally, kak Suhaida, ofismate saya bagitahu ada org yang willing nak buat... diorg akan hantar ke IJN esok pagi. Harap2 mereka ni berjaya lah hantar kek tu ke sana dan bagi pada Iqbal. Semoga Iqbal dapat bertahan hingga esokk....

Dalam tak sedar, air mata aku menitis juga walau cuba aku pertahankan......

Selepas memenuhi impian Iqbal, apa yang saya takuti berlaku juga. Ada saya suarakan pada suami, saya berdebar2 setiap kali ada sms masuk, saya gementar untuk menerima berita tentang Iqbal.. tetapi, pukul 3.50 ptg Sabtu 9 April 2011, saya terima juga kenyataan Iqbal telah pergi buat selamanya. Kak Dura menghantar sms itu. Ketika itu saya sedang bersiap untuk balik ke Seremban. Berderai air mata saya. Saya menangis bagai anak kecil kehilangan ibu. Seolah2 saya kehilangan sauda terdekat. Ketika memaklumkan berita itu di FB, dan bertolak ke Seremban, air mata saya masih lagi mengalir. Fikiran saya masih terpahat wajah Iqbal. Saya hairan.. Iqbal Fahreen, bukannya saudara terdekat saya, bukan siapa2 untuk saya. Kami berkenalan baru beberapa hari, bertemu pun sekali.

Anak saya ini sebenarnya anak yang sangat istimewa. Inilah anugerah terbesar yang Allah berikan kepada saya sebagai seorang ibu. Sebenarnya, saya pernah kehilangan seorang lagi anak lelaki pada tahun 1999, juga akibat kematian mengejut di PPUM.
Ketika mengandungkan Iqbal, saya kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Hajjah ESah Hj Shamduddin pada tanggal 16 Jun 2006. SEratus hari selepas itu, saya kehilangan satu-satunya adik lelaki saya, Abdul Halim bin Bujang. Adik ini sangat rapat dengan saya. Kami sering berkongsi masalah namun pemergiannya pada 29 Ramadhan itu benar-benar menghancurkan perasaan saya sebagai saudara kandungnya. Pertama kali, saya sekeluarga hanya menikmati air the o dan minum goreng di pagi raya….
Namun, hati saya ceria kembali apabila saya menerima khabar bahawa saya bakal mendapat anak lelaki (saya dah ada 3 anak perempuan). Iqbal dilahirkan tepat pada 26 Februari 2007. apa yang istimewanya ialah dia berkongsi tarikh lahir yang sama dengan arwah abangnya, Muhammad Faris.
# Semoga keluarga Iqbal Fahreen terus tabah, kehilangan 2 orang anak lelaki yang tarikh lahir sama...pastinya sukar diterima. namu kalau sudah itu ketentuan Ilahi...tiada siapa yang mampu menghalangnya.Al fatihah buat adik Iqbal Fahreen dan abangnya Muhammad Faris.
Tag : ,

[Pic] Krisis Libya~ F15 Strike Eagle Us ditembak jatuh

on 23 Mac 2011

Sorry semua.... selingan sikit....
Cuma  nak tempek pic F15 US yang Libya dakwa ditembak jatuh, bagaimanapun pihak US menafikannya dan berkata pesawat tersebut mengalami masaalah mekanikal...

Kedua2 krew pesawat dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah berjaya diselamatkan menggunakan helikopter Osprey.

6 rakyat Libya dilaporkan tercedera semasa operasi penyelamatan dilakukan. Dilaporkan rakyat Libya tersebut telah disalah erti oleh pihak penyelamat US yang menembak mereka.[Lihat sini]





Crashed: Onlookers surround the wreckage of a U.S Air Force F-15E fighter jet after it crashed near the eastern city of Benghazi

Ruins: The fighter jet crashed in Libya overnight after apparent mechanical failure. Both men ejected safely and escaped with only minor injuries 

Locals check out the wreckage of the F15E and pick up mementos from the crash site

Wreck: Hundreds of locals gathered to look at the twisted and burnt out metal of the aircraft, but there was no animosity towards Allied forces by locals despite the gun attack

Unexploded: One of the plane's AIM-9 Sidewinder air-to-air missiles lies on the roadside

Deadly: The AIM-9 sidewinder air-to-air missiles is heat seeking and one of the weapons most widely used by Western forces

Crash: Libyans inspect the wreckage of a U.S. F15 fighter jet after it crashed in an open field in the village of Bu Mariem, east of Benghazi, eastern Libya after airstrikes on Monday night



People look at components of AIM-9 Sidewinder air-to-air missiles from the F-15E fighter

Young boys wearing old Libyan flags climb on the wreckage in their dungaree fatigues

Contoh helikopter Osprey



Ni Pic yang lain2 plak...
Two Qatari Mirage jet fighters are seen at the tarmac of the old Larnaca airport where they stopped for emergency refuelling on their way to a U.S. military base in Crete

A Libyan naval military facility damaged by last night's air strikes in eastern Tripoli

Anti-aircraft fire and explosions reverberated across Tripoli for a third night on Monday and state television said several sites had come under attack in the capital

Tag : ,

{Pic} Serangan tentera bersekutu keatas Libya

on 21 Mac 2011

Serangan hari kedua keatas Libya diteruskan oleh tentera "bersekutu",  walaupun Muammar Ghadaffi mengisytharkan gencatan senjata. Alasan mereka, tentera Libya masih lagi melancarkan serangan keatas pemberontak.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis Laurent Teisseire berkata Qatar juga akan menghantar pesawat perang untuk menyertai operasi bersama jet-jet negara itu.
Ketika ditemui wartawan di Paris, Teisseire berkata Qatar akan menyertai kempen antarabangsa “dalam beberapa jam akan datang” Nampaknya satu demi satu negara Arab menyertai perikatan "Syaitan"....Gua pun tak tau ape yg difikirkan oleh negara2 arab tersebut. Adakah kerana puak? mazhab? atau pun hanya sebab minyak????

Hakikatnya, Obama yang dianugerahkan Nobel Keamanan tiada bezanya dengan Presiden Amerika sebelum ini kerana masing-masing sukakan peperangan dan turut membabitkan diri dalam isu Libya, sama seperti di Afghanistan dan Iraq. Malah, bagi Chavez, Castro dan Ortega, pemimpin Perancis dan Eropah yang ada kini sentiasa berasakan “dunia ini milik dan empayar mereka. Selain itu mengapa Perancis beria2 mahu menyerang Libya? Siapa dia Sarkozy?

Tidak sukar untuk meneka siapa dia Sarkozy. Beliau dilabel sebagai teman baik Yahudi dan pada satu upacara rasmi pernah menghina Presiden Iran, Ahmadinejad. Seluruh dunia masih mengingati ucapannya: “Saya tidak akan berjabat tangan dengan Ahmadinejad, duduk satu meja dengannya kerana dia mahu menghapuskan Israel dari peta dunia." Lihatlah, betapa angkuhnya mereka.....

 19 March


20 March

















Laporan dari Kaherah, Mesir memetik kumpulan pemberontak berkata lebih 8,000 rakyat Libya yang memihak kepada gerakan pemberontakan telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat mendesak Muammar melepaskan kedudukannya 41 tahun sebagai ketua negara.
“Bilangan orang kami yang terbunuh dan mati syahid lebih 8,000,” kata jurucakap puak pemberontak, Abdel Hafiz Ghoga.

Baru 8,000 orang....tapi Amerika dan geng2 Setannya dah kalut masuk campur...rakyat Palestin yg terbunuh???
Ironiknya si laknat  Israel sempat membuat onar disaat dunia sedang kecoh dgn isu Jepun dan Libya, mengambil kesempatan dengan membunuh 2 orang remaja Palestin.. Salah Abu Attwa dan Imad Faraj kedua2nya baru berumur 17 tahun.

Jadi dimana negara yg selama ini melaungkan demokrasi dan keadilan untuk semua?
Ratusan ribu jiwa terkorban di Palestin....Gua nak persoalkan sekali lagi...dimana keadilan dunia kepada mereka?



Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved