Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan

Jelajah Proton 1 Malaysia di Batu Pahat 27 Dis 2010.

on 07 Januari 2011

 Jelajah Proton 1 Malaysia? Satu perjalanan, satu bersama Malaysia. Apekebende nyer tu yekkk...!!!

 Pertama sekali dari sudut pandangan aku yang tak rasmi ni,ianya diadakan bersempena dengan ulangtahun Proton yang ke 25. Proton juga mempamerkan sedikit sebanyak demo dan autoshow berkonsepkan mini yang mana ianya mampu mendekatkan Proton dengan orang ramai. Proton Edar cawangan turut membuka booth jualan dan pameran seandainya pengunjung ingin bertanyakan/membeli kereta2 Proton. Pihak merchandise rasmi Proton juga turut menjual pelbagai barangan dari baju hinggalah ke keychain. Manakala I-Care turut menawarkan pemeriksaan percuma keatas 18 item yang terpilih.


Jelajah ini juga turut melibatkan  ahli kelab kereta Proton yang rasmi dan berdaftar dengan pembabitan mereka pada acara konvoi. Sememangnya pada kacamata aku ahli2 kelab kereta Proton sangat berpuas hati dan teruja sepanjang masa kerana kenderaan mereka sentiasa diiringi pihak Polis sepanjang 2 minggu tersebut. Jadi "raja" tu beb......


Mengenai Jelajah ini pulak, dari sudut pandangan orang ramai yang telah  aku interview... (he3!! Berangan la plak...),mereka agak terkejut kerana sememangnya mereka tidak pernah didedahkan dengan informasi yang ada di Proton. Jadi pameran ini sedikit sebanyak memberikan mereka input  disamping memberi persepsi/pandangan positif kepada Proton.


Kali ni  bertempat di Batu Pahat di Dataran Penggaram, 27 Dis 2010 misi Jelajah 1 Malaysia Proton ini masih lagi berbaki 3 tempat. Maknanye aku dan rakan2 di Advance Team still kene kejar untuk kerja2 preparation dan juga standby terutamanya pada sessi penerangan anak2 yatim di setiap tempat2 yang dilawati,  juga untuk para pengunjung.


Perubahan ketara pada kali ini ialah jadual pameran yang telah bertukar dari jam 10.00am-6.00pm kepada  2.00pm-10.00pm. Berlokasikan ditengah2 bandar Batu Pahat, merupakan tempat yang sangat2 strategik dan memang dikatakan menjadi tumpuan warga Batu Pahat untuk berehat bersama keluarga.


Tambahan pula para peniaga turut memeriahkan suasana dengan pelbagai aneka jualan. Meriah bebb...macam2 adaaaaa.....


Jom kita layan gambar2 yang sempat aku snap.....

 yeahhh....banner dah naik dahh...
Maknenye.....kerjaaa...kerjaa...kerjaaaaaa

 Dirasmikan oleh Sultan Johor sendiri...

 Tangan,batu dan pahat...simboliknyerrr!!!

 Ready???....gooooooo....
(Ezora hybrid...fully electric tuu...)

 Buat le ape yang patut dulu yekkk...
(Engine CPS yg boleh bergerak dgn kuasa elektrik..)

 Aku punnnn....routine nihhh...he3!!!!
2 buah keta yg wajib aku pastikan kekilatan dan keadaannya sblm pameran bermula..
Sang Jebat dan Sang Kasturi,jangan "ko" derhaka ngan aku udahhhh...kaco nanti wehhh.

 Wahh...tokey x de,korang jadi modeller yekkk...bebaik dikk...tajam tu!!!
Hmmm...cerahh mase depan bebudak nie..ha3!!!
Errrr.....anak sape yg ilang ni wehhhhhhhhh????

 Antara gerai yg ada...kat sini aku sopin bantal la plak...he3!!!
murah...murah...sayangnye x amik pic la plak.

 Makin malam makin ramai...pehhh,x larat aku nak melayan dahh
(derang pun tgu konsert je nihh,tgu Amy Search laa tu)

 Ha3!!! Mamat ni pun cibuk2 nak bergambau ngan Jay-Jay gakkk

Alhamdulillah,semer dah settle. 2 tugas telah berjaya diselesaikan. Nasib baik perjalanan pun dekat gak. Banyak perkara yang aku temui dan belajar terutamanya bila berdepan dengan orang ramai. 

Setiap tempat baru,pasti terjumpe dengan perkara2 baru juga...Pengalaman yang berharga buat aku,terutamanya terjumpa brader2 yang dah belajar di dalam bidang design tetapi gagal menempatkan diri di bidang tersebut. 

Rezeki masing2 ye takkk....mana tau bidang lain menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding bidang yang mereka belajar. Perkara macam tu biasa bagi aku....x heran nooo...Aku bagi contoh laa,peniaga...Pehhh..... silap2 hb memang masyukkk,tapi kene dengan caranya laa,kalau tidakkkk....wassalammmmm......he3!!!!


Pehhh...dah penat dah,sumer mende pun dah settle, soooo.....
Drivers!!! start your engine....jom gi ke Melaka!!!

(Tuah lari pasal Jebat dan Kasturi dtg nak menjajah kat sana...ke3!!!)

Ikuti sambungan aku di Melaka nanti......
Tag :

Siri Jelajah Proton 1 Malaysia @ KuaNTaN!!

on 04 Januari 2011

Salam dan selamat sejahtera semua..Siri Jelajah Proton 1 Malaysia @ KuaNTaN!!
Alhamdulillah, setelah seminggu aku bersama Proton kerana menyertai siri Jelajah Proton 1 Malaysia akhirnya tibalah masa untuk diterjemah didalam blog ini. Jelajah yg memakan masa selama 2 minggu bermula di Ipoh, Perak dan berakhir di Shah Alam, Selangor. Festival ini bolehlah dikatakan sebagai "mini autoshow" yang mana terdapat beberapa buah model kereta prototype yang pernah dipamerkan di KL Motorshow. Selain dari tu juga beberapa pameran/demo utiliti "mini RND" turut dibuat. Tidak lupa juga hasil kerja innovatif oleh pekerja Proton yang turut dibawa dan dipamerkan bersama.

Jadi, trip aku akan bermula di Kuantan pada 26Dis 2010 hinggalah ke COE Proton 31Dis 2010, bermakna kerja yang boleh tahan mencabar gak la sedang menanti aku...!!!

25Dis2010, adalah tarikh pertukaran antara rakan yang telah seminggu menyertai jelajah ini. Sepatutnya aku kene pergi lagi awal, tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan aku minta tukar tarikh tu dengan rakan sekerja yang dah ikuti program tu dari awal. Kebetulan beliau pun bersetuju, alhamdulillah...settle. Thanks to Abang Jamal kerana persetujuan tersebut. So lepas tu, dah tak ada lagi alasan la untuk aku mengelakkan diriiii...!!!! Apalagi.....Jom pi  Kuantan......


Jalan2  cari makan  di Kuantan (Tanjung Lumpur) sebelum start keje... jadi kami singgah di warong Mok Naa...mau makan seafood looo...


Malangnya pelanggan agak ramai, sehingga tuan kedai pun kelam kabut. Order yang kami pun terima pun agak lambat sampai ke meja....:( Otak2,keropok lekor, udang goreng bertepung dan Ice Blend jagung menjadi menu kami pada petang tersebut...Rasaaa???? Sodappp woooo.....!!!!! Harga pun tak semahal di KL atau Shah Alam...


Tempat beristirehat, Vistana Hotel Kuantan..Kelas gak hotel nih, ade TV Lcd screen lagi.. Antara hotel yang aku rasa terbaik di Kuantan...


Evora, produk terbaru Lotus..Gagah diiringi PDRM (Unit Bermotosikal 32 unit yang dah biasa escort LTDL) Thanks PDRM, biarpun aku tidak termasuk didalam konvoi tersebut...(Advance Team...keje teruk maaaa)



Yeahhh....Inilah harinya..
Bermula jam 2.30 pm hingga 6.30 pm..terpacak le aku kat sini menanti para pengunjung dan anak2 yatim, disamping membuat demo.... aku juga  memberi penerangan berkenaan Clay Model dan fungsinya kepada pengunjung dan anak2 yatim piatu...


Ketibaan para peserta Konvoi...sebanyak 60 buah kenderaan terlibat didalam aktiviti konvoi. Kebanyakan peserta adalah ahli2 kelab kereta Proton. Tahniah kepada mereka...masyukkkk!!!!


Rakan Designer aku, membuat demo "Live rendering" kepada para pengunjung disamping memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk membuat rendering/sketching...


Yoooo....sape lagi kalau bukan aku,sibuk atau buat2 sibuk tuuu...ha3!!!!

Dalam dok sibuk2...tetiba terjumpa member lama ex Proton yg dh berhenti...alhamdulillah...
Anak2 kecil memang berminat bila bermain dengan tanah liat...tak yah suruh, cepat je derang "tarik".....Buh ajelahhh.....tak de hal nyerr!!!!


Konsert ditapak festival. Antara artis yang hadir, Jay jay, Adibah Nor n aku tak ingat lagi dahh....


Booth kat atas ni la yg membuat aku rambang mate....aduss!!!  korang bayangkan kasut yang rega rm80.00 tu jadi rm 20.00 je...sape tak nak kan...Sandal lak rega rm35.00 jadi rm 10.00 jek..pe lagi...rembat la....tapi sayangnye.....kasut yang baru pakai 2 hari "lekang" gam....sandal lak baru pakai sehari pun jadi macam tu ju gak...Adesss...nak sangat barang murah, ambik kau!! 


Walaupun begitu, barang yang aku beli tu aku rasa still berbaloi lagi...cuma kene hantor kat kedai kasut tepi jalan je laa, tak pun aku gi beli gam dan tampal sendiri...he3!!! Kengkawan aku dah pakat dok gelak kat aku pulak....siottttt!!!!


Command Car 1 dan 2...diapit pulak ngan Honda VFR 1300, Mantoppp...teringin lak aku nak cuba, try test moto tu...:)!!! So, setelah semua perkara selesai, kami berkemas dan bersedia ke Batu Pahat pulak. 6 buah kereta akan berkonvoi ke BP, termasuk 2 bijik Ezora....tanpa diescort polis sebab kami ni Advance Team, kene pergi awal dari team konvoi..peh cam le ganaih bunyinye yekkk...he3!!!

Jam 8.30 malam,kami "cargas" menghala ke Batu Pahat,manakala geng konvoi menghala ke Segamat(derang titun sana) Malam tu final bola pulak kat Bukit Jalil,wahhhh lepak dulu la kat kedai makan sambil mata layan bola. Bersorak bagai kami kat kedai tu!!! Naseb bek Mesia menang, hati pun tenang beb!!!  Cayalah Malaysia!!!!



Yeahhhh...singgah dulu isi minyak dan tambah "nikotin"  sebab mate pun dah layu daaaa...
Jam lak dah menunjukkan lebihkurang kul 2 pagi....Adoyaiiiiii....Ngantuk + letih ...dalam kepala mula...
"bantal kat mane nihh.....aduiyaiiii"

Bersambung.........

Tag :

Festival Proton 1 Malaysia..

on 23 Disember 2010

Salam semua..
Selepas bersama sahabat di booth Double Trouble di Penang yg lalu,bersama keluarga di Melaka dan Port Dickson beberapa hari yg lepas (entry lom siap daaa...)
Kali ni time aku  bersama Proton pulak...bermula di Kuantan hingga ke COE Shah Alam 
aku akan join event ni...so kalau ada rakan2 blogger yg boleh meluangkan masa,boleh lah jumpe aku di 26 Dis di Stadium Darulmakmur,27 Dis di Dataran Penggaram,Batu Pahat,28 Dis di Menara Taming Sari Melaka,29 Dis di Dataran Nilai dan 31 Dis di Shah Alam...macam2 ada...he3!!!
Okehh...jumpa disana....




* Maaf kepada rakan2 semua kerana kegagalan aku untuk membalas B/W korang ..
Insyaallah,ada masa aku akan ziarah korang juga nanti.
* Event kat Stadium Darulmakmur dh tuka ke tarikh 26 Dis nih...harap maklum kpd sumer rakan2...
Tag :

Proton Family Fest...2010

on 15 Disember 2010

Satu perjalanan bersama Proton di dalam Proton Family Fest. Pehh...ghamainye umat..sesak amat hari tu. 27 Nov yg lalu(dah lama dahhh),bertempat di Stadium Shah Alam, pihak Proton telah menganjurkan  family fest untuk semua kakitangan Proton. Proton Shah Alam,Tanjung Malim,Proton Parts Centre dan Proton Edar..Kiranya ribu riban gak la manusia hari tu.Walaupun lambat sikit, tapi aku tepek gak la pic ni.


Makanan yg disediakan kira okey gak. Kfc,nasi beriani ngan lauk kambing,daging dan ayam.
Game pun banyak gak, cuma maleh nak beratur jee...Tak lalu dah..

 Penuh gak woo...

Biasalah  kalau dah nama family day nih,kompem penuh sesak. Time ni la depa nak bergumbira sikit bersama rakan2 sekerja tanpa mengira pangkat dan kedudukan..




 Antara pic  untuk cabutan bertuah....bila la nama aku nak bertuah nih...tak pernah nak lekat.

 Gen 2...

 Savvy...

 Saga 


Savvy(2),Persona(1),Gen2(1),Saga(1) dan Exora(1)....semuanya ada 6 buah...sayangnya satu pun tak nak kiss kat no aku..ish..ish..ish!!! Respek kat kak Faridah,dah dapat cabutan bertuah Exora...tapi sanggup bagi kat orang lain(cabut lain pulak)...semata2 nak bagi peluang kat orang lain...Uish!!! susah nak dapat orang macam ni wooo.....

Amy Search...persembahan terakhir

Serkup kepala si Akid...hari hujan la plakk...seb bek bdk ni x banyak songeh...he3!!


Tag :

Proton Lekiu

on 03 Disember 2010

Proton Lekiu




                                                               Paul Tan
Tag :

Antara 2 pilihan!!!

Antara 2 pilihan...yang mana satu idaman anda??

Proton R3





Proton Kasturi by Proton Design




Sumber: Paul Tan
Tag :

KLIMS 2010, Akhirnya 5 saudara itu muncul juga.....

Proton Tuah









Proton Jebat






Proton Lekir





Sumber: Paul Tan
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved