Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan

Paintball di Bukit Cherakah

on 02 Mac 2011

Paintball!! Sukan yang boleh  dikategorikan sebagai sukan extreme, semakin popular di negara kita Malaysia. Extreme ke?? Ntahhh lerr......Tapi....ni aku nak inform sikit...


Cabaran untuk mengatasi kepenatan, kesakitan dan ketakutan ... gua rasa boleh ler dikategorikan sebagai sukan extreme. Kalau setakat berani depan pc jerr...anak gua pun berani...hahaha (kasi perhangat sikiiittt)
Paling penting, sukan ni juga mengimbau kenangan silam gua..Gua masih ingat...time tu gua berperang menggunakan pistol kayu, senapang kayu.....berpelurukan buah "teremanggo" (terung padi) istilah tempat gua..jangan gelak keyyy...hehehe


Kemudian bila besar sikit tukar style pulak, guna buluh bedil..kire canggih gak la nih..peluru dia guna kertas yg dibasahkan, pas tu gumpal kecik2 ikut saiz lubang buluh. Nampak cam simple kann... tapi kalau kene perit gak woo...
Sedikit info mengenai paintball...


Sejarah Paintball
Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat didalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan.

Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar.

Permainan paintball adalah sejenis sukan dimana peserta akan mengalahkan pihak lawan dengan menembak menggunakan paintball. Paintball merupakan spherical gelatin capsules yang mengandungi bahan utama iaitu polyethylene glycol, bahan non-toxic dan water-soluble serta dye. Bahasa melayunye minyak sayuran. Senjata berkuasa gas mampat iaitu marker digunakan untuk menembak pihak lawan.

Permainan ini boleh dimainkan samada di dalam atau di luar arena. Diantara permainan yang popular adalah woodsballscenario dan speedball, juga dikenali sebagai tourneyball didalam keadaan tertentu. Undang-undang permainan paintball adalah pelbagai dimana kesemuanya dibentuk bagi memastikan peserta menikmati permainan ini dalam keadaan yang selamat. Permainan juga memerlukan beberapa peralatan tertentu dan setiapnya mempunyai terminologinya tersendiri.

Permainan paintball biasanya melibatkan dua pasukan yang akan mencuba mengalahkan pihak lawan atau mencapai objektif pasukan seperti mendapatkan bendera atau mengeluarkan pemain tertentu. Secara puratanya, permainan yang melibatkan peserta non-professional akan mengambil masa seawal lima minit sehingga setengah jam.

Bab2 peraturan Paintball gua rasa tak le susah sangat kecuali satu perkara sahaja. Iaitu pemakaian facemask. Ramai newbie/yg first time masuk didalam sukan ni mendapati mereka akan lemas akibat ketidakselesaan semasa acara berlangsung. Ada yang membuka facemask  sejurus mereka diistiharkan "dead". 
Bahayanya....apabila pallet tersesat dan terkena biji mata, kecederaan yang dialami ....... sendiri mau ingat laa yekk...

Peralatan basic 

Facemask 

Marker


Marker detail description

Pallet 

Chest Protector


Kesemua basic equipment yang gua tempek kat atas tu biasanya memang ada disediakan oleh pihak penganjur walau dimana2 area sekalipun. Cuma kalau nak marker yg power, beli sendiri la yek...rega boleh tahan gak...mau ribu riban. Satu lagi gua rasa, kalau dah berminat dengan sukan ni, paling basic pun kene ada facemask sendiri. Kalau guna yg disediakan penganjur.....


Hehehe...memacam pakej korang boleh dapat....cepat kelabu asap, calarbalar, longgar....memacam lagi lahh...dan yang paling best......bau harum kasturi peluh pengguna sebelum korang...hehehe. Tapi gua haritu pun guna facemask penganjur gakk...kekekeke...Errr lagi satu, bab2 pakaian, kalau boleh cari ala2 army sikit larr...baru le ade feel nak masuk bertempur...kalau pakai yang kaler terang2...kompom dari jauh lagi musuh dah nampak korang...

Sebahagian dari team gua..gaye mau lebih brooo...hehehe

Brother Apache...penerangan yg dia bagi menggunakan english Apache..hehehe
Mmg sempoi brother nih...

Sedikit info mengenai Paintball yg gua ngan geng2 lalui minggu lepas..
  • Lokasi: Paintball Valley, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cherakah Shah Alam.
  • Date & Dll   : 26/02/2011, bayar RM100.00, bayaran masuk Bukit Cherakah rm3.00, Pallet 500 biji, Makan tengahhari disediakan, minum free flow, transportation lak,  kalau korang tak leh bwk keta masuk, kene nek bas jauh gak nih...paling penting, bwk gak air mineral sendiri...tak puas arrrr...
  • Att      : RND Proton, KACST (Saudi Arabia) dan MSI (Magna Steyr) Total 30#. Split 2, Black n Blue...15~15.
  • Mission : Tembak selagi bolehhh...hehehe!!!

 Possing dulu sebelum perang...

 Paintball Valley 

 Mamat Itali ni kene teruk gakk...yg sorang tu siap pasang daun lagik.. 
nampak bijik mata jerr... hehehe

 Amacam...ada gaya tak?

 Posing sebelum perang je laa...tak de cameraman la plakk...

 seb baik korang ni satu team ngan gua...hehehe



Kesimpulannya: Paintball Valley Bukit Cherakah mmg best, masuk ni dah kali ke 3 gua layan paintball tapi 2 event sebelum ni cuma kat padang jerr, (game first masa kat Proton) layan bunker. Bila datang kat sini, pehhh...senario hutan memang macam kat medan perang lerr...memang layan habess....Korang nak buat aksi camne pun tak de masaalah...lantak lerr...janji keselamatan korang jaga. Jangan sampai ada yang patah riuk udah.


Group kami hari tu diberi penghargaan oleh pihak Paintball Valley untuk merasmikan medan perang terbaru mereka, yang ke 5 kalau tak salah gua...terima kasih gua ucapkan..pas tu dapat diskaun lagii...cayalahh!!!
Len kali bole dapat lagi kott......hehehehe...
Post gua sebelum nih...(klik sini)


Notis:
Lagi satu,pas ni gua bizi lagi....aduhhh tak habis2 bizi mamat nih...Akceli gua akan turun kat Dungun (pipe line) pada malam 4/03/11 ~ 9/03/11 nih...Xtiviti biasa...mancing (setahun sekali jerr nihh). Insyaallah gua akan kembali berblogging selepas tu...Minta maaf kpd semua kerana tak dpt ziarah korang dalam jangkamasa tersebut. Skg ni pun bizi prepare peralatan nak gi ke sana...
Sampai jumpe lagi....adiozzz!!!



Tag :

Paintball ~ Proton di Bukit Cherakah

on 27 Februari 2011

Paintball ~ Proton di Bukit Cherakah
Assalamualaikum semua sahabat, hari ni gua cuma letak satu pic ni jerr...hehehe


Actually kebizian gua sari dua tu sebenarnya disebabkan mende ni lahh...


Insyaallah esok gua update pic aktiviti semalam...badan pun letih sangat lagi nih..


Nasib baik tak de "bintat" kat badan...(terer tak gua?) hehehe...


Gua bab2 cilok sana cilok sini mmg boleh kata terer sikit laaa....nasib baik kaki gua tak berapa nak sihat...klau tak kompom jadi Rambo dah...memang seronok game paintball ni....cuma ada masa atau tak dengan ada "rm" atau dak jerr...layanzzz.


Okeh, Jumpa lagi nanti....

Tag :

Proton Exora ~ Best MPV: "Overall Value For Money"

on 04 Februari 2011

Agak lama gak terperuk didalam simpanan aku.
Kalau biar lame2 nanti basi lak..ni pun dah separuh masam. Hehehe...
Untuk keterangan lanjut korang leh baca kat pic yang last sekali tu...
Dari Group Communication PROTON.






Sumber: PROTON
             CIMB Autoworld
Tag :

Exora Turbo,Satria Neo CUSCO dan Nissan Fuga

on 16 Januari 2011

Aku tak nak citer bebanyak ...
gambar ni sebenarnya dah ada kat paultan, PRoDAS, Funtastikodesign...
Cuma aku just satukan semua pic2 tu kat sini..

So,sesape yang nak Exora Turbo (CFE ) ...Sila la tunggu kemunculannya..

Exora Turbo (CFE)



Korang boleh nampak sendiri kan apa perbezaanya...




Merupakan pengeluar alatan "aftermarket" berprestasi tinggi dari Jepun. 
(Contohnya di Japan GT)

1. Seperti yg tertulis dipaultan dan Prodas, Cusco tertarik kerana perfomance Satria Neo Rally s2000 .
2. Kereta ini akan ditala sepenuhnya oleh Cusco,dan bakal bertarung untuk perlumbaan Rally Asiapasifik dan Junior Rally Championship di Jepun.











Sumber: Cusco
                   paultan
                        Proton.co.jp


Nissan Fuga 
Berita panas diblog aotumotif..
pengganti kepada Perdana seperti yang diperkatakan di paultan dan juga di dalam 
Berita Harian Online
Kalau benar ini terjadi,  sejarah tercipta lagi untuk Proton, kerana kerjasama dengan Nissan.






Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON
PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.

Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.
“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.
Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM. Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF. Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya. Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.
Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.
Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.
“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu. 
“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.
Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.
Tag :

Jelajah Proton 1 Malaysia ~ Dataran NiLai 29 Dis 2010.

Siri Jelajah Proton 1 Malaysia yang semakin menghampiri ke penamatnya. 
Jelajah  Proton 1 Malaysia ~ Dataran NiLai 29 Dis 2010.
Event yang kedua terakhir selepas di Melaka, masing2 tak sabar nak balik umah yang sebenornya..ha3!!!
Cam biasa pagi tu,cari bahan nak isi perut dulu. Jadi seme (geng kami) pakat2 nak singgah kat Nilai 1. Sarapan pagi sekaligus makan tengahhari kat sana,kira "pekene"yg heavy la nih...

Jom jalan2 ke Nilai 3....


Brader ni mmg sempoi abih...boleh jumpa dia di Nilai1..
1 lagu bayor 3 hinggit jerr..

Sekitar lokasi di Nilai 3

Luas gak area Nilai 3 ni...seb bek time tu mendung jerr...
kalau idak,kompom berpeluh sakan kome...ha3!!!

Demo  dari rakan designer..

Aku pun nak ber"demo" gak...

Amacam?? cantik tak adik tu lukih "pingu"?

Basah lenjun woo abg2 Polis nih...

Lagi pengunjung menge"test" diri sendiri, buat sketching ...

*Kereta "gila"...

Skrin kat kiri/kanan woo...layan bola gak time nih...
sumer bersemangat, smpai ilang sore kami dibuatnyer.
Artis pun kene tunda konsert semata2 nak layan bola dulu...Tahniah Malaysia!!!!
TERBAIK!!!!


*Kereta gile: Pulas stereng kut kiri dia pegi ke kanan...pulas kanan pegi kiri...ade gak yg org pompuan lulus ngan cemerlang...Tahniah!!!
Tag :

Jelajah Proton 1 Malaysia di Melaka 28 Dis 2010.

on 11 Januari 2011

Salam semua rakan2...
Malam ni nak update Jelajah Proton di Melaka pada 28 Dis yg lalu...Dah lame gak ni,kire2 cam dah basi ngat cerita ni,tapi tak kisah ler..kalau orang tak nak tengok aku tengok sendiri jerr..he3!!! Merapu la pulok...


Okeh, meh kita mulakan...


Sampai di bandar Melaka lebihkurang kul 3 pagi gak,payoh bebeno nak cari hotel nih. Padahal dah pusing kat situ 2/3 kali. Tapi yg sebenornye time tu aku dah terlentok sakan,so aku tak terasa la lame sangat  nak mencari hotel tu...he3!!


Event sepatutnya bertempat di Dataran Taming Sari,tetapi disebabkan masaalah teknikal ianya terpaksa ditunda ke tempat lain iaitu di Melaka Mall (berdepan dengan Jusco,berdekatan ngan Zoo Air Keroh Melaka)
Ada pengunjung yang dah pergi ke DTM,terpaksa berpatah balik ke Melaka Mall. Nasib baik diaorang ada pasang banner di sekitar kawasan DTM dan ada juga petugas dari Proton memberi info lokasi Festival yg telah bertukar.






 Orkid Hotel yg membuatkan kami berpusing2 di bandar Melaka..
(teringat lak peristiwa tangga pusing)..

 Dress code untuk semua..termasuk lah peserta konvoi dan juga petugas di Festival

 Sementara dok tunggu rakan2 yg lain,kita buat sessi bergambau la dulu..

 Ambulan yg mengikuti Festival...round 1 semenanjung gak nih...

Kat umah orang pun nak berposing sakan gakk?? Amboi2 korang!!!
(sebelum bertugas,gi cari makan dulu..kedai makan lak kt depan umah org ni...he3!!!)

 Yeahh...kat sinilah Melaka Mall..

 Antara beberapa kereta innovasi dari pekerja Proton..


Close up sikitttt....nampak x??? He3!!!

 Lagi kereta Inovasi, yg kaler hijau tu Championnyer... juga Jebat,Kasturi dan Emas.

Rakan badut yg sering "menggamatkan"  booth 
aku dengan kehadiran kanak2. Sedang bergambar bersama peminat beliau..he3!!

Sessi penerangan untuk anak2 yatim..

Elly datang "interview" aku..ingatkan masuk TV3...he3!!!!
Tapi aku mmg respect kat dia..ramah tamah siot..mmg best lu Elly...
semoga terus berjaya dan cepat2 le menikah..hahaha!!!

* Kereta Innovasi: Program/pertandingan yang dikhususkan untuk pekerja2 Proton sahaja.  Pertandingan yang mengutamakan daya kreativiti. Setakat ni dah 2 tahun berturut2 Proton mengadakan aktiviti ini. Pekerja dikehendaki menyiapkan tugasan mereka diluar waktu kerja harian. Ini bermakna para pekerja (yg terlibat) terpaksa meng"overtime"kan diri  tanpa apa2 claim untuk menyiapkan kereta2 tersebut.

Kesemua kereta tersebut direka/diilham sendiri oleh mereka tanpa bantuan dari engineer atau designer Proton.

 Pada tahun 2010, para pekerja diberi tema "GREEN". Jadi kereta2 yg anda lihat semuanya berkonsepkan hijau,setidak2nya menggunakan sistem ngv.

Pemenangnya (tahun 2010) ialah kereta yg berwarna hijau tu..menggunakan teknologi "tabung gas  forklift" kereta yang berasal dari Persona terus hilang identiti asalnya. Cayolah brader2 sumer!!! Siap air brush sakan lagi tuu....

 Setelah selesai aktiviti rutin Festival ni, macam biasa aktiviti packing pulak dilakukan. Settle je, terus kami menuju ke perhentian yang seterusnya... NILAI....Tungguuuu....
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved